Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 16, 2010

PRK Hulu Selangor (70) Jom Tutup TV!



Jangan Buang TV Anda! Hanya tutupkan sahaja

Menjelang Hulu Selangor, FOMCA kempen jangan tonton TV
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Mungkin tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang bakal berjalan pada 25 April ini, tetapi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan melancarkan kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen 21 hingga 27 April 2010.

Majlis pelancaran kempen tersebut akan diadakan pada 16 April ini iaitu sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor iaitu 17 April.

TV adalah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam memasukkan agenda mereka ke dalam pemikiran rakyat.

Menurut satu kajian, TV adalah media paling berpengaruh khasnya kepada masyarakat luar bandar.

Sebahagian besar kawasan Hulu Selangor adalah termasuk dalam kategori ini terutamanya di kawasan Felda dan ladang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMCA, kempen ini akan dilancarkan di Institute Marketing of Malaysia, 1G-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Kempen ini akan dilancarkan oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA.

"Kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat (sepanjang minggu tersebut) menutup televisyen atau tidak melayari internet dan meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti lain – secara individu atau bersama-sama keluarga atau rakan-rakan," kata jurucakap FOMCA dalam kenyataannya itu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen merupakan sebahagian daripada Kempen Konsumer Kebangsaan, 2008-2010, yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya”.

Minggu Tidak Menonton TV adalah kempen tahunan di peringkat antarabangsa yang telah diadakan semenjak tahun 1995.

3 comments:

Kuda Perang said...

Jom tutup TV!!!
Minta halal entri di'copy', syukran.

Anonymous said...

Kepada pengundi Hulu Selangor, tunggu la ketibaan YB Zahrin dan YB Zul untuk mendedahkan pekung DSAI. Sekarang depa kat US tengah di Brain Storming dek PM.

Kedatangan KATAK dua ekor nie nanti kita baling ngan KATAK PURU je, itulah selayaknya.

-madir-

budakbalun said...

kuda perang.. silakan..

anon - sama2 kita tunggu!