Tuesday, November 17, 2009
Kota Siputeh? Ntahla...
Salam,
Teman rasa macam tak berapa sedap hati la dengan pengisytiharan mahkamah semalam berkenaan pengosongan kerusi ADUN Kota Siputeh.
Oleh kerana teman masih beranggapan bahawa institusi kehakiman Malaysia masih belum 'bebas' sepenuhnya, maka anggapan pertama teman adalah ada sesuatu yang masih samar-samar dalam keputusan mahkamah ini.
Adakah Najib-Muhyiddin sewenang-wenangnya mahu keputusan sebegini?
Adakah sewenang-wenangnya hakim-hakim di Malaysia ini mampu menjatuhkan hukuman bersetentang dengan kehendak UMNO-BN?
Adakah semudah itu?
Jika kekosongan itu adalah atas faktor UMNO-BN,
maka ketahuilah! Mereka sedang mempersiapkan satu 'master plan' untuk menghadapi satu lagi PRK yang akan dipenuhi dengan keganasan dan mungkin berdarah!
UMNO-BN tidak pernah tidur dalam menghadapi peperangan pilihanraya!
Mana mungkin mereka mengizinkan hakim membuat keputusan sebegitu jika mereka belum benar-benar bersedia?
Dalam kes Bukit Gantang dan Bukit Selambau, jelas UMNO-BN dalam keadaan tergesa-gesa dek kerana kematian bukan sesuatu yang dapat dihidu.
Namun dalam kes Kota Siputih ini, mereka mempunyai ruang & peluang untuk merancang keputusan mahkamah dan melancarkan agend Pilihanraya mereka bersama SPR.
Mana tahu? mungkin kan?
sunsnake 17.11.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment