Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 11, 2009

UMNO..UMNO.. Beg Sireh pun dio Sossaahhh!!!

Itulah dia!
Dulu bila MB Khalid sedekah lembu korban, terus kecoh dari mana dapat duit beli lembu!
Walhal, lembu tu buat korban dan bukan Khalid makan pun dagingnya!
Untuk orang ramai jemaah masjid-masjid tu..

La ni bila ada orang nak taja Tuan Guru Nik Aziz gi haji
pun ada yang persoal gakk!!
Pergi Haji maaa!!
Bukan gi Paris makan malam dengan Altantuya!
Bukan pergi Washington, minum-minum dengan agen Yahudi!
Bukan pergi naik kapal mewah atas jemputan anak raja arab!

Yang kes VK Lingam tu hakim siap gi oversea lagikk!!

Yang nyata.. Rosmah jumpa kotak?
Dia gi bercuti mewah tu kenapa tak tanya lak siapa taja?
Jemputan Putera Arab? atas alasan apa dia nak jemput?
siapa yang bayar kos dia 'bercuti' sekeluarga kat sana tu?

Kalau setakat Tuan Guru Nik Aziz nak pergi haji,
beratus ribu orang-orang PAS Malaysia ni sanggup tanggung la..
InsyaAllah..
tak payah la nak politikkan isu ni..
Tapi tu lahhh.. UMNO.. siapa yang tak kenal?
Beg sireh pun UMNO sosahhh!!

sunsnake@budakbalun 11.11.2009


PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz
Jimadie Shah Othman
Nov 11, 09
1:12pm

PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.

rujuk kes Rosmah disini..

RM7 juta hargai kejujuran Rosmah
Nov 6, 09 3:55pm
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan persatuan isteri wakil rakyat BN di setiap negeri.

Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah, manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya.

"Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.

Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. BERNAMA