Wednesday, November 10, 2010
Zul Nordin - Baik Zaid Joint PAS!
Wakakakaka!
Teman 'terlayan' Buletin Utama malam tadi ke malam semalam...
tetiba muncul Zul Nordin bagi komen pasal Zaid Ibrahim nih..
"Saya dah jangka perkara macam ni akan berlaku, saya rasa jika beliau(Zaid) benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, adalah lebih baik dia joint PAS!" gitu la lebih kurang yang sempat teman dengor..
Wah!! Lunaknya Zul Nordin bersuara!
Apsal tak ajak Zaid joint Konsensus bebas!!
Dan yang paling pelik, dia suruh Zaid joint PAS!!!
Wakakakak!
Ketam ajak itik jalan lurus!!
Adakah Zul Nordin cuba menangguk di air yang keruh apabila mencadangkan Zaid untuk sertai PAS?
Ini melaga-laga namanya...
Sudah-sudahlah tu Zul oiiii...
Apa yang keluar dari mulut kamu sekarang dah sama level macam apa yang keluar dari Ibrahim Ali!
wakakakaka!
sunsnake 10112010
Bagusnya UMNO Berkawan Dengan MCA!
Hebat!
Hanya itu sahaja yang mampu teman ucapkan dalam hati..
UMNO sangat-sangat marah kepada PAS kerana sanggup bersahabat politik dengan DAP.
Sangat-sangat marah!
Hinggakan tergamak seorang yang ber'level' Ustaz memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz di Galas tempoh hari kerana sangat marah PAS berkawan dengan DAP!
Hakikatnya, siapa yang me'lacur'kan Islam demi kepentingan politik?
Masih ingatkah kita dengan kelulusan judi bolasepak oleh pemimpin UMNO?
Jika tidak dengan tentangan hebat daripada rakyat Malaysia yang bencikan judi (pastinya 90% daripada mereka bukan UMNO) sudah tentu kini judi bolasepak sedang dengan jayanya dimainkan oleh rakyat Malaysia!
Akuilah hakikat bahawa UMNO ini sebenarnya telah tewas dengan permainan politik perkauman. UMNO mengaku dan bangga dengan melantik diri mereka sebagai kononnya satu-satunya parti yang mampu mempertahankan melayu!
Walhal merekalah sebenarnya selama ini berselindung di sebalik kebanggaan mereka dan dalam masa yang sama me'lacur'kan Islam untuk kepentingan politik sempit!
Aduyaiii...
Macam mana la nak bagi pakcik makcik kat felda faham benda-benda nih!!!
sunsnake 10112010
Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi
Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.
Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.
The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.
“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya.
Berita Penuh