Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 7, 2010

Judi - maklumbalas hotak dia!


Demi Agama Bangsa dan Negara!
bukankah itu ayat WAJIB orang UMNO?

Demi Agama Bangsa dan Negara!
Apa perlunya Kerajaan menunggu maklumbalas orang ramai
sebelum kononnya mahu meluluskan lesen judi sukan?

Demi Agama Bangsa dan Negara!
Bukankah ianya jelas didalam Al-Quran, judi itu haram!
Budak Islam darjah 6 pun tahu judi itu haram!
Tak kira la macam mana nama dan gaya judi itu dilakukan!

Demi Agama Bangsa dan Negara!
Pelik sangat-sangat apabila Menteri Islam terpaksa tunggu
maklumbalas orang ramai sebelum lulus atau tak lesen judi...
Apa dia kena ikut agama orang ramaikah atau dia WAJIB pertahankan hukum Agamanya sendiri?
Mana ada agama di dunia setuju dengan judi??

Hanya ada satu 'agama' di dunia yang setuju dengan judi..
'agama' UMNO!
sunsnake 07062010

K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan
Jun 7, 10 5:45pm

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia. "Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Berita Penuh

Konsensus Bebas? Bincang nak gi Ikut PM Jalan-jalan ka?


Kalau nak jadi konsensus bebas ke.. nak jadi Katak bebas ke...
kasi serah balik la kerusi itu kepada rakyat!!
Biar rakyat yang buat pilihan nak pilih PR ke.. BN ke.. atau Bebas!!
Bukan menang atas tiket parti, last-last isytihar diri tu bebas!!
Itu bukan bebas.. itu terbabas!!

Itu khianat rakyat nama dia!!!
PR yang ramai pun Speaker buat tak nampak..
Inikan pula kata 2-3 ekor!!!

errr.. YB Zul? Apsal tak nampak muka masa demo anti-israel itu hari?
Ke masa tu sibuk cari Kapal nak bawa KJ gi serang Israel?
wakakakakak!
sunsnake 07062010


Kuasa ketiga di Dewan Rakyat
Jun 7, 10 12:16pm

Lima ahli parlimen bebas hari ini mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih ”efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti”.
Mereka yang menganggotai kumpulan itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru). Menurut Zahrain, pada sidang media di lobi parlimen “Konsensus Bebas” bertujuan menjadi “kuasa ketiga” ndi Dewan Rakyat. "Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan,” kata Zahrain. -Mkini

Bank Bayi Malaysia - Untuk Supply Bayi @ Simpan Bayi?





Bila bank bayi dah ada... tak kan kosong jer... ya tak ???
So.. ramai ramai lah buat anak dan hantar kat situ.....
dan untuk itu berikut ada beberapa cadangan daripada saya....

Saya cadangkan supaya pemberian kondom percuma kepada penagih dadah di panjangkan kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat,
sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan.
Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan,
perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut,
pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran,
dengan hanya menunjukan kad pelajar atau dengan memakai pakaian seragam sekolah,
supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan.
Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai,
panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa.
Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram,
adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi,
lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara.
Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen.
Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Berpatutan dengan kelulusan lesen pelacuran dan untuk diseimbangkan pertambahan kelahiran anak luar nikah, maka kerajaan dengan inisiatif sendiri akan menubuhkan BANK BAYI..... untuk mengelak daripada dituduh tidak berperikemanusiaan yang mana ibu anak luar nikah tu tak tahu dimana harus ditempatkan anak luar nikah itu nanti.
Syabas kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman.
Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia,
sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman.
Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1,
tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!
TKO 07062010

Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch

PERTUBUHAN Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa. “Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Berita Penuh

Elok benor la dadah di'halal'kan pulak..


Yang apek jual 'kuda' tu keturunan Vincent Tan la kot???

Kalaulah penjualan dadah untuk penagihan dihalalkan kan selamat..
takde la sampai mati brader-brader ni berebut kawasan..

leh apply loan untuk start meniaga jual dadah!!
Pastinya Chow Kit jadi kawasan aman masa tu.. sebab dimana-mana pun ada premis jual dadah!

Macam judi laa.. kan mudah bila kerajaan UMNO luluskan judi..
Cuba bayangkan kalau judi tu haram? (ikut tafsiran UMNO laa)
kompom ada yang mati-mati berebut kawasan nak jual judi pulak!!

hmmm.. makin lama makin sesat puak2 UMNO nih!

sunsnake 07062010

Lelaki maut gaduh rebut kawasan dadah
Jun 6, 10 12:50am

Seorang lelaki maut sementara rakannya cedera dalam pergaduhan untuk merebut kawasan pengedaran dadah di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian pukul 3.00 pagi itu, kedua-dua mangsa sebelum itu diserang oleh tiga lelaki tempatan di tingkat tujuh di Selangor Mansion di kawasan itu.

"Suspek naik ke bangunan tersebut yang didiami kedua-dua mangsa selepas tidak berpuas hati kerana mengganggu kawasan mereka dengan menjual dadah di kawasan Chow Kit.

"Suspek yang berusia 30an kemudiannya menyerang kedua-dua mangsa itu dengan bersenjatakan pisau, besi dan kayu di dalam bilik mereka hingga parah," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Berita Penuh

Pemuda AMENO - Guan Eng khianati Penginfa' kami!



Lim Guan Eng memang kurang hajar!
Benar-benar mencabar kesabaran dan kedaulatan orang Melayu Pulau Pinang!
Selama Gerakan memerintah Pulau ini.. Tak pernah sekali pun Ketua Menteri disini menyanggah kata-kata kroni pemimpin-pemimpin AMENO!
Apa kata pemimpin AMENO semua Ketua Menteri disini ikut!
Termasuk menjual tanaha melayu kepada tokey cina!!

Sampai kat DAP Parti Pengkhianat Melayu ni!
Boleh pulak dia sanggah kata-kata antara kroni terbesar AMENO??
Tokey cina yang sekian lama menjadi penginfa' utama AMENO!!
Tergamak Guan Eng menolak rayuan Vincent Tan!

Bab*-bab* yang selama ini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang cukup takut dengan tokey ini..
mari Ketua Menteri dari DAP sorang nih, habissss!! Ghuyyup semua plan!!
Terbukti Ketua Menteri ini bukanlah seperti bab*-bab* Ketua Menteri sebelum ini..
tetapi yang ada kini adalah Singa yang mengaum dan hanya bertoleransi dengan kehendak majoriti rakyat!

hmmm.. bila la PERKASA nak buat demo bakar patung Lim Guan Eng depan Komtaq lagi nih??

sunsnake 07062010

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Berita Penuh - Anak Sungai Derhaka


Bukti kerasnya hati Guan Eng mengkhianati AMENO!