Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, September 3, 2010

Liong Sik - Salah atau tidak jelas Kerajaan Malaysia Bangang!


Pada teman laa..
Ling Liong Sik ni salah atau tidak..
Bebas atau tidak..
Corrupted atau tidak..
Nampak sangat Kerajaan UMNO-BN gagal melaksanakan integrity mereka..

Kalau benar Cukong ni menipu Kabinet..
Apa yang bodoh bangang benor makhluk-makhluk yang dok dalam kabinet ni?
Menatang kabinet ni siapa sebenarnya?
mana pejuang-pejuang Melayu yang duk dalam kabinet tu?
Apa pejuang-pejuang melayu tu buat masa tu?
goyang tel*r?

Ramai lagi muka-muka yang kena tipu dengan wakil cukong ni masih dok
ada dalam kabinet Najib hari ni..
hmmm.. dah kena tipu pun tak malu lagi!!

Nak malu cam mana? depa pun ada syer kot??

wakakakak!
sunsnake 03092010

Kes PKFZ: Liong Sik mahu kertas Kabinet diubah status

September 03, 2010

PUTRAJAYA, 3 Sept — Barisan peguam bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hari ini memohon di Mahkamah Sesyen agar minit mesyuarat Kabinet yang berkaitan dengan projek itu diklasifikasikan semula.

Tuntutan itu dibuat pagi ini ketika mahkamah bersidang untuk mendengar sebutan semula tuduhan ke atas beliau.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula tuduhan Dr Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu.

Selain itu beliau juga meminta kesnya dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Dr Ling merupakan individu kelima dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.

Berita Penuh

Speaker Perak Halal - Tak Usah Haraplah!


Sudah-sudahlah mengharap pada mahkamah Malaysia ni..
Hakim-hakim semua dah kena pegang tel*r..
Peguam UMNO yang nama hujung Zam tu.. farizam ka hanizam ka..
lagi power daripada hakim-hakim yang ada...
tak usah haraplah YB Sivakumar oiii...

adalah lebih baik tak payah turun pun ke mahkamah..
baik turun padang lawat rakyat..
bertemu dengan rakyat dan susun balik gerak kerja PR Perak..
Pastikan kemenangan di PRU akan datang..

lepas tu dengan Zambry, dengan lawyer UMNO tu, dengan hakim-hakim kita humban ke laut jeti lumut!
sunsnake 03092010

Kes Sivakumar cabar keputusan SPR didengar 23 Nov

September 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Nov ini untuk mendengar permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Aziah Ali. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Sivakumar (gambar) dan enam yang lain dan Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili SPR dan tiga responden lain.

Berita Penuh

'Geran' Islam milik MAIS a.k.a UMNO ke?

Ini dakwah cara UMNO yang dipersetujui oleh MAIS kot?


Takde pulak teman jumpa ayat Al-Quran atau hadis menyatakan Islam ini milik MAIS..
jauh sekali milik raja-raja..
Sedangkan ada raja-raja yang tidak mengikut ajaran Al-Quran sepenuhnya!
Malah mungkin lebih teruk daripada itu!

Takde jugak teman jumpa hadis yang menyatakan Islam ini milik malaon Khusrin ni..
Jauh sekali Islam itu milik UMNO sahaja!

Mengapa di tempat-tempat lain masjid boleh diziarahi oleh bukan Islam?
Apa beza Islam di Turki dan Islam di Malaysia?
adakah kerana Islam di Selangor milik MAIS?

Adakah MAIS itu sendiri lebih Islam dari Islam?
aduyaii!! disebabkan UMNO, Islam makin sempit!
sunsnake 03092010

MAIS : LARANGAN BUKAN ISLAM MASUK RUANG SOLAT LIPUTI SEMUA

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

Berita Penuh