Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 17, 2012

Apabila Rezeki Datang Dari UMNO....


Itulah masalahnya..
Dah selalu sangat buat jahat..
Hati tu busuk terlalu teruk sampai tak tahu nak ubat macam mana...

Orang yang biasa buat dosa kecik..
Dia akan jadi 'immune' dengannya..
Dah tak rasa bersalah.. dan pastinya...
Kemungkinan untuk melakukan dosa besar sangat-sangat-sangat tinggi!

Macam mamat ni jugaklah...

Dah biasa menipu..
So, dia rasa orang tak tau dia tu menipu...
Walhal, jelas ketara sangat penipuannya!
Dia ingat rakyat Malaysia ni semua mcm pencacai UMNO..
Malas guna otak!

Woi! hanya pencacai UMNO yang minta TV3 dan RTM fikirkan untuk kepala mereka sendiri!
Depa malas nak fikir pun!

Pengerusi SPR WAJIB letak jawatan atas kebodohan yang nyata ini!

budakbalun 17042012

SPR jamin daftar pemilih bersih

KUALA LUMPUR 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.

“Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di dunia ini yang mempunyai 100 peratus daftar pemilih yang bersih,” katanya.

0.3% cukup untuk rampas S'gor, SPR diselar
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundi yang diragui hanya sebanyak 0.3 peratus daripada keseluruhan 42,051 pengundi.

Sebaliknya kata jawatankuasa pemandunya Wong Chin Huat, jumlah itu sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Wong berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, sebanyak 10,158 undi diperlukan untuk menawan sembilan kerusi yang dimenangi Pakatan secara tipis kepada BN.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, hal demikian membolehkan BN mengekalkan kuasa dengan 29 kerusi, berbanding Pakatan dengan 27 kerusi di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan menang 36 kerusi, manakala BN memperoleh 20 kerusi.

SPR pindah MB S'gor, 19,000 pengundi
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya y ang menambah, Khalid bukan satu-satunya individu yang terlibat dalam proses itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa-apa persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.

0 comments: