Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 16, 2010

PRK Hulu Selangor (73) Peta Lokasi Penamaan Calon esok!

1. Dari arah Tg Malim, sila masuk ikut simpang 4 Dataran Kuala Kubu, selepas Shell sebelah kiri.
Anda akan terpaksa melalui kawasan penyokong BN sebelum sampai ke kawasan penyokong PR.

2. Dari arah Rawang, selepas simpang ke Pekan Rasa disebelah kiri, kira-kira 500m, masuk ke simpang Ampang Pecah di sebelah kanan.


1. Dari simpang Dataran KKB, yang datang dari arah Tg Malim akan melalui kawasan Penyokong BN dahulu sebelum melepasi sebuah Traffic Light, selepas traffic light belok kiri menuju ke atas bukit iaitu Pekan Kuala Kubu Bharu!

2. Dari simpang Rasa, yang datang dari arah Rawang, jumpa Traffic Light, ke kanan dan ke kiri untuk menuju ke atas bukit iaitu Pekan Kuala Kubu Bahru.

Yang ada GPS, lagi sempoiiii!! target ke Balai Polis Kuala Kubu Bahru, IPD Hulu Selangor!

semoga semuanya selamat tiba dan selamat kembali!

sorry la kalau map tak clear.. maklumlah cut & paste aje!

sunsnake 16042010

PRK Hulu Selangor (72) Baik penamaan calon guna SMS!


Hadoii!!! Itulah gunanya polis la macha Pengerusi SPR oii!!
Hari penamaan calon adalah hari rakyat menikmati kebebasan!
Hari penamaan calon adalah hari sebahagian rakyat menunjukkan perasaan setuju mereka dengan calon yang akan bertanding!
Hari tersebut juga hari sebahagian lagi rakyat mengambil peluang berniaga!

Sewajarnya Polis mengawasi hari penamaan calon dengan baik dan penuh tanggungjawab
Dan anggaplah segala ilmu kepolisian dan kawalan diaplikasikan sepenuhnya pada hari penamaan dengan cara mengawal perjalanan rakyat!

Bukan halang rakyat! Ini serupa buang terus kebebasan untuk digantikan dengan kezaliman!

Ada ke nak tukar proses penamaan calon yang ada sekarang ni ke cara online?
Baik pakai sms terus!
Pengundi pun tak payah datang ke UPU untuk mengundi..
AFUNDI sudahhhhh!!!

Kondusif ni apa? adik beradik karburetor ke?

Apa punya sengal la Pengerusi SPR ni..
ke ini arahan UMNO yang makin kurang pengikutnya ke penamaan Calon?

Buat penyokong Pakatan Rakyat, sila ikuti arahan yang dipostkan di blog Bagan Utama ni..
sunsnake 16042010

Proses penamaan calon dua hari, masa berbeza
2010/04/14

SPR kaji pinda undang-undang wujud pilihan raya kondusif

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji untuk meminda undang-undang berkaitan pilihan raya yang akan menyaksikan tempoh proses penamaan calon dipanjangkan daripada sejam pada masa ini kepada dua hari dan parti bertanding membuat penamaan calon pada masa berbeza.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, berkata pilihan kedua ialah mengekalkan tempoh sedia ada tetapi penyokong calon dihadkan kepada 100 orang di pusat penamaan, dalam usaha mewujudkan suasana pilihan raya yang kondusif.

PRK Hulu Selangor (71) Polis hanya perlu awasi Pemuda BN sahaja!



Pendapat teman.. Pihak Polis hanya perlu awasi pergerakan Pemuda BN sahaja!
Pengalaman teman di pelbagai PRK dan PRU, hanya puak-puak Pemuda BN yang diketuai oleh Pemuda UMNO sahaja yang menjadi punca kekecohan dan pergaduhan!

