Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0 - Kan Dah Kena Kencing!


Wakakakaka!!
Tidak semudah itu kawan..
Tidak semudah itu..

Ada kawan-kawan teman dah berangan dah..
Siap minta map nak ke Stadium Merdeka yang tak tahan tuh!
Siap suruh ajak semua kawan-kawan.. bawak family..
bawak anak-anak kecik..

beb!
Macam mana kita boleh berangan dengan janji-janji UMNO neh?
Hatta dengan rakyat pun depa leh tipu..
Inikan pulak dengan seteru politik?

Elok-elok dalam 'attacking mode' terus jadi 'defensive mode'!
Lagi 3 hari lagi nehh!

adehhh!!

moga-moga ada jalan keluar dan dipermudahkan oleh Allah SWT!
Yakinlah dengan pimpinan kita...

budakbalun 06072011

Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu. “Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'. “

(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu. Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.-mkini

BERSIH 2.0 - Sudah-sudahlah berlakon tu...

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

RAMPASAN SATU LAKONAN?

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan pihak polis yang cuba mengaitkan rampasan sejumlah besar senjata termasuklah 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T berlogo BERSIH dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini. Semua senjata-senjata tersebut dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur. Telahan dan tuduhan tersebut hanyalah berdasarkan kepada penemuan baju T berlogo BERSIH bersama-sama senjata yang dirampas sepertimana yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meyangkal keras segala tuduhan tersebut dan meminta supaya pihak polis tidak terburu-buru di dalam menentukan kesalahan ke atas pihak tertentu tanpa ada pembuktian yang benar-benar kukuh dan munasabah. Hanya dengan penemuan baju T berlogo BERSIH, pihak polis sudah boleh menuduh pembabitan gerakan BERSIH sedangkan ianya boleh sahaja dicetak dan dikeluarkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab maka kemampuan pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang telus dan teliti boleh dipertikaikan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup gusar sekiranya rampasan ini merupakan satu agenda ataupun lakonan baru pihak polis untuk terus menjustifikasikan tindakan mereka menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin gerakan BERSIH 2.0.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berpendapat tuduhan pihak polis bahawa agenda BERSIH diresapi pengaruh komunis adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir bersama-sama menjayakan Himpunan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap supaya pihak polis dapat melakukan penyiasatan terhadap isu ini dengan secara telus dan professional tanpa bias serta campurtangan pihak-pihak yang lain.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

06 Julai 2011

BERSIH 2.0 - Hebatnya Najib! Hebat!

BERSIH? kah!kah!kah! Settel! Apa pun tak bolehh! -Najib


Teman masih 'sugul' memikirkan keputusan untuk adakan BERSIH 2.0 di stadium..
Kadang-kadang rasa macam kena patuk ular yang sama 2 kali!

Sebelum ini, bukan main hebat!
bukan main jihad!
bukan main lebat!

Suara-suara mengetuk gendang jihad..
mengetuk keangkuhan sang pemerintah pusat!
Menggegarkan selurrruhh anggota SB dan polis Raja di Malaysia!

Beratus tangkapan..
Beribu laporan polis..
Beribu tshirt dirampas..
sampaikan ada yang mengaku terjumpa bom minyak!
terjumpa parang dan gambar komunis!

Hujungnya..
ko pandang muka aku..
aku pandang muka ko... di stadium?

Ceramah bung bang bung bang!
Last-last Najib tidur lena berpelukan dengan Rosmah di Singgahsana Putrajaya?

wakakakaka...

Jangan lupa panggil Carburetor Dung!


budakbalun 06072011

Baju BERSIH: Peniaga diheret ke mahkamah

Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-Tperhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah. Bagi pertuduhan pertama, Mohd Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan BERSIH 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan BERSIH 2.0.-mkini

BERSIH 2.0 - Jom Jadi Ayam Dalam Reban!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat! Hidup BERSIH! -jeritan ayam-ayam ini..


Aduhhh!!
Demo dalam stadium?
Stadium tertutup pulak tuh!!

Teman dok bayang ayam dalam reban aje nih!

Ayam..
kalau memekak dalam reban pun tuan dia buat tak tau aje..
paling tinggi pun dia kenyih mata je kot2 ada biawak masuk reban..

Tapi kalau ayam tu memekak luar reban..
Sibuk tuan dia pergi menangkapnya!
Takut hilang ke dalam semak!

adehhh!

Najib akan dikenang sebagai 'The Negotiator' oleh ahli-ahli UMNO..
Berjaya mengkesampingkan suatu demo yang dijangka paling hebat dalam sejarah Malaysia bertukar menjadi 'ayam dalam reban!"..
Najib hebat!

wakakakakaka!

budakbalun 06072011

Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium

Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.

“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.-mkini