Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

Tony Pua pun agak-agak laaa...


Hmmm... jangan bermain api duhai Tony Pua..
Kelak membakar diri!!

chewwaah!! macam ayat pemuda UMNO pulak!

Tapi memang tak patut dan tak logik laaa..
Si Tony Pua nak timbulkan isu ni..

Hak-hak bumiputera kamu tak payah usik laaa..
Ini semua sepatutnya tak ditimbulkan..

Jangan betul-betul bermain api!

chewaaah!! lagi sekali!
sunsnake 27072010

Diskaun Bumiputera: PAS Selangor tidak selesa syor Tony Pua

July 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS Selangor tidak selesa dengan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP semalam berhubung cadangan agar dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu, cadangan yang diutarakan oleh Pua terlalu gopoh kerana ia memerlukan kajian lebih terperinci terutamanya dari segi aspek kemampuan golongan Bumiputera untuk bersaing dengan pihak lain.

Selain itu kata beliau, kajian dan laporan yang sama diperlukan untuk membuktikan bahawa keyakinan dan kedatangan pelabur asing akan meningkat hanya jika polisi berkenaan diubah.

“PAS Selangor merasakan sebarang perubahan terhadap dasar yang melibatkan golongan Bumiputera khasnya di negeri Selangor mestilah dilakukan dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dan menguntungkan golongan berkenaan.

“Pakatan Rakyat Selangor tidak sepatutnya terlibat dalam memperkenalkan dasar yang menjejaskan bukan hanya kepentingan golongan Bumiputera, malah mana-mana kaum sekalipun di negeri Selangor ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Roslan menambah PAS Selangor menyarankan agar mana-mana cadangan seumpama ini sewajarnya dibincang dan dibahaskan di peringkat Pakatan Rakyat Selangor sebelum ia dilontarkan kepada umum.

Pua (gambar) menggesa kerajaan negeri Selangor agar mengurangkan diskaun Bumiputera memiliki rumah dan komersial mewah di negeri itu demi memperbaiki daya saing dan memulihkan keyakinan pelabur.

Kata Pua, beliau tidak menentang pelan tindakan afirmatif tetapi bukannya menyediakan insentif bagi rumah yang berharga antara RM1 juta dan RM2 juta.

Katanya, insentif tujuh peratus yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera harus dikekalkan bagi hartanah berharga bawah RM500,000.

Saiful Bukhari - Lelaki Perkasa!

Apa cerita awek dia yang ni pulak? dengar-dengar tunangannya??
perghh!! memang kasanova beb!

Wakakakakaka!

Macam ni punya kes pun ada ka??
Memang hebat si Shaifool ni..
Dalam dok ngaku kena 'tala' bontot pun.. boleh lagi dok main 'romantik' dengan pompuan!

Yang syok tuh! Awek yang dok dalam team pendakwaraya tuh!!
Perghh!!! memang Perkasa!!

bak kata orang utara.. memang champion laaa..

Dalam dok timbul isu-isu macam ni pun..
bukti-bukti macam ni pun..
boleh lagi juak-juak pencacai UMNO guna isu liwat ni??

Memang dasar pencacai.. duit punya pasal.. Agama pun depa leh jual!!!
sunsnake 27072010

DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa

TERKINI @ 08:19:49 PM 27-07-2010
July 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Berita Penuh

Mat Sembab ber'fatwa' lagi! (2)


"Bagi Barisan Nasional (BN), kita mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya," - Mat Sembab

Abis?? selama ni siapa yang lawan BN dalam pilihanraya tu?

Parti Konservatif Britain?
Republican USA?
Parti Liberal Britain?
Parti Social Democrat Britain?
Parti Workers Amerika?
American Communist Parties?

adoyaiii... macam dia sorang dok Malaysia ni sejak dulu..
Bangang punya Timbalan Perdana Menteri Malaysia!

Sejak bila SPR berkuasa tentukan layak tak layak pilihanraya diadakan?
Sejak kes DUN Perak je la yang teman tau..
itupun sebab Mahkamah dah sama level dengan bontot Saifool..

