Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 1, 2010

PRK Hulu Selangor (11)- Perkasa gagal pujuk Najib?


Maklumat terbaru yang teman terima daripada member teman yang juga orang kuat PERKASA Hulu Selangor (heh heh heh ada jugak kabel teman disitu!)

Hampir pasti MIC akan dipilih oleh Najib bagi meletakkan calonnya di PRK Hulu Selangor tak lama lagi! Fuh! Tercemar la kelak semangat Panglima melayu-melayu UMNO disini!

Bertempik! Bersorak Hidup Melayu!
Tapi munafiknya.. tiap-tiap kali pilihanraya.. calon bukan melayu?
Kah! Kah! Kah! inilah yang dikatakan..
Ekor bergelumang tahi!

Konon UMNO sahajalah yang mampu memperjuangkan nasib bangsa melayu!
Munafikk!! penipu nak mampos UMNO nih!
Kalau tak nak dituduh munafik, jadikan realiti calon melayu di PRK kali ini!!!
sunsnake 01042010

Kalau tak ada 'kabel' UMNO buang masa!


Teman nak nasihat kat company nie..
Kalau takde 'kabel' dengan UMNO at least Majlis Tertinggi (MT)..
Jangan harap la menang!
UiTM ni sarang UMNO wehh!!
Sebab tu masalah sosial budak-budak tu makin parahhh!!
Maklumlah.. Universiti 'melayu'...

Yang ada 'kable' supply peralatan pilihanraya UMNO pun terkantoi kat Mahkamah!
sunsnake 01032010

Syarikat IT saman UiTM RM32.4 juta

01/04/2010 6:41pm

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat yang mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana perlanggaran kontrak oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung perkhidmatan sistem permohonan kemasukan penuntut secara dalam talian, hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu.

Trius Computers Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Trius Computer mendakwa pihaknya telah dilantik oleh UiTM bagi membangunkan satu sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian bertarikh 15 Jan 2004.

berita penuh

Tak jadi sebat? Pulak?


Komen la sendiri..
Kang kata menderhaka plak!

Menderhaka pada Allah takpe kot?
Jangan menderhaka pada tooott!

Lepas ni kalau nak kena hukum gantung ke ape ke..
Gi la jumpa tooot!
Moga-moga diampunkan!

Ampun Tuanku!

sunsnake 01032010

Hukuman ke atas Kartika diringankan atas sebab kemanusiaan

01/04/2010 6:19pm

KUANTAN 1 April - Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, hari ini.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang. - Bernama

Gempar! UMNO jemput Ulama' Islam Tersohor!


Kata munafik, UMNO marah!
Kata tak masuk Syurga, pun UMNO marah!
Kata jahat, marah..
Kata jahil, membunuh pun UMNO sanggup!

Tapi inilah realitinya UMNO dulu dan kini..
Moga selamanya tak berlaku sebab UMNO perlu dihapuskan secepat mungkin!
sunsnake 01042010

April Fool ke ni Brahim oiii!


Apsal tak usul je halau Cina & India dari Malaysia?

Nak kata bodoh... macam ada logik..
Nak kata pandai.. banyak sangat hal bodoh yang mamat ni dah buat..
Nak kata bijak.. tak boleh diikut..
nak kata bangang tak boleh nak ajar!

Apsal ko tak bawak je usul Cina dan India yang ada di Malaysia semua dihalau keluar?
Bodo punya Brahim!
sunsnake 01042010

Perkasa to monitor Chinese newspapers, says Ibrahim

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, March 31 — Perkasa is now monitoring Chinese newspaper reports in the country for “racist” articles.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali (picture) said a committee will translate articles that were considered “racist” and expose it to the public.

berita penuh