Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 7, 2011

Lagi Ramai Nak Kena Humban Ke Bawah Lepas Ni?

Elok orang yang disiasat SPRM dilock dalam nehh!! elak terjun bunuh diri!


Ahhh.. Suddahhh!!
Lepas ni SPRM kata akan buat siasatan dalaman menyeluruh!
Makna kata besar-besaran dan lebih detail lah kan?

Semua jabatan, pekerja akan disiasat!

Hmm... ramai mana pulak lagi nak kena humban nehh!!

tergelak pun ada bila baca di komen pengunjung Malaysiakini..

"Elok semua pejabat SPRM seluruh Malaysia dibuat di rumah teres setingkat!" wakakakaka!

kalau teman pulak..

'Setiap orang yang SPRM siasat wajib diletak didalam sangkar, kuncinya disimpan oleh ahli keluarga yang disiasat"...

hmmm.. amacam?
budakbalun 07042011

SPRM adakan siasatan dalaman menyeluruh
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allayarham Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi semalam.

“Saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM turut merasa sedih dan bersimpati atas kejadian yang berlaku.

“SPRM akan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai perkara ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, malam tadi.


Berita Penuh

Hanya Rosmah Yang Kenal Najib! Takkan Altantuya?

errr... Siapa yang layak untuk 'cham' budak jantan neh?? Wakakakaka!

Aduyai...
Teman rasa selain mak teman..
Bini teman lah yang paling layak untuk menge'cham' teman..
mana la tau.. teman terkorban hingga sukar dikenali..
Bini teman lah yang paling sesuai untuk 'identify' teman dikala itu..
Minta simpangggggg!!

Sebab tiada sempadan aurat antara teman dan bini teman..
Hatta dengan anak-anak pun ada sempadannya wehhh..

Macam mana pulak kata Menteri ni bini tak layak untuk 'cham'?
Abesss?? Takkan nak suruh Rosmah mansor yang gi 'cham' kot?
Adehhhh!!

Conflict Of interest?
Itu isu lain...
Tak boleh lah ketepikan terus pandangan isteri kepada yang difitnah nih!

Hmmm... makin hari makin jelas...
Alhamdulillah... makin hari makin jugak rakyat Malaysia dapat melihat betapa sengalnya UMNO-BN bermain politik..
Itu 'padang' tak rata tu..
Kalau rata.... Ontahlahhhh!!!

budakbalun 07042011


Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.

Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

Berita Penuh

Bunuh Diri Ala 1Malaysia!


Umuq dah lebih 55 tahun...
Patut dah bersara dah tu..
lama sangat dah keje kat gomen..
Kompom tahu selok belok bidang ni..

Tentu banyak sangat dah tahu rahsia luar dalam..
Boss besor.. boss kecik.. bos sedang-sedang..
semua kompom dalam kocek punya...

so, macam mana nak delete semua memory yang ada dalam kepala hotaknya?
bukan macam pen drive leh format-format....

apa tindakan selanjutnya?

delete terus dari dunia yang fana iniii!!!
hahahahhaa

p/s: tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang masih mati!

budakbalun 07042011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Berita Penuh