Bak kata orang Perak.. Bangang!
sunsnake 27072010

TPM: Hanya SPR tentukan pilihan raya berasingan
Jul 27, 10 2:19pm

Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya. "Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka. "Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR," katanya pada sidang media selepas bersarapan dengan wartawan Malaysia di Seoul, yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan bermula semalam hingga Khamis ini.
Berita Penuh

UMNO perlukan bantuan guru-guru pulak!


Wakakaa!

Ini kompom wajib dibaca sebagai 'arahan berpolitik' bukan 'kebenaran berpolitik'!
Sebabnya? setiap guru siswazah yang mahu berpolitik diwajibkan dapat kebenaran bertulis daripada Ketua SU Kementerian Pelajaran dulu!!

Wakakakak!
Gila apa cikgu-cikgu tu nak mohon kebenaran nak berpolitik dan sertai PAS? PKR? DAP?
wakakakak! baik serah tengkok dan bagi pedang jee..

hmmm.. boleh baca dah arahan-arahan jenis macam ni..

Apa hal pulak nak kena surat kebenaran berpolitik daripada KSU pulak?
Sukahatila cikgu-cikgu tu nak berpolitik..
Ini demokrasi Malaysia ke demokrasi Korea Utara?
sunsnake 27072010

Guru siswazah dibenarkan berpolitik semula
Jul 27, 10 11:28am

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Dibawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. "Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek. Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

Kerajaan Selangor - Betul salah, hukum!


Sebagai membuktikan yang Kerajaan PR ini benar-benar bukan fotostat UMNO-BN..
Wajib mamat ahli majlis ini dihukum dengan seberat-beratnya!
Kalau idak.. serupa tak payahlah pimpinan PR nak bercakap pasal integriti..
serupa tak payahlah Anwar nak berceramah hal rasuah UMNO..
serupa tak payahlah Azmin Ali nak kutuk Mahathir mahupun Najib hal integriti..
serupa tak payahlah Hassan Ali nak bersyarah hal dosa rasuah!
serupa tak payahlah Kit Siang dan Karpal nak bercakap hal ketelusan!!
Serupa tak payah!!!

Isu macam ni kena clearkan betul-betul..
Isu macam kes pasir tu dah boleh buat tak tau sebab UMNO melalak tanpa bukti pun!

yang si Ronnie Liu apahal no komen?
Apa masalah?

Harap-harap jangan ada syndrome of denials kali ni..
Menyampah gak sebenarnya...

sunsnake 27072010

MB berang siasatan ahli majlis 'bocor'

Jul 27, 10
2:45pm

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu." Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid (kiri, tengah) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri. Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Berita Penuh

Maslan - Ketua Kegelapan UMNO Malaysia?


Debat? Kecut Tel*r.. Depan Media Berani Konon...

Aduyai!!! Bro Maslan..
Apsal la jadi macam ni Ketua Penerangan UMNO Malaysia nih!!
Nama pun Ketua Penerangan!! Patutnya berani la 'menerangkang'!!
Kalau dah takut nak 'terangkan'.. Jangan panggil Ketua Penerangan..
Jadilah Ketua Kegelapan!!! Wakakakaa!

Maklumlah.. Mana ada yang cerah kat UMNO la ni..
So, tak logik kalau Maslan ni dinamakan Ketua Penerangan..

Hari tu Mazlan Aliman ajak debatkan?
Siap bagi invitation letter by hand lagik!!
Direct dari Mazlan Aliman ke tangan Bro Maslan lagik!!
Tak nak la pulakk!!
La ni.. sibuk berkokok depan media... media UMNO pulak tuh!
aduyaiii.. 100% kompom! Maslan ni Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!
sunsnake 27072010

'Cukai RM1.3b bukti Felda tak bankrap'
Jul 26, 10 6:34pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.
"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar. "Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita Penuh

Surah Yaasin bikinan UMNO!

UMNO pun.. takyah sampai cetak Yaasin!!! aduyaii..
salah ayat pulak tuh!!!!

Kemerdekaan Malaya - Bukan UMNO!

Sejarah Yang Hilang....