Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 22, 2009

Berita dari orang Fasik!



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]
Subuh lagi sorang sahabat teman dah sms tanya pasal Husam letak jawatan!
Hek lehhh!! Pagi Ahad bro! takkan pagi ahad pun nak kacau teman!!
Sesungguhnya pagi ahad la pagi yang teman nanti-nantikan sejak dari pagi Isnin lepas!

Apa smsnya?

Sahabat : Salam syeikh! Betul ke Husam letak jawatan?
Teman : w.salam, Mana tau ni.. malam tadi ana off intenet kul 2pg takde cite apa pun?
Sahabat : Ni ana baca kat Mingguan pagi ni! aphal lak ni?
Teman : Utusan? Pii rraaa mampus! Anta baca Surah Hujraat Ayat 6.. setel masalah!
Sahabat : (tak jawab2 dah! Husnul Z'on, kredit abis kot?)
sunsnake 22.11.2009

Husam letak jawatan?

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

The Real 'CicakMan"!!!

gambar hiasan


Ini baru betul cicakman!
Siap ikat kat badan lagi..
macam-macam manusia ni..
Inilah antara kehebatan Allah SWT..
Mencipta manusia yang pelbagai dan unik diantara satu sama lain..

Subhanallah! Allahuakbar!
sunsnake 22.11.2009

Ikat 15 cicak di dada elak kastam


LOS ANGELES: Pihak berkuasa menahan seorang lelaki yang mengikat 15 cicak pelbagai jenis di dadanya untuk melepasi pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, semalam.

Kenyataan Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar AS menyatakan, Michael Plank, 40, dari Lomita, California, baru tiba dari Australia.

Dua daripada reptilia yang cuba diseludup itu adalah cicak kubin.

Plank kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM34,000 sementara didakwa di mahkamah pada 21 Disember ini.

Cicak itu dianggarkan bernilai hampir RM29,000. - AP

Tensen betul kat blog ada background music




Teman terkadang tensen gak dengan blog yang ada background music nih!
Ye laa.. kekadang ada yang pasang nasyid..
Ada yang pasang zikir.. malahan yang suara baca Al-Quran pun ada!
Alangkah indahnya!

Cuma terkadang teman kat opis dok layan blog2 ni jadi kelam-kabut tahap Ultraman dah menyala lampu merah kat dada bila satu opis terkejut dengor bunyi kuat dari pc teman nih!

kalau time rehat takpe lagi! kalau time keje? waduh!! capek gue!
teman pulak kaki lupa nak 'mute' speaker pc nih!!

Kekadang kalau surf kat umah di malam hari yang dingin macam sekarang nie..
memang menggelupur katak le mencari button slow kat speaker karat teman nih!!
mau terkejut anak-anak dan bini yang tengah syok tido tuh!!

Pesan teman, kalau boleh takyah la auto kan bunyi-bunyi tuu..
idak pun bagi option kepada visitor nak dengor ke idak..
hehehehe.. idea teman je lee..
sukati kome le nak wat cemane pun.. blog kome! eheheh
sunsnake 22.11.2009