Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 17, 2012

Apabila Rezeki Datang Dari UMNO....


Itulah masalahnya..
Dah selalu sangat buat jahat..
Hati tu busuk terlalu teruk sampai tak tahu nak ubat macam mana...

Orang yang biasa buat dosa kecik..
Dia akan jadi 'immune' dengannya..
Dah tak rasa bersalah.. dan pastinya...
Kemungkinan untuk melakukan dosa besar sangat-sangat-sangat tinggi!

Macam mamat ni jugaklah...

Dah biasa menipu..
So, dia rasa orang tak tau dia tu menipu...
Walhal, jelas ketara sangat penipuannya!
Dia ingat rakyat Malaysia ni semua mcm pencacai UMNO..
Malas guna otak!

Woi! hanya pencacai UMNO yang minta TV3 dan RTM fikirkan untuk kepala mereka sendiri!
Depa malas nak fikir pun!

Pengerusi SPR WAJIB letak jawatan atas kebodohan yang nyata ini!

budakbalun 17042012

SPR jamin daftar pemilih bersih

KUALA LUMPUR 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.

“Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di dunia ini yang mempunyai 100 peratus daftar pemilih yang bersih,” katanya.

0.3% cukup untuk rampas S'gor, SPR diselar
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundi yang diragui hanya sebanyak 0.3 peratus daripada keseluruhan 42,051 pengundi.

Sebaliknya kata jawatankuasa pemandunya Wong Chin Huat, jumlah itu sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Wong berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, sebanyak 10,158 undi diperlukan untuk menawan sembilan kerusi yang dimenangi Pakatan secara tipis kepada BN.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, hal demikian membolehkan BN mengekalkan kuasa dengan 29 kerusi, berbanding Pakatan dengan 27 kerusi di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan menang 36 kerusi, manakala BN memperoleh 20 kerusi.

SPR pindah MB S'gor, 19,000 pengundi
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya y ang menambah, Khalid bukan satu-satunya individu yang terlibat dalam proses itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa-apa persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.

Dr Mahathir Yang Hebat! Sokong!


Hmmmm..
Master logik akal ni memang handal bab membelit otak especially orang-orang melayu UMNO..
Pendidikan Percuma tidak adil kerana anak orang kaya pun dapat?
Woi!
Petrol kat Malaysia ni ada beza ke harga untuk kaya dan miskin?

yang teman nampak..
Tak semua orang kaya guna Ron97..
Adil ke orang kaya pun boleh beli RON95?

Aduhhhh!!
bukan mudah nak menyedarkan umat yang telah dibonsaikan akal mereka lebih 54 tahun neh!!

budakbalun 17042012

Jangan tunjuk perasaan – Dr. M

KUALA LUMPUR 16 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

“Idea penubuhan PTPTN ialah membantu orang yang tidak berkemampuan di segi kewangan mendapatkan pelajaran yang baik, tapi jika tiada bayaran yuran dikenakan, yang kaya juga akan menikmati manfaat yang sama dan ini tidak adil kepada yang miskin.

“Kenapa kita perlu bantu yang kaya? Kita sepatutnya menolong yang miskin, PTPTN adalah untuk yang miskin,” katanya.-Melayau

Sayangggg Abd Aziz! Mmuuahh!


Betul betul betul!
Teman sokong sangat kenyataan Wira UMNO No.1 Malaysia neh!

Senarai Daftar Pengundi Malaysia pang bersih di dunia!!
Wakakakakakaa!!

Sembang dengan bangla dan indon Chow Kit la bro!

Macam Musang mengaku tak makan ayam!

budakbalun 17042012

SPR jamin daftar pemilih bersih

KUALA LUMPUR 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.

“Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di dunia ini yang mempunyai 100 peratus daftar pemilih yang bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat pertama bersama Ahli-ahli Parlimen berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan baru-baru ini di Parlimen, di sini hari ini.

Abdul Aziz juga mahu pihak terlibat supaya tidak ‘berlebih-lebih’ dalam memanipulasikan perkara tersebut sedangkan pada masa yang sama SPR telah melakukan yang terbaik dalam usaha membersih daftar pemilih.

Ketua 'Kegelapan" UMNO lagiii!

Wajah yang digeruni oleh Ahmad Maslan dan isa Samad!


"Yang bijaksana adalah kerajaan BN, kerana kita memansuhkan ISA dan kita juga bentang akta menggantikan ISA yang cukup rapi, teratur, terlaksana bagi menjaga keselamatan negara," katanya.

Woi Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!
Yang jauhhh lebih bijaksana adalah rakyat yang menentang dan berdemonstrasi di KL minta hapuskan ISA!
Diwaktu itu... kamu dan UMNO menyokong tindakan ganas polis yang menghentam dan membelasah kami!

Dan kini mengaku bijaksana pulak sebab korang hapuskan ISA?

phuiiiii!!! (bak kata Armand Perkasa!)

budakbalun 17042012

Umno: Pembangkang 'populis semberono'
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Malaysia masih kekal bertahan sehingga kini kerana ditadbir oleh barisan kepimpinan yang bertanggungjawab.

Katanya, Atas sebab itulah menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada kini semakin dilihat semakin memuncak.

Katanya, ia berbeza dengan pembangkang, yang dianggap mengamalkan politik "populis semberono" dan rakyat semakin mengenali tipu helah pembangkang.

"Saya kata pembangkang pembohong sebab janji, mereka tidak tunaikan. Mereka tidak tunaikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan lama sudah tidak tunaikan janji di Kelantan.

"Yang bijaksana adalah kerajaan BN, kerana kita memansuhkan ISA dan kita juga bentang akta menggantikan ISA yang cukup rapi, teratur, terlaksana bagi menjaga keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, setiap yang dilakukan pembangkang tanpa mengira duit yang datang dari mana ia berbeza dengan BN yang memikir kekuatan kewangan negara terlebih dahulu.-Mkini

Saluteeee!! Pewaris Perjuangan UMNO!

Phuiii!!