Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 15, 2010

PRK Hulu Selangor(65) BN Mahukan Jawatan Bukan Rakyat!

Kalau kita dalami permasalahan sebenar BN dalam memilih calon mereka ini.. Bukanlah permasalahan rakyat sebenarnya. Kriteria calon-calon mereka sebenarnya 100% berdasarkan jawatan didalam parti dan siapakah di sekeliling calon-calon tersebut!

G.Palanivel, sepenuh nyawa MIC mempertahankan cadangan mereka dengan calon ini! Seolah-olah nyawa MIC hanya tinggal di tangan G.Palanivel! Masakan tidak, Samy Vellu sanggup bertegang urat dengan Muhyiddin semata-mata kerana seorang ini. MIC Hulu Selangor sanggup mensabotaj 'keutuhan' BN semata-mata untuk mendesak agar seorang ini dipilih sebagai calon! Dan tak lupa, UMNO Hulu Selangor juga sanggup mengugut akan turut mensabotaj jentera Pilihanraya BN sekiranya seorang ini dipilih sebagai calon BN! Pulak?

Apa sebenarnya maksud menjadi calon pada mereka? Mengapa sebegitu teruk dan hina mereka sanggup bergaduh secara nyata dalam urusan pemilihan calon ini? Sebelum parti mana dipilih lagi sudah mereka tunjukkan 'kejantanan' masing-masing! Inikah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin 'Tiada Perpecahan dalam BN"?

UMNO tahu bahawa G.Palanivel ini telah gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor walaupun lebih 15 tahun dikerusi itu! Dan untuk membayangkan sekali lagi manusia ini menjadi calon dan berkemungkinan menang adalah sesuatu yang menakutkan mereka!

Dan dalam masa yang sama, G.Palanivel ini adalah satu-satunya harapan untuk melihat MIC kembali diterima oleh rakyat! Itulah pegangan Samy Vellu dan exco-exconya walaupun sebenarnya konco-konco Samy Vellu inilah liabiliti sebenar pada pimpinan pemuda MIC.

Sepatutnya dan sewajibnya rakyat Hulu Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya dapat melihat sikap sebenar Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO ini. Sangat jelas dan nyata bahawa mereka kini bukanlah suatu organisasi yang boleh lagi diharapkan dalam usaha membela kebajikan rakyat. Keutamaan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kini adalah mengekalkan kuasa dengan apa jua cara hatta membusukkan nama parti mereka sendiri!

Hanya kuasa media dan penguatkuasa sahaja yang tinggal pada mereka untuk diperah dan dilacurkan bagi mengekalkan kuasa yang ada dan rakyat dapat melihat segalanya ini sekarang. Mampukah rakyat memberikan harapan buat mereka? Terpulanglah kepada setiap diri rakyat tersebut. Umpan-umpan kebendaan dan janji-janji manis kini dihadapan mata, cuma menunggu reaksi rakyat sama ada mahu memakan terus umpan tersebut ataupun membuangnya jauh-jauh!

sunsnake 15042010

0 comments: