Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 22, 2009

Berita dari orang Fasik!



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]
Subuh lagi sorang sahabat teman dah sms tanya pasal Husam letak jawatan!
Hek lehhh!! Pagi Ahad bro! takkan pagi ahad pun nak kacau teman!!
Sesungguhnya pagi ahad la pagi yang teman nanti-nantikan sejak dari pagi Isnin lepas!

Apa smsnya?

Sahabat : Salam syeikh! Betul ke Husam letak jawatan?
Teman : w.salam, Mana tau ni.. malam tadi ana off intenet kul 2pg takde cite apa pun?
Sahabat : Ni ana baca kat Mingguan pagi ni! aphal lak ni?
Teman : Utusan? Pii rraaa mampus! Anta baca Surah Hujraat Ayat 6.. setel masalah!
Sahabat : (tak jawab2 dah! Husnul Z'on, kredit abis kot?)
sunsnake 22.11.2009

Husam letak jawatan?

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

0 comments: