Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 16, 2010

PRK Hulu Selangor (72) Baik penamaan calon guna SMS!


Hadoii!!! Itulah gunanya polis la macha Pengerusi SPR oii!!
Hari penamaan calon adalah hari rakyat menikmati kebebasan!
Hari penamaan calon adalah hari sebahagian rakyat menunjukkan perasaan setuju mereka dengan calon yang akan bertanding!
Hari tersebut juga hari sebahagian lagi rakyat mengambil peluang berniaga!

Sewajarnya Polis mengawasi hari penamaan calon dengan baik dan penuh tanggungjawab
Dan anggaplah segala ilmu kepolisian dan kawalan diaplikasikan sepenuhnya pada hari penamaan dengan cara mengawal perjalanan rakyat!

Bukan halang rakyat! Ini serupa buang terus kebebasan untuk digantikan dengan kezaliman!

Ada ke nak tukar proses penamaan calon yang ada sekarang ni ke cara online?
Baik pakai sms terus!
Pengundi pun tak payah datang ke UPU untuk mengundi..
AFUNDI sudahhhhh!!!

Kondusif ni apa? adik beradik karburetor ke?

Apa punya sengal la Pengerusi SPR ni..
ke ini arahan UMNO yang makin kurang pengikutnya ke penamaan Calon?

Buat penyokong Pakatan Rakyat, sila ikuti arahan yang dipostkan di blog Bagan Utama ni..
sunsnake 16042010

Proses penamaan calon dua hari, masa berbeza
2010/04/14

SPR kaji pinda undang-undang wujud pilihan raya kondusif

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji untuk meminda undang-undang berkaitan pilihan raya yang akan menyaksikan tempoh proses penamaan calon dipanjangkan daripada sejam pada masa ini kepada dua hari dan parti bertanding membuat penamaan calon pada masa berbeza.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, berkata pilihan kedua ialah mengekalkan tempoh sedia ada tetapi penyokong calon dihadkan kepada 100 orang di pusat penamaan, dalam usaha mewujudkan suasana pilihan raya yang kondusif.

0 comments: