Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

Tony Pua pun agak-agak laaa...


Hmmm... jangan bermain api duhai Tony Pua..
Kelak membakar diri!!

chewwaah!! macam ayat pemuda UMNO pulak!

Tapi memang tak patut dan tak logik laaa..
Si Tony Pua nak timbulkan isu ni..

Hak-hak bumiputera kamu tak payah usik laaa..
Ini semua sepatutnya tak ditimbulkan..

Jangan betul-betul bermain api!

chewaaah!! lagi sekali!
sunsnake 27072010

Diskaun Bumiputera: PAS Selangor tidak selesa syor Tony Pua

July 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS Selangor tidak selesa dengan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP semalam berhubung cadangan agar dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu, cadangan yang diutarakan oleh Pua terlalu gopoh kerana ia memerlukan kajian lebih terperinci terutamanya dari segi aspek kemampuan golongan Bumiputera untuk bersaing dengan pihak lain.

Selain itu kata beliau, kajian dan laporan yang sama diperlukan untuk membuktikan bahawa keyakinan dan kedatangan pelabur asing akan meningkat hanya jika polisi berkenaan diubah.

“PAS Selangor merasakan sebarang perubahan terhadap dasar yang melibatkan golongan Bumiputera khasnya di negeri Selangor mestilah dilakukan dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dan menguntungkan golongan berkenaan.

“Pakatan Rakyat Selangor tidak sepatutnya terlibat dalam memperkenalkan dasar yang menjejaskan bukan hanya kepentingan golongan Bumiputera, malah mana-mana kaum sekalipun di negeri Selangor ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Roslan menambah PAS Selangor menyarankan agar mana-mana cadangan seumpama ini sewajarnya dibincang dan dibahaskan di peringkat Pakatan Rakyat Selangor sebelum ia dilontarkan kepada umum.

Pua (gambar) menggesa kerajaan negeri Selangor agar mengurangkan diskaun Bumiputera memiliki rumah dan komersial mewah di negeri itu demi memperbaiki daya saing dan memulihkan keyakinan pelabur.

Kata Pua, beliau tidak menentang pelan tindakan afirmatif tetapi bukannya menyediakan insentif bagi rumah yang berharga antara RM1 juta dan RM2 juta.

Katanya, insentif tujuh peratus yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera harus dikekalkan bagi hartanah berharga bawah RM500,000.

12 comments:

Anonymous said...

ai, tak selesa sahaja ke? amboiiiii bacul nya jawapan parti pas bewak ni

kang kali kung said...

Ewaaahh!!Budak penakut yg x de name ne,perasan best la tuh..Ko selesaikan masalah mesyuarat UMngok yg asyik tertangguh sbb pertandingan baling kerusi kt Cawangan dan bahagian korang tuh..Pg lerai gaduh olok2 Khairi dgn Brahim Katak tu,suruh diorang tu berenti belakon..Nk selak kain org,tp kain ko terlondeh ko x perasan..Pg balik tidor la budak..menyebok je kt sini..

budakbalun said...

standard la bro kong..
pencacai UMNO yang masuk blog teman ni..

boleh kata 99% tak etak nama..
jauh nak linkkan address!!

sama je penakut depa dengan Ketua kegelapan UMNO Malaysia!!!

standard la anjing.. ramai2 baru berani.. sekor2 bacul!

sial punya UMNO!

waksab said...

Salam..itu standard pencacai la bro..mana berani taruk nama atau web blog mereka...asal ada aje cerita selangor pasti mereka menggelupur nak komen...
http://waksab,blogspot.com

simpangtiga said...

Saudara,
Syor Tony Pua hanya kepada nilai hartanah bernilai RM500,000 dan ke atas. Maksudnya, perumahan kos rendah bagi pemandu teksi, penjual mee, penjual ikan dan lain-lain rakyat bawahan tidak diusik.

Kaedah ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada Kerajaan Selangor dalam usaha menyelamatkan diskaun perumahan kepada penyangak politik dan lain-lain taikon Melayu.

Siapa yang mampu beli hartanah RM500 ribu ke atas kalau bukan tauke2 Melayu?

Apakah mereka mampu membeli rumah semahal itu dan tidak mampu dipotong diskaun 7% atau RM70 ribu?

Saya amat yakin cadangan ini boleh lagi diperhalusi.

Cuma kita jangan emosi seperti UMNO dan juak2 murahan mereka. Yang sentiasa melihat sesuatu isu berkenaan dengan Keistimewaan Melayu dengan agenda perkauman yang sempit.

PAScacamarba said...

yg tak mampu beli tu korang2 ni la yg suka maki hamun,caci maki,gaji harap tabung derma je,kesian sungguh rakyat2,dahla dgr ceramah lawak pastu kena derma tabung lagi,pastu duit tu bagi2kan kat penceramah, tu je ekonomi yg korang ada selain balak,dan duit kopi dari anwar n lim kit siang,korang mana la mampuuuu,tupasal asyik menjilat jubor diaorang je:)ngaku je la,kenyataan adalah amat pahit utk ditelan:)

kang kali kung said...

HAHAHA PAScacamerba..Kaya sgt la ko yg makan duit gomen dari potongan subsidi neh,nk berlagak mcm tuan tanah kaya plak..Berdiri pun atas penderitaan Golongan Marhain,nk menyalak mcm hero..Buat Projek menipu,lg nk tunjuk muka x malu kt sini..Memang patut pun ko kena maki sbb perah duit rakyat,KWSP,Tabung Haji,PKFZ,duit Judi pun ko kebulur nk telan..Lg bagus bg duit kat ceramah dr bagi kat lanun2 mcm ko yg xreti kira duit ne..Hidup ko Senang pun sbb menjilat kat tapak tgn Gomen..X pyh nk berlagak la dgn duit x berkat ko tu,bawak2 la byr Zakat perniagaan,kasi cuci duit ko tu..Kenyataan pd ko tu bkn kebenaran pada org lain..Pg balik la Bhaii..Sini bkn tmpt utk ko nk bodoh2kan org..

PAScacamarba said...

kang kali kung July 29, 2010 3:26 AM
hahaha,ko pun salah satunya yg makan subsidi,dan ko buat2 lupa atau buat2 bodo atau memang bodo tak tau apa2,maaf sahabat,terkasar sedikit bahasa:)

kang kali kung said...

Pascacamerba..Subsidi tu tgungg jwb k'jaan kpd rakyat sb ko,aku dan semua rakyat M'sia ne adalah pembayar cukai wahai sahabat...Klu ko byk duit dan mampu berdepan dgn pemotongan subsidi,org lain x mampu mcm ko..Ko masuk la ke kg2 tgk berapa ramai yg berhutang utk beli barang2 keperluan diorang..Golongan ne paling ramai berbanding golongan elit,wahai sahabat..Aku bg contoh senang..Ko potong belanja sekolah anak ko sebab ko nk byr keta BMW ko yg installmetnya dh pending banyak bulan..Adik -beradik ko bg nasihat supaya ko tukar je keta yg lbh murah supaya anak2 ko dpt belanja mcm besa..Ko tetap nk pakai BMW tu dan ko tetap nk potong belanja anak2 ko..Dua tiga bln pastu bini ko pulak mengadu kat mertua ko yg ko dh gadai gelang dan rantai Emas sbb nk byr BMW tu dan anak2 ko dh x dihantar tusyen sbb ko nk cut budget..Cikgu sekolah call sbb akedemik anak ko merosot dan ko kata kt Cikgu keadaan akedemik anak ko tu bersifat sementara smpai ko dpt sattlekan hutang keta..Cikgu tu pun nasihat ko supaya pakai jer keta yg lbh murah sbb ekonomi ko dh x mcm dulu tp ko tetap dgn pendirian ko tu..Lama2 Bini ko bwk anak2 balik kg sbb ko xnk ubah kptsn ko tu..Sanggup ke ko teruskan keputusan ko tu sedangkan keadaan sekeliling ko menuntut ko berjimat pada perkara2 membazir dan tumpu pd mase dpn Isteri dan anak2 yg memerlukan perhatian dan tanggung jawab ko..Aku ibaratkan Gomen kita mcm tu la keadaannya sekarang wahai sahabat..Aku cite panjg lebar sbb aku anggap ko sahabat..terpulang la kt ko nk menilai..

Melaju bukan Melayu said...

Assalamualaikum :)

Saya melihat hal ini bukan dari sudut bangsa atau kaum. Tapi dari sudut golongan, maksud saya golongan yang mampu & kaya (murah rezeki mereka).

Dan saya sependapat dengan SimpangTiga, hal ini hanyalah untuk perumahan mewah berharga 500k ke atas. Dalam kata-kata sinis "Aih takkan orang kaya pun nak diskaun jugak kot"

budakbalun said...

pascacamerba tu pencacai bro..

ko explain la macam mana pun!!
takkan paham punya!
banyak sangat makan duit haram!
bukan hati je itam..
otak pun hitam!!!

kang kali kung said...

hahaha..Hitam metallic..Hari Jumaat bro,jd teman low volume sket..