Di Bagan Pinang, siapa boleh lupa serangan ala 'gangster Hong Kong" oleh kumpulan Pemuda BN yang bertali merah di tangan keatas Markas Induk Pemuda PAS! Sehinggakan yang sedang solat pun diterajang mereka! Siap mabuk-mabuk lagi sebab ada yang muntah-muntah dulu di tepi jalan dan hadapan markas sebelum masuk membuat kacau!

Repot-repot polis oleh mangsa-mangsa iaitu pemuda-pemuda PAS adalah antara bukti nyata selain kumpulan terbabit dilihat berkumpul di Pusat Gerakan BN pada malam terakhir sebelum hari membuang undi!

Buat pihak Polis, semoga tabah dan berjaya membanteras keganasan Pemuda BN!

sunsnake 16042010

Polis kenal pasti 'tukang kecoh' di Hulu S'gor
Apr 16, 10 3:51pm
Polis mengenal pasti beberapa individu yang mungkin mengganggu perjalanan kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. "Mereka ini dikenal pasti sebagai tukang kecoh. Apabila mereka mula buat (sesuatu yang lebih mengancam ketenteraman awam), kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (70) Jom Tutup TV!



Jangan Buang TV Anda! Hanya tutupkan sahaja

Menjelang Hulu Selangor, FOMCA kempen jangan tonton TV
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Mungkin tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang bakal berjalan pada 25 April ini, tetapi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan melancarkan kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen 21 hingga 27 April 2010.

Majlis pelancaran kempen tersebut akan diadakan pada 16 April ini iaitu sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor iaitu 17 April.

TV adalah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam memasukkan agenda mereka ke dalam pemikiran rakyat.

Menurut satu kajian, TV adalah media paling berpengaruh khasnya kepada masyarakat luar bandar.

Sebahagian besar kawasan Hulu Selangor adalah termasuk dalam kategori ini terutamanya di kawasan Felda dan ladang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMCA, kempen ini akan dilancarkan di Institute Marketing of Malaysia, 1G-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Kempen ini akan dilancarkan oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA.

"Kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat (sepanjang minggu tersebut) menutup televisyen atau tidak melayari internet dan meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti lain – secara individu atau bersama-sama keluarga atau rakan-rakan," kata jurucakap FOMCA dalam kenyataannya itu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen merupakan sebahagian daripada Kempen Konsumer Kebangsaan, 2008-2010, yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya”.

Minggu Tidak Menonton TV adalah kempen tahunan di peringkat antarabangsa yang telah diadakan semenjak tahun 1995.

PRK Hulu Selangor (69) Ceramah PR di Bukit Sentosa malam tadi

Malam tadi berlangsung Majlis Penerangan anjuran PKR Cabang Hulu Selangor bertempat Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Sedikit gambaran peristiwa....

Sdr Md Rahat, antara pimpinan PKR Cabang Hulu Selangor memulakan ceramah

Aikk?? teman ambik gambo deme, deme ambik gambor teman?? pulakk?

Ketibaan DS Anwar Ibrahim diiringi laungan REFORMASI!

Anak-anak Muda mengibarkan bendera! Anak Muda Benci UMNO!

Tanpa melengahkan masa, DS Anwar memulakan ceramahnya

Selepas ini, beliau kena bergegas ke Kuala Kubu Bharu pula! 30Km dari sini!

YB Abdullah Sani turut hadir dan memberikan ucapan sebelumnya

Banner di pentas

Kehadiran didalam dewan, 90% penuh!


Sementara diluar dewan, skrin besor disediakan! Dewan pun penuh dan agak panas.. maklumlah takde aircond!
suasana diluar dewan!


Kerusi dah abis.. berdiri pun berdiri laaa!! Janji Sokong Pakatan Rakyat!

Dr. Hatta Ramli meneruskan ceramahnya sepeninggalan DS Anwar..

Ketibaan YB Dato' Mahfuz Omar diiringi laungan Takbir!

Antara kartun satira oleh zunar!

Wah! sempat lagi brader dua orang ni berbekam sebelum balik! untuk kesihatan....