Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 15, 2010

PRK Hulu Selangor (68) Pesta Fitnah UMNO kini bermula!





Kalau bab memfitnah Anwar Ibrahim, memang teman tak syak parti BN lain..
Kompom UMNO punya keje!!

Jilid fitnah ni orang rumah teman jumpa di tepi tong sampah depan umah..
hehehhe.. mungkin ada orang baca dan terus buang tepi tong sampah umah teman..
ataupun lagi best! ada petugas UMNO yang tak tergamak nak edar..
Tapi kena edar gak sebab duit upah dah amik..
so, dia edar dengan cara buang di setiap tong sampah depan rumah-rumah!

Kertas ini menceritakan tulisan Michael Backman.. nama pun lain macam!
Betapa Mahathirlah yang menjadi mangsa dalam isu Anwar 99??

Malas teman nak ulas.. bodoh sangat fakta-fakta dalam ni..
Kalau ada yang percaya..
makanya dia pandai sikit dari anjing kurap yang banyak di Pasar Basah Bukit Sentosa!

apa pun, awas dengan ketibaan Pesta Memfitnah dan membohong UMNO!

sunsnake 15042010

PRK Hulu Selangor(67) Terbaru! Sah! Kamalanathan ialah Calon BN!!!

PRK Hulu Selangor(66) Live Cover it BN dari Albanjari!

semua2 gi sini!!

Albanjari Online

PRK Hulu Selangor(65) BN Mahukan Jawatan Bukan Rakyat!

Kalau kita dalami permasalahan sebenar BN dalam memilih calon mereka ini.. Bukanlah permasalahan rakyat sebenarnya. Kriteria calon-calon mereka sebenarnya 100% berdasarkan jawatan didalam parti dan siapakah di sekeliling calon-calon tersebut!

G.Palanivel, sepenuh nyawa MIC mempertahankan cadangan mereka dengan calon ini! Seolah-olah nyawa MIC hanya tinggal di tangan G.Palanivel! Masakan tidak, Samy Vellu sanggup bertegang urat dengan Muhyiddin semata-mata kerana seorang ini. MIC Hulu Selangor sanggup mensabotaj 'keutuhan' BN semata-mata untuk mendesak agar seorang ini dipilih sebagai calon! Dan tak lupa, UMNO Hulu Selangor juga sanggup mengugut akan turut mensabotaj jentera Pilihanraya BN sekiranya seorang ini dipilih sebagai calon BN! Pulak?

Apa sebenarnya maksud menjadi calon pada mereka? Mengapa sebegitu teruk dan hina mereka sanggup bergaduh secara nyata dalam urusan pemilihan calon ini? Sebelum parti mana dipilih lagi sudah mereka tunjukkan 'kejantanan' masing-masing! Inikah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin 'Tiada Perpecahan dalam BN"?

UMNO tahu bahawa G.Palanivel ini telah gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor walaupun lebih 15 tahun dikerusi itu! Dan untuk membayangkan sekali lagi manusia ini menjadi calon dan berkemungkinan menang adalah sesuatu yang menakutkan mereka!

Dan dalam masa yang sama, G.Palanivel ini adalah satu-satunya harapan untuk melihat MIC kembali diterima oleh rakyat! Itulah pegangan Samy Vellu dan exco-exconya walaupun sebenarnya konco-konco Samy Vellu inilah liabiliti sebenar pada pimpinan pemuda MIC.

Sepatutnya dan sewajibnya rakyat Hulu Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya dapat melihat sikap sebenar Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO ini. Sangat jelas dan nyata bahawa mereka kini bukanlah suatu organisasi yang boleh lagi diharapkan dalam usaha membela kebajikan rakyat. Keutamaan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kini adalah mengekalkan kuasa dengan apa jua cara hatta membusukkan nama parti mereka sendiri!

Hanya kuasa media dan penguatkuasa sahaja yang tinggal pada mereka untuk diperah dan dilacurkan bagi mengekalkan kuasa yang ada dan rakyat dapat melihat segalanya ini sekarang. Mampukah rakyat memberikan harapan buat mereka? Terpulanglah kepada setiap diri rakyat tersebut. Umpan-umpan kebendaan dan janji-janji manis kini dihadapan mata, cuma menunggu reaksi rakyat sama ada mahu memakan terus umpan tersebut ataupun membuangnya jauh-jauh!

sunsnake 15042010

PRK Hulu Selangor (64) Otak UMNO mengaku bebas!


Aloo melayu bodoh oi..
kalau kamu nak bertanding semata-mata mahu mewakili 1000 orang penduduk Sg Tengi..
Tak payahlah bertanding kerusi Parlimen..
Kerusi Ketua Kampung dah laa..

Kita ni kalau bodoh... jangan cerita kat orang...
Kita ni kalau bodoh... jangan tunjuk kat orang...

Kelak yang malu siapa? kita dan anak cucu kita gak!

Apa kata cucu kamu sok"
" Berapa punya bodoh atok aku dulu,
bertanding kerusi parlimen nak bela nasib 1000 orang Sg. Tengi!"

Silap-silap anak kamu tak ngaku anak nanti!
Baru betul 'pembelaan' bagi kamu!

err.. psstt! berapa UMNO bagi kamu untuk jadi calon bebas nih??
kasitau la skitt!
sunsnake 15042010

UMNO TAK DAPAT CALUN MELAYU - KINI CALUN BEBAS SEORANG MELAYU TAWAR DIRI UNTUK BERTANDING

Thursday, April 15, 2010

Seorang Lagi Calon Bebas Bertanding Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Seorang ahli perniagaan, Johan Mohd Diah, 31, hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

"Saya anak jati Felda dan pengundi di sini. Saya sudah mengambil borang bertanding calon Bebas atas permintaan umum untuk membela nasib 1,000 orang peneroka di Felda Sungai Tenggi dan gugusan Felda Hulu Selangor yang ada 6,000 pengundi.

berita penuh di Manjadda wajada

PRK Hulu Selangor (63)Mafrel - Apabila Refree buang linesman!


Dalam perlawanan bolasepak, pengadil tengah atau "Refree" adalah berkuasa penuh didalam dan diluar padang. Didalam padang dia boleh tentukan segala-galanya dan tiada sesiapa mampu mengubah. Jika ada yang tidak berpuas hati, hanya boleh komplen dengan cara hormat dan berlalu pergi jika tidak dilayan oleh Refree tadi.

Pengadil dibantu oleh 2 orang penjaga garisan atau "linesman". Linesman ini bertugas hanya tentukan bola keluar, balingan ke dalam tidak 'foul' dan beberapa peranan penting termasuk memberi nasihat kepada Refree sekiranya Refree berkehendakkan bantuannya. Pendek kata hanya Refree yang berkuasa meniup wisel!

Jarang sekali kita melihat Refree tidak mengendahkan nasihat atau 'signal' daripada linesman. Selalunya apabila berlaku sesuatu kekasaran yang agak jauh daripada Refree, di akan segera bertemu dengan linesman bagi mendapat penjelasan dan maklumat lanjut sebelum menjatuhkan hukuman. Sesungguhnya tugas sebagai Refree amat berat kerana segala keputusan mesti 'on the spot!". Jika Hakim Mahkamah, dia boleh berehat didalam Kamar hakim sebelum menjatuhkan hukuman bukan?

Inilah, sekiranya boleh kita gambarkan betapa SPR yang diberi tanggungjawab untuk menjadi Refree dalam Pilihanraya di Malaysia seolah-olah telah menghalau linesman semasa perlawanan berlangsung! Cuba kita bayangkan bagaimana agaknya sesuatu perlawanan itu berlangsung tanpa linesman? Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA tanpa linesman apabila Refree memberikan kad merah kepada linesmannya?

Aduhhh!! Itulah dia peranan Mafrel sebagai satu-satunya pemantau bebas yang dibenarkan oleh SPR bagi memantau perjalanan Pilihanraya di Malaysia ini. Jika sudah Mafrel sebagai linesman terlihat bagaimana kasarnya terjahan BN terhadap PR, maka sewajarnyalah Mafrel tadi mengangkat bendera bagi meminta Refree(SPR) mengambil tindakan! Malangnya semakin kerap dia mengangkat bendera atas kesalahan BN, semakin dibenci dia oleh Refree tadi sedangkan kesalahan PR juga linesman tersebut turut mengangkat bendera!

Maka sekonyong-konyongnya Mafrel telah dibuang padang oleh SPR atas alasan yang tidak diketahui oleh binatang tetapi sangat difahami oleh manusia yang waras! Hanya penyokong UMNO-BN yang tidak waras sahaja dapat menerima situasi ini.

Mungkinkah dalam perlawanan ini, Refree sendiri akan menyepak sepakan penalti untuk pasukan yang ditakutinya? Atau tunggu sahaja tiba waktunya Rakyat akan menyepak ponggong ketua tertingginya yang khianat?
sunsnake 15042010

SPR Tukar Pilihan Raya Di Malaysia Macam Sarkis

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 14 Apr - Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) selepas tercabar dengan teguran badan pemantau bebas itu.


"Apa yang SPR takutkan, sudahlah kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mengizinkan 'international observer' dan Malaysia cuma hanya ada satu badan bebas pemantau pilihan raya, itu pun SPR nak batalkan juga.


"Adalah mustahil bagi SPR bagi mereka menutup ketidakadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia kepada dunia," ujar Fuziah apabila ditanya berhubung tindakan SPR tersebut.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (62) YBK - Yayasan Bagi Kroni!



Yakinlah...
Perahu Zainal Sakom ni (ustaz??) dah bocor lama dah..
Tak lama lagi kompom karam!

Melainkan ada kapal lain tolong dia..
dan buat-buat ada orang yang fitnah dan puat zalim gi tembukkan botnya!

Kalau tak menipu, bukan UMNO namanya!
sunsnake 15042010

Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta
Apr 13, 10
5:26pm
Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak. Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun. Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta. "Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor. Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.
berita penuh