Pendapat teman.. Pihak Polis hanya perlu awasi pergerakan Pemuda BN sahaja!
Pengalaman teman di pelbagai PRK dan PRU, hanya puak-puak Pemuda BN yang diketuai oleh Pemuda UMNO sahaja yang menjadi punca kekecohan dan pergaduhan!
Di Bagan Pinang, siapa boleh lupa serangan ala 'gangster Hong Kong" oleh kumpulan Pemuda BN yang bertali merah di tangan keatas Markas Induk Pemuda PAS! Sehinggakan yang sedang solat pun diterajang mereka! Siap mabuk-mabuk lagi sebab ada yang muntah-muntah dulu di tepi jalan dan hadapan markas sebelum masuk membuat kacau!
Repot-repot polis oleh mangsa-mangsa iaitu pemuda-pemuda PAS adalah antara bukti nyata selain kumpulan terbabit dilihat berkumpul di Pusat Gerakan BN pada malam terakhir sebelum hari membuang undi!
Buat pihak Polis, semoga tabah dan berjaya membanteras keganasan Pemuda BN!
sunsnake 16042010
Polis kenal pasti 'tukang kecoh' di Hulu S'gor | |
|
berita penuh
0 comments:
Post a Comment