Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

Saiful Bukhari - Lelaki Perkasa!

Apa cerita awek dia yang ni pulak? dengar-dengar tunangannya??
perghh!! memang kasanova beb!

Wakakakakaka!

Macam ni punya kes pun ada ka??
Memang hebat si Shaifool ni..
Dalam dok ngaku kena 'tala' bontot pun.. boleh lagi dok main 'romantik' dengan pompuan!

Yang syok tuh! Awek yang dok dalam team pendakwaraya tuh!!
Perghh!!! memang Perkasa!!

bak kata orang utara.. memang champion laaa..

Dalam dok timbul isu-isu macam ni pun..
bukti-bukti macam ni pun..
boleh lagi juak-juak pencacai UMNO guna isu liwat ni??

Memang dasar pencacai.. duit punya pasal.. Agama pun depa leh jual!!!
sunsnake 27072010

DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa

TERKINI @ 08:19:49 PM 27-07-2010
July 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Berita Penuh

0 comments: