Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 28, 2009

DAP komunis!!! Pu*imak DAP!




Itulah bunyi maki dan hamun puak-puak UMNO terhadap batang tubuh DAP ni..
Kalau idak nama dia DAP pun.. NamaPAS ke.. PKR ke.. Hamas ke..
memang itulah jugak maki hamun UMNO nii..

Kononnya untuk agama,bangsa dan negara!
Khaakk tyuiihh! punya UMNO!

Sekafir-kafir Lim Guan Eng..
At least ada usaha la jugak dia nak hormat dan hargai orang Islam..
Bab dia berlakon ke.. Sekadar ambil hati ke.. lain cerita..
Sanggup ke Ghani Othman atau Adnan Yakub bagi anugerah kat Sami Buddha terbaik kat negeri depa?

Pada UMNO ni..
Islam hanya untuk melayu!
Sebab tu bila Khalid Samad MP Shah Alam berceramah dalam gereja kat Shah Alam,
bukan main laju lagi puak2 UMNO ni tuduh Khalid Samad ni agen Kristian!
Menghina Islam!
Woi UMNO! Menghina Islam bapak kamu!
Kalau bodoh jangan bagitau orang lain..
Bodoh sendiri-sendiri laaa!!!
Kalau jahil gi masjid mengaji.. bukangi Karaoke!
Kalau jahil, baca kitab.. bukan buka majalah Mangga!
Kalau bangang, kawan dengan ulama', bukan sokong Najib Tun Razak!!
sunsnake 28.11.2009

Hafiz Quran lahirkan insan yang berintigriti, harmoni dan dinamik - Lim Guan Eng..(video inside)



Pulau Pinang Beri Anugerah Kepada 137 Penghafaz Al-Quran Negeri

Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri.

Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.

Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang

Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik.


sumber - Bicara Pria Malaya

Md Hassan.. ISA is back!!!

Huh!
Memang teman dan ramai orang dah jangka..

Kembalinya ISA Bagan Pinang akan membawa kepada kejatuhan kamu...

Cuba bayangkan Pak Lah kembali dalam kabinet Najib!

Bekas MB duduk bawah anak buah dia dulu..

Tak lama lagi Tajul Rosli Perak pulak meghoyan..


Teman yakin akan ada yang jadi 'korban' dibulan bukan Zulhijjah nanti nie...


Kalau betui SPRM nak siasat (kalau demeada teloleee)..

Kita sama-sama nantikan kesudahan episod kehancuran UMNO-BN N9 ni..

Yang pasti, pelobi-pelobi Isa sedang bekerja..

Dan pengampu-pengampu Md Hasan sedang kepanasan!!


sunsnake 28.11.2009


BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS Yip Ai Tsin Nov 27, 09 5:44pm Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.


BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan. "Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya. "Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang. Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.


Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober. Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan. Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu. Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.