Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 14, 2011

PAS Tak Matang La kalau Macam Tu???

Ada sesiapa ingat lagi huru-hara di PWTC masa persidangan pemuda UMNO dulu?
Rasuah! Rasuah! Rasuah! rasuah! gema laungan waktu itu!

Wakakakakaka!

Kelakor gak pada teman pujian Soi Lek pada pimpinan MCA ni..

Mengulas perkembangan itu, presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bahawa para perwakilan jawatankuasa pusat telah bertindak secara matang.

"Mereka meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada segala apa yang lain.

"Ini menunjukkan bahawa jawatankuasa pusat adalah matang (dalam politik)," kata Chua dalam satu sidang media selepas itu.


Wah! takut parti bercerai-berai sebab berebutkan jawatan!!
Itu yang dinamakan matang?

Itu bukan matang wehhh!!
Itu tamak berebut kuasa nama dia!!

Tak dapat dibayangkan..
Dalam keadaan MCA & UMNO bercerai berai sesama parti sebab berebut kuasa..
Najib kena umum pulak PRU ke 13!!
adehhh!!

Kemelut MCA ni pun baru je berakhir kan?

err.. teman tak nak ulas pasal UMNO yang turut sama tak berani buat Pemilihan parti..
dan teman tak nak ulas pasal PKR yang terlebih berani buat pemilihan 'mikro'...

PAS yang "tak matang" jugak yang berani buat pemilihan dalam suasana tak menentu nih!
Dibantainya Najib umum parlimen bubar 1 hari sebelum Muktamar Agung PAS Pusat?
baru syokkkk!!!

Wakakakakaa!

Pujian budakbalun pada PAS kerana berani dan ikhlas membuat pemilihan pimpinan dalam suasana sebegini tanpa perlu merubah perlembagaan parti sebab nak tunda pemilihan..

Sempoi...

kepada Allah SWT kita mohon bantuan...

sunsnake 14032011

MCA tangguh pemilihan, tumpu p'raya umum

Jawatankuasa pusat MCA hari ini meluluskan pindaan ke atas perlembagaan parti itu untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum dijalankan.

Pindaan ke atas Perkara 167 dalam perlembaan MCA itu juga menetapkan supaya penangguhan pemilihan parti tidak dibuat sehingga tempoh 36 bulan selepas pilihan raya umum terakhir dijalankan.

Keputusan itu membolehkan MCA menangguhkan serta merta pemilihan parti yang dijadualkan diadakan tahun ini.

Berita Penuh

0 comments: