I CAN READ IT! CAN YOU? (in english if you can't in BM)
Ada sesiapa yg boleh baca ni?
Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
Tuesday, November 17, 2009
Cuba Baca Kalau boleh???
Hampeh! SPR ni bermajikankan Kerajaan Malaysia ke UMNO?
Ada perbezaan diantara Kerajaan yang memerintah dan parti yang memerintah.
Antaranya Kerajaan yang memerintah, pegawai-pegawainya boleh mengggunakan kemudahan kerajaan untuk tujuan kerja kepada rakyat.
Tetapi parti yang memerintah tak boleh menggunakan harta benda kerajaan sesuka hati!
Kalau orang lain kena bayar sewa bila nak guna Dewan Orang ramai.
Parti yang memerintah pun WAJIB bayar sewa gak..
Macam kes fitnah UMNO kat Tuk Guru Nik Aziz laa..
Tuan Guru nak ke Mekah atas kapasiti dia Tuk Guru..
Tapi akhirnya beliau batalkan hasrat kerana dia juga
adalah seorang MB iaitu ketua Parti yang memerintah Kerajaan Kelantan.
Malangnya SPR ini secara jelas menjadi 'kuda kayu' kepada UMNO-BN!
Sedangkan SPR ni sama je macam Dewan Orang Ramai tadi..
Semua pihak boleh guna/minta khidmat asal bayar yuran pilihanraya!
Mana mungkin SPR ni boleh ikut telunjuk UMNO-BN?
Bila UMNO-BN kata ok! boleh buat Pilihanraya!
SPR pun ikut.. jujur je terus buat Pilihanraya..
Tapi..
Bila UMNO-BN kata tak boleh! Bawa Mahkamah!
SPR pun secara lembu.. jujur je ikut turun naik mahkamah!
ini macam teman pun buleh jadi Pengerusi SPR!!
Bodo punya SPR!
sunsnake 17.11.2009
SPR minta nasihat peguam negara | |
|
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.
"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama hari ini.
"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 September lepas memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.
Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan bajet DUN Kedah yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.
"Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 November ini," kata Ahmad Bashah semasa dihubungi Bernama.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan kerajaan negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.
Katanya Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai Adun ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.
"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri," katanya. - Bernama
Kota Siputeh? Ntahla...
Salam,
Teman rasa macam tak berapa sedap hati la dengan pengisytiharan mahkamah semalam berkenaan pengosongan kerusi ADUN Kota Siputeh.
Oleh kerana teman masih beranggapan bahawa institusi kehakiman Malaysia masih belum 'bebas' sepenuhnya, maka anggapan pertama teman adalah ada sesuatu yang masih samar-samar dalam keputusan mahkamah ini.
Adakah Najib-Muhyiddin sewenang-wenangnya mahu keputusan sebegini?
Adakah sewenang-wenangnya hakim-hakim di Malaysia ini mampu menjatuhkan hukuman bersetentang dengan kehendak UMNO-BN?
Adakah semudah itu?
Jika kekosongan itu adalah atas faktor UMNO-BN,
maka ketahuilah! Mereka sedang mempersiapkan satu 'master plan' untuk menghadapi satu lagi PRK yang akan dipenuhi dengan keganasan dan mungkin berdarah!
UMNO-BN tidak pernah tidur dalam menghadapi peperangan pilihanraya!
Mana mungkin mereka mengizinkan hakim membuat keputusan sebegitu jika mereka belum benar-benar bersedia?
Dalam kes Bukit Gantang dan Bukit Selambau, jelas UMNO-BN dalam keadaan tergesa-gesa dek kerana kematian bukan sesuatu yang dapat dihidu.
Namun dalam kes Kota Siputih ini, mereka mempunyai ruang & peluang untuk merancang keputusan mahkamah dan melancarkan agend Pilihanraya mereka bersama SPR.
Mana tahu? mungkin kan?
sunsnake 17.11.2009
Hidup UMNO!!! Hidup Melayu!!! (2)
JBA PAHANG DIKORPORATKAN TAHUN DEPAN -melayau
Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa kerajaan Pahang bersetuju untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang namun masih ada beberapa perkara belum dimuktamadkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Mohd Soffi Abdul Razak berkata terdapat beberapa terma perjanjian pengkorporatan yang masih perlu dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Rundingan mengenai terma-terma perjanjian pengkorporatan tersebut meliputi perkara-perkara seperti pengurusan dan pengendalian kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), iaitu JBA yang dikorporatkan.
"Di samping itu juga terdapat beberapa tuntutan kerajaan Pahang kepada Kerajaan Persekutuan mengenai geran tadahan air yang masih perlu dibincangkan bersama,” katanya ketika menjawab soalan DPang Tsu Ming (BN-Semambu) mengenai perkembangan terkini pengkorporatan air di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… HABIS… JUAL APA BOLEH JUAL… kah kah kah..
kah kah kah…. REMBAT APA BOLEH REMBAT… kah kah kah..
nota:
apa dia ertinya pengkorporatan?
ini bermakna harta yang dimiliki oleh raykat
akan dijual pada kroni. sebelum dikoporatkan
air ini milik semua rakyat pahang. untung sama untung
rugi sama rugi. kalau untung masuk ke dalam dana negara.
meniaga air tak mungkin rugi.
kerajaan selangor ambil kembali air. boleh beri percuma
pada rakyat selangor. negeri sembilan ramai apabila air
dijula ramai hilang kerja dan harga air naik.
50 atau 60 tahun dahulu semua perbelanjaan membuat empangan, paip,
lalun air semuannya menggunakan duit kerajaan. dengan sekelip mata
harta rakyat menjadi milik kapitalis.
cuba siasat rapi rapi – mesti ramai yb dan mb yang memiliki saham.
mereka bnerkenduri kendara muntah kedarah harta rakyat.
inilah kerjanya gerombolan. menjualkan harta rakyat kepada
kaum kapitalis. apabila jual air untung semua masuk poket pemilik
saham.
orang melayu tak sedar sedar mereka ditipu dan dibodohkan.
sumber - tukartiub
Subscribe to:
Posts (Atom)