Tuesday, November 17, 2009
Hidup UMNO!!! Hidup Melayu!!! (2)
JBA PAHANG DIKORPORATKAN TAHUN DEPAN -melayau
Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa kerajaan Pahang bersetuju untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang namun masih ada beberapa perkara belum dimuktamadkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Mohd Soffi Abdul Razak berkata terdapat beberapa terma perjanjian pengkorporatan yang masih perlu dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Rundingan mengenai terma-terma perjanjian pengkorporatan tersebut meliputi perkara-perkara seperti pengurusan dan pengendalian kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), iaitu JBA yang dikorporatkan.
"Di samping itu juga terdapat beberapa tuntutan kerajaan Pahang kepada Kerajaan Persekutuan mengenai geran tadahan air yang masih perlu dibincangkan bersama,” katanya ketika menjawab soalan DPang Tsu Ming (BN-Semambu) mengenai perkembangan terkini pengkorporatan air di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… HABIS… JUAL APA BOLEH JUAL… kah kah kah..
kah kah kah…. REMBAT APA BOLEH REMBAT… kah kah kah..
nota:
apa dia ertinya pengkorporatan?
ini bermakna harta yang dimiliki oleh raykat
akan dijual pada kroni. sebelum dikoporatkan
air ini milik semua rakyat pahang. untung sama untung
rugi sama rugi. kalau untung masuk ke dalam dana negara.
meniaga air tak mungkin rugi.
kerajaan selangor ambil kembali air. boleh beri percuma
pada rakyat selangor. negeri sembilan ramai apabila air
dijula ramai hilang kerja dan harga air naik.
50 atau 60 tahun dahulu semua perbelanjaan membuat empangan, paip,
lalun air semuannya menggunakan duit kerajaan. dengan sekelip mata
harta rakyat menjadi milik kapitalis.
cuba siasat rapi rapi – mesti ramai yb dan mb yang memiliki saham.
mereka bnerkenduri kendara muntah kedarah harta rakyat.
inilah kerjanya gerombolan. menjualkan harta rakyat kepada
kaum kapitalis. apabila jual air untung semua masuk poket pemilik
saham.
orang melayu tak sedar sedar mereka ditipu dan dibodohkan.
sumber - tukartiub
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment