Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, January 7, 2010

UMNO, Juara Rakyat?

Salam,

Nampaknya Bukit Sentosa/Bukit Beruntung semakin dipenuhi dengan ‘pejuang-pejuang melayu’ yang bercita-cita mahu menjadi ‘Juara Rakyat!”

Hairannya? Mengapa setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, setelah 6 Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia,

UMNO masih lagi terpaksa mengadakan kempen yang bertajuk ‘UMNO Juara Rakyat’?

Apakah mereka masih lagi menjadi naib Juara semenjak merdeka?

Apakah mereka merasakan mereka semakin jauh ketinggalan sehingga terpaksa ‘memaksa’ rakyat menobatkan mereka sebagai juara?

 

Bukit Sentosa

Kelihatan ketika ini persiapan program mereka di Bukit Sentosa, Rawang begitu hebat dan mewah!

Dimana-mana sahaja boleh kelihatan kenderaan-kenderaan mewah dan bergaya yang pastinya berharga ratusan ribu ringgit di sekitar kawasan ini.

Sabtu lepas (2hb Jan 2010) penduduk Bukit Sentosa gempar dengan kehadiran berpuluh-puluh kenderaan mewah yang memenuhi sekitar tapak pesta berkenaan iaitu di tengah-tengah Bandar Bukit Sentosa.

Selaku penduduk yang berstatus ‘luar bandar’ mengungkap status yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, kehadiran sebanyak itu kenderaan mewah benar-benar mengejutkan. Teman sendiri ‘terliur’ melihat jenama kereta-kereta mereka!

 

Oleh kerana istilah ‘Juara Rakyat’ digunakan oleh UMNO, maka agak hairan dan pelik disaat rakyat Malaysia semakin dihimpit dengan tekanan kewangan yang semakin meruncing, kenaikan harga barang yang berpunca daripada kenaikan harga minyak mendadak di zaman Pak Lah dulu namun pimpinan UMNO masih lagi ‘berselera’ mahu menunjukkan kekuatan kewangan mereka kepada rakyat. Inilah dia UMNO, Dulu Kini dan mungkin selamanya gagal memahami apa yang tersirat di hati rakyat terbanyak!

 

Samseng dan kebudak-budakan

Gaya dan tindak-tanduk ahli-ahli UMNO yang semakin memenuhi bandar kecil ini juga agak jelas kelihatan angkuh dan sombong!

Ada kes dimana kereta seorang ahli PAS dikerumuni oleh petugas-petugas UMNO yang amat jelas tidak berpuas hati dengan logo ‘Tuk Guru’ di cermin hadapan keretanya. Malahan hampir-hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita yang datang dari pejabat wakil rakyat BN di Bukit Sentosa.

Inikah dia ‘Juara Rakyat”? Atau inikah dia ‘Samseng Rakyat’? Siapa sokong dia selamat, siapa membangkang dia bakal disakiti?

Apakah UMNO mahu menjadikan Bukit Sentosa dan seluruh Malaysia ini seperti Bagan Pinang.

Semua orang tahu betapa samseng dan biadapnya UMNO di Bagan Pinang semasa PRK Dun tersebut beberapa bulan lepas. Sehinggakan ada petugas PAS yang dikejarkan ke hospital kerana cedera diserang oleh pemuda-pemuda berbaju Dacing dengan parang,helmet malahan ada dilaporkan Pedang Samurai!

Malangnya semua laporan polis yang dibuat disimpan rapi oleh Polis Negeri Sembilan sebagai catatan sejarah yang mungkin tidak akan dimuziumkan.

 

Teruskanlah berlakon sebagai ‘Juara Rakyat’ duhai UMNO.. Dan yang nyata, keyakinan rakyat terbanyak semakin terhakis terhadapmu.

Selagi UMNO menjadikan keruntuhan moral dan akhlak remaja melayu sebagai modal ‘tenaga kerja’ mereka, maka semakin hilanglah keyakinan rakyat terutamanya golongan bukan melayu. Sedih dan pilu sebenarnya apabila terpaksa berhadapan dengan adik-adik sebangsa yang rosak dek ajaran sesat ayahanda UMNO mereka.

 

PEKIDA

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia, itulah keindahan nama pertubuhan ini tetapi malangnya namanya tidak seindah akhlak ahli-ahlinya!

Amat dikesali kerana sepatutnya merekalah yang menjadi ‘juara’ Islam sesuai dengan keindahan namannya. Namun lihatlah dimana-mana pun, jelas kelihatan betapa hodoh dan hinanya gaya ahli-ahli mereka iaitu anak-anak muda yang mengaku memperjuangkan Islam! Adakah mereka keliru dengan perbezaan melayu dan Islam? Wallahua’lam.

Ajaran Islam hampir tidak kelihatan jika dilihat dari segi etika dan gaya hidup mereka! Seperti contoh di kawasan ini, tidak pernah dilihat mereka menjadi ‘Juara’ dalam aktiviti Islam apatah lagi kelihatan di masjid!

Nampaknya pertubuhan ini telah berubah daripada Kebajikan Dakwah Islam kepada Kebajikan Dakwah Melayu. Sekali lagi amat malang kerana sebenarnya masih ada ahli-ahli PEKIDA ini yang ikhlas mahu mendaulatkan Islam lebih daripada mendaulatkan melayu.

 

Semoga Allah SWT membantu perjuangan Islam yang sebenar di muka bumi-Nya ini. Dan buat mereka yang bersungguh-sungguh mahu menjadi ‘Juara Rakyat’, jadikanlah Islam sebagai asas dalam segala tindakan agar Keredhaan Allah SWT menjadi agenda utama dan pastinya akan disusuli dengan ‘keredhaan’ rakyat.

 

Wallahua’lam.

 

Sunsnake 07.01.2010