Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 21, 2009

Perodua Alza? Pehhh!!




Hmm..
Nampaknya Perodua sekali lagi akan membalas serangan 'sihat' automotif yang dilancarkan oleh Proton..
Jika Proton telah lebih awal menyerang dengan model MPV Exora,
kini Perodua membalas kembali dengan model Alza!

Sama-sama kita saksikan hasilnya nanti!

hmmm.. loan kete kebal teman lagi 5 tahun baru habis!!!
sempat la kot?? kot?? waaaa!!!

sunsnake 21.11.2009

This may look like just another Hari Raya greeting from Perodua at first but for those who are follow the auto industry closely and are expecting something to be launched soon will immediately realise that this is in fact a hidden teaser for the new Perodua MPV!

The Perodua MPV will be based on the Toyota Passo Sette (also known as the Daihatsu Boon Luminas) and has been called the codename Perodua D46T for the development stage. Being engineered from an existing Toyota and Daihatsu model, the only surprise for us usually is the car’s refreshed and Perodua-ised exterior looks but even for that, we already have a rough idea of how it’ll look like thanks to teasers that Perodua have released – the exterior at SMIDEC and the interior at MSAM.

The interior teaser shown in April this year had a cream interior and this colour scheme has been repeated in this teaser image – the seats are done up in cream. There will be a small middle seat between the driver and front passenger but in this teaser image, it has been folded down to use as an armrest, and probably that’s how it should be used as most of the time as there probably won’t be any seatbelt for the front middle chair.

full article

Replay? Tak pernah dibuatnye dow!



Simpati betul teman dengan team bola Ireland nih!
Bukan mudah nak sampai ke peringkat play-off macam nie..
Tambahan pulak Ireland dah lama tak masul final round World Cup...

Tapi kena ingat gak..
Presiden UEFA Michel Platini tu orang Perancis..
takkan nak tengok sahaja Perancis tak gi final round World Cup maaa!!

Namun permintaan Ireland untuk reply memang tak pernah dibuat dek orang!

Afrika Selatan!! Tunggu!! Aku Cabar Kauuu~!!!!!
(ceh! macam kompom je nak gi sana tengok World Cup!)

sunsnake 21.11.2009

PARIS (Reuters) - The French Football Federation (FFF) has ruled out a replay of their controversial World Cup playoff against Ireland, saying on Friday world governing body FIFA's decision that the result should stand was final.

"The decision by FIFA is final and should be respected by both (the French and Irish) federations," the FFF said in a statement on its website (www.fff.fr).

The FA of Ireland (FAI) appealed to FIFA for a replay after France striker Thierry Henry handled the ball setting up William Gallas's extra-time equalizer in Wednesday's 1-1 draw in Paris that sent France to the World Cup with a 2-1 aggregate win.

However, as was widely expected, FIFA wasted little time in rejecting the plea.

"FIFA has replied to the request made by the FAI to replay the World Cup playoff match between France and the Republic of Ireland," the world body said on its website (www.fifa.com).

The FFF statement said it understood the "disappointment and bitterness of the Irish players, officials and fans.

"The FFF never tried to deny that a refereeing mistake led to the French goal being awarded."

The French federation also defended Henry, saying he had spontaneously admitted he handled the ball.

Henry said in a statement released after the FIFA ruling that he felt a replay would be the fairest solution.

The FAI board met on Friday and issued a statement saying said it had called on the French federation to "join with it and the captains of the French and Irish teams... to request a replay from FIFA that would protect the integrity of the game worldwide and the pride of the French national team."

The FAI welcomed Henry's statement that a replay would be the fairest solution and has sent a reply to FIFA after the governing body rejected its appeal to play the match again.

Banyaknye lembu Orang Kaya Najib!!!

Pergh!!!
Banyaknye duit dia..
sampai 427 ekor lembu dia sedekahkan tahun ni!!
Alhamdulillah.. ye laa.. dah jadi Menteri sejak umur awal 20'an..
Kompem la banyak harta-benda dia dah kumpul!

Lagipun duit hadiah daripada Anak Raja Arab hari tu pun ada lagi kan??
hehehehe.

cuma yang heran puak-puak UMNO nie..
Tahun lepas MB Khalid sedekah lembu..
sibuk melalak,melolong minta SPRM siasat mana Khalid dapat duit beli lembu..
Bodo punya UMNO!
lembu...lembu..

sunsnake 21.11.2009


Najib Tun Razak melihat sebahagian daripada lembu Qurban yang akan diagihkan kepada masjid-masjid, surau, Badan Kerajaan dan NGO dalam Parlimen Pekan pada Majlis Penyerahan Surat Wakil Pengurusan Ibadah Qurban Aidiladha 2009 di Pekan, Pahang, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali

Pedih ulu hati.. adehhh!


Teman teruja gak bila tengok iklan ubat nak hilangkan pedih ulu hati tu..
Sebab teman dah alaminya lama..
dulu sekali-sekala.. la ni macam dah selalu sangat!

hmm last2 tadi terjumpa benda ni dalam internet..
harap-harap berguna untuk teman..
kot-kot ada kawan-kawan yang sama masalah jugak..
harap ikhtiar ye?

adehhhhh!!!
sunsnake 21.11.2009


Laparaskopik rawat pedih hulu hati


















PROSEDUR laparaskopik hanya meninggalkan kesan parut yang kecil.

Oleh NAJIBAH HASSAN
RAMAI yang bertanya, apakah perlunya masalah pedih hulu hati dirawat meskipun ia tidak mengancam nyawa?

Jawapannya ialah penyakit ini boleh menjejaskan kualiti hidup penghidapnya.

Selain komplikasi, gejalanya sudah memadai menyebabkan penghidapnya berasa tidak selesa.

Pakar Perunding Bedah Gastroenterologi dan Laparaskopik, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Fahmi A. Karim berkata pada peringkat awal, dalam menangani masalah ini doktor akan menasihatkan pesakit supaya mengubah cara hidup yang lebih sihat.

Ini termasuklah mengubah jenis makanan yang dimakan seperti mengurangkan makanan pedas atau berminyak.

``Bagi yang obes, pesakit dinasihatkan supaya menurunkan berat badan, kurang merokok, mengurangkan meminum minuman keras, mengurangkan makan sebelum tidur, melakukan senaman lebih kerap dan sebagainya,'' katanya.

Pedih hulu hati atau juga dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan di mana asid dalam perut naik ke saluran pemakanan (esofagus).

Ia merupakan penyakit yang sering ditemui. Di Britain, dianggarkan 30 peratus penduduknya menghadapi masalah ini.

Meskipun GERD tidak sepopular seperti penyakit kanser, jantung, diabetes dan sebagainya namun prevalens penyakit ini menunjukkan peningkatan.

Jika dibandingkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pada hari ini GERD mencatatkan peningkatan sehingga 10 peratus.

``Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, kes-kes GERD dianggarkan sekitar 2 hingga 3 peratus sahaja,'' ujarnya.

Sekiranya gejala penyakit ini masih ada setelah pesakit melakukan perubahan gaya hidup, mereka memerlukan rawatan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan ini bagi membantu meneutralkan asid perut dan jumlah asid yang dihasilkan.

``Ada ketikanya, asid yang naik ke perut ini mengandungi bahan-bahan dari pundi hempedu.

``Peranan ubat-ubatan ini bertujuan mengekang masalah ini daripada berterusan,'' katanya.

Meskipun, ubat-ubatan ini dapat membantu, masih ada pesakit yang enggan bergantung kepada ubat-ubatan secara berterusan.

``Rawatan ubat-ubatan ini selain mengambil masa yang agak lama, kosnya juga agak tinggi,'' jelasnya.

Seandainya, kedua-dua pendekatan ini masih tidak membuahkan sebarang hasil mereka mempunyai alternatif lain iaitu menjalani pembedahan.

Pembedahan yang dikenali sebagai laparascopic anti-reflux surgery ini tidak memerlukan torehan luka yang besar pada kulit.

Ia hanya menggunakan sejenis alat yang dimasukkan ke dalam abdomen melalui lubang halus yang kecil.

Kaedah ini membetulkan keabnormalan otot-otot sfinkter dan krura diafram. Otot-otot yang longgar ini dijahit. Satu injap baru di simpang perut dan esofagus dibuat.

Melalui kaedah ini, asid tidak akan masuk semula ke dalam esofagus. Ia juga dapat mengetatkan bahagian bawah esofagus yang longgar.

Menurut Dr. Fahmi, kaedah yang masih baru diperkenalkan ini dapat mencegah berulangnya pembalikan asid ke dalam esofagus.

Kaedah yang dipelopori dari United Kingdom ini telah diperkenalkan sejak enam tahun lalu di beberapa buah negara di Eropah. Prosedur seumpama ini giat dijalankan di Britain, Belgium, Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain.

``Selain tidak membabitkan luka yang besar, pesakit juga boleh pulang ke rumah dalam masa antara dua hingga tiga hari selepas menjalani prosedur ini,'' katanya.

Pedih hulu hati tidak memilih mangsa. Sama ada kanak-kanak, lelaki mahupun wanita muda atau yang berusia tidak terkecuali menghadapi masalah ini.

Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan masuk ke dalam perut melalui satu tiub yang dikenali sebagai esofagus.

Pada bahagian hujung esofagus, terdapat gelang otot-otot kecil iaitu sfinkter (Lower Esophageal Sphincter - LES).

LES bertindak sebagai injap sehala yang membolehkan makanan masuk ke dalam perut.

Biasanya, LES akan tertutup secara automatik sebaik selepas kita menelan. Ini bagi mengelakkan asid perut yang mengandungi asid yang banyak naik ke atas.

Bagaimanapun, sekiranya LES ini tidak dapat berfungsi dengan baik, asid ini akan masuk semula dan membakar bahagian bawah esofagus.

Keadaan ini boleh menimbulkan rasa pedih dan radang pada esofagus. Sekali gus, ia menyebabkan pedih hulu hati dan lama-kelamaan ia merosakkan esofagus.

Selain pedih hulu hati, pesakit biasanya mengadu sendawa berlebihan.

Kesakitan yang amat teruk ini boleh menyebabkan penghidapnya tidak boleh tidur.

Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja penghidap pedih hulu hati mengalami gejalanya. Ada kalanya, menyerupai serangan jantung.

Keadaan seperti ini menyebabkan masalah yang dialami didiagnos dengan penyakit lain. Antaranya, serangan jantung, peptik ulser, asma, bronkitis, peptik ulser dan sebagainya.

Punca GERD

Banyak faktor yang dikaitkan dengan GERD. Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan faktor fisiologi dan anatomi seperti:

* Angin pasang (Hernia)

* Sfinkter tidak berfungsi dengan baik (Defective LES

function)

* Asid dalam perut naik ke atas (delayed gastric

emptying)

* Masalah pengaliran air liur (abnormal oesophageal

motility)

* Kekurangan mukosa dalam esofagus (Defective

mucus).

Selain itu mereka yang menghadapi masalah obesiti atau wanita hamil.

Biasanya wanita hamil mengalami pedih hulu hati pada awal atau semasa tempoh kehamilan.

Ini kerana semasa hamil, terdapat tekanan pada organ-organ dalaman tubuh yang menolak bahagian tersebut.

Pada masa yang sama, peningkatan hormon estrogen meningkatkan risiko pedih hulu hati kerana ia mengurangkan tona otot-otot khas.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendiagnos GERD:

* Sejarah pesakit

* Pemeriksaan endoskopik

* Barium meal

* Kajian asid 24 jam pH.

Diagnosa GERD

Biasanya, dianggarkan 60 hingga 65 peratus pesakit GERD yang menjalani ujian endoskopik tidak menunjukkan sebarang bukti mereka mengalami radang. Keadaan ini dikenali sebagai Non Oesophagitis Reflux Disease (NERD).

Diagnosa pesakit biasanya meliputi tiga kategori iaitu:

* Tiada hakisan

* Radang pada saluran esofagus (esofagitis)

* Pesakit yang mempunyai komplikasi seperti ulser, fibrosa dan kanser esofagus sebanyak 5 hingga 15 peratus.

Sebahagian besar pesakit dikesan tidak mengalami esofagitis, tetapi ada angin pasang hiatus.

Bagaimanapun, jika pesakit tidak mengalami radang, ini tidak bermakna mereka bebas daripada masalah.

Individu yang layak menjalani prosedur ini

* Pesakit yang tidak boleh menerima ubat-ubatan

* Pesakit yang telah mengamalkan ubat-ubatan

dalam jangka masa lama

* Pesakit yang mengalami gejala yang berulang-

ulang

* Pesakit yang telah mempunyai komplikasi seperti

Barret's Esofagus dan lain-lain.

Komplikasi

Sekiranya pedih hulu hati ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan:

* Sukar makan

* Ulser esofagus

* Ketumbuhan pada bahagian bawah hujung

esofagus (Lower End Esofagus).

Esofagus yang terdedah dengan asid dalam jangka masa lama boleh mengakibatkan perubahan.

Perubahan yang dikenali sebagai Barret's Esofagus. Ini adalah satu keadaan di mana kulit dalam saluran makanan bertukar dari skuamos ke kolumnar. Keadaan ini jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan ia menjadi kanser pada peringkat awal.

Dengan rawatan pembedahan, refluk asid boleh dikawal supaya komplikasi GERD boleh dielakkan.

Panduan

Penghidap hulu hati pada peringkat awal perlu membuat perubahan gaya hidup seperti:

* Cara pemakanan yang teratur

* Bijak menangani tekanan

* Banyak melakukan senaman.

sumber - melayau

Dewan Muslimat PAS, apa khabar? Buat apa tu?





"Keberkesanan" Puteri UMNO didalam aktiviti gerak kerja pilihanraya sememangnya diketahui umum.
Ciri 'mobility' yang dimiliki oleh mereka merupakan antara kelebihan yang berguna untuk melaksanakan aktiviti kempen terutama yang 'underground'.
Apa dia 'undergroun'nye tu? Cari la sendirik!
Lain kali turun pilihanraya..
jangan dok depan pc tunggu report dari bloggers yang jenuh mengusung laptop ke hulu-hilir mencari berita terkini!
hehehe.. bukan marah! nasihat!

Teman harap Dewan Muslimat ada perancangan dan gerak kerja bagi menyaingi Puteri dan Wanita UMNO nie..
Walaupun dalam keadaan dana yang amat terhad, namun inilah dia PAS kan?
Kalau dulu tanpa kewangan yang hebat pun PAS mampu melangkah jauh?
Inikan pula dalam keadaan menjadi kerajaan negeri?
Ye laa.. memang bukan senang walaupun dah jadi kerajaan negeri..
teman paham..

sunsnake 21.11.2009

Wanita Umno opens Sayang Squad to all

BENTONG, Nov 21 – Wanita Umno is opening up participation in its Sayang Squad to everyone, including men, to help the movement carry out its welfare and volunteer work.

Its chief, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, said that although the squad was under their patronage they welcomed everyone to join.

“Anybody can take part in the Sayang Squad, although it is under Wanita Umno. Our charity work transcends political ideologies,” she told reporters after attending the squad’s “Fostering Ties With The Public” event at the Janda Baik comunity hall here today.

At the event, Shahrizat who is Women, Family and Community Development Minister, handed out blankets and school bags to 158 residents of Kampung Janda Baik.

She said the squad, which was established recently in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s wish to see an increase in volunteer and charity work, had received overwhelming response.

Through the Sayang Squad, which currently has 19 branches, the spirit of volunteerism can be revived as part of the Malaysian culture, she said.

“The squad is not focused on any specific disaster, but we have programmes every week, where we will work on the poor, sick and those in need.

“It is not seasonal so if anybody needs help they can contact the Sayang Squad,” she added.

The squad under Wanita Umno’s Sayang Project, which involves welfare, volunteer and humanitarian projects, was launched by the prime minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, on Oct 13. – Bernama

Ini cerita pun ada ka?? adoi!

Terpaksa letak gambo anjing pelik ini kerana gambor Mariah Carey takde yang semenggah! hehehe

Adoi!
Anjing nak beranak pun jadi kecoh ka?
Ini la jadinya kalau dah kaya dan famous!
Tambahan pulak di negara yang bebas melampau macam Amerika!
Malaysia pun on the way nak jadi macam ni la kot?
Na'uzubillah! Minta-minta cepat la PAS memerintah Malaysia nih!

Tetapi ini sebenarnya nak perli mat zina & minah zina kat Malaysia nih!
Anak haram yang baru lahir pun dok main sangkut-sangkut kat pagar masjid je!
Ada yang dibuang dalam tong sampah dan jadi makanan anjing liar!

Betul punya bangsat tuh!
Teman kalau isu buang anak ni memang takleh nak kompromi!
Sebab dosa membunuh bro!
Orang Palestin siap pertaruhkan nya wa nak selamatkan anak-anaknya dari kena bom dek zionis!
Yang Mat Zina dan Minah Zina Malaysia ni pulak, mudah je buang dan bunuh bayi-bayi yang jelas langsung tidak berdosa itu!

err.. Islam ke Malaysia nih?

sunsnake 21.11.2009

Mariah Carey terlepas Melihat Anjingnya Beranak

MARIAH Carey menerbangkan doktor haiwan peribadinya dari Los Angeles untuk membantu anjing kesayangannya beranak.

Penyanyi itu juga terlepas melihat anjingnya beranak kerana berada di luar bandar pada masa itu.

Doktor haiwan yang berumur 40 tahun itu juga pernah membantu haiwan kesayangan Jack Russell beranak pada awal bulan ini.

Anjing Mariah berada di London ketika beranak.

“Anjing saya baru melahirkan seekor anak anjing. Kami risau kerana anjing saya (jenis Jack Russell Terrier) terlalu kecil untuk melahirkan anak secara semula jadi.

"Oleh itu, kami terpaksa membedahnya,” kata penyanyi itu lagi.

sumber - mstar

Roti Terbang Wonnek!!



Tadi dok layan Majalah Tiga kat TV3 suku..
Sib baik Majlah Tiga tu ok..
cuma TV3 je suku..

Cerita pasal Roti Terbang!
Pehh!! 1st time teman dengor wehh!!
Maklumlah.. jarang-jarang makan kat luar..
jimat duit nak beli renew roadtax motor dan insurans!!!
hehehe

Terus usha kat youtube kot-kot ade..
memang ade pun!
Hebat gak Brother ni..
Umur pun baru 30, so InsyaAllah boleh pergi jauh lagi!
Harap-harap dia tak kena tipu dengan UMNO Melaka.. hahaha!

sunsnake 21.11.2009

Harapkan Tin, Tin Makan Biskut!



Inilah dia..
antara ketakutan ibu bapa ini lah dia.

Harapkan cikgu, cikgu makan budak!
Harapkan pagar, pagar makan padi!
Harapkan Tin, tin makan biskut!!!!

Harap jika sabit kesalahan,
Cikgu mangkuk ini WAJIB diberikan hukuman yang seberat-beratnya!

Sebab dia bukan Mat Rempit,
dia bukan sunsnake,
dia bukan Mat Indon buruh binaan,
dia bukan Mat Bangla ketiak busuk!
Takde sape hantar anak-anak mereka kat makhluk-makhluk atas nie..

Tapi pada cikgu-cikgi la harapan mak ayah..
Kalau cikgu-cikgi pun dah tak boleh harap?
Mampoilah mak ayah!
Serupa macam UMNO la jadinya.. Tak Boleh harap!
Harapkan Najib, Rosmah yang jumpa kotak!
sunsnake 21.11.2009


Teacher held for oral sex on Year Two girl

NIBONG TEBAL: A 47-year-old teacher has been arrested for performing oral sex on a Year Two schoolgirl in Sungai Bakap here.

State CID chief Senior Asst Comm (II) Wan Abdullah Tuanku Said said the teacher had instructed the eight-year-old pupil to meet him in the music room during recess on Tuesday.

“She went to the music room at about 3.30pm without suspecting anything amiss. He then proceeded to strip and fondle her private parts before performing oral sex on her.

“The victim later went home and told her mother what had happened. She was subsequently taken to the South Seberang Prai district police headquarters in Jawi to make a report,” he said last night.

The victim was sent to the Seberang Jaya Hospital for a medical examination.

SAC Wan Abdullah said the teacher was arrested when he turned up at the police headquarters to give a statement on Thursday, adding that he was remanded pending investigations.

sumber - thestar

UMNO adalah Pejuang Melayu Sebenar!



UMNO Pejuang melayu??
khaakk tuiihhh!!!

sunsnake 21.11.2009

Umno Marah Guan Eng Lantik Melayu Jadi Boss MPPP?

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang


Pada akhir tahun lepas, sekonyong-konyong politik Selangor digegarkan oleh isu perlantikan wanita Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS. Yang menjadi isu besar bagi Umno Selangor dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya ialah Pengurus Besar sebelum itu ialah orang Melayu (termasuk Jawa), tetapi mengapa Pengurus Besar Melayu digantikan oleh Pengurus Besar Cina (walaupun cuma Pengurus Besar sementara)? Lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid sebagai seorang Melayu dituduh sebagai pengkhianat Melayu oleh Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya kerana melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar, sedangkan Pengurus Besar sebelum ini adalah Melayu dan secara tradisinya ia milik Melayu. Pas Selangor juga menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan wanita Cina yang bernama Low Siew Moi itu sebagai Pengurus Besar PKNS.

Dan kelmarin senario yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang kelmarin telah melantik Patahiyah Ismail, seorang wanita Melayu, sebagai Yang Dipertua baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perlantikan Patahiyah telah mencatatkan satu sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ia berita penting bukan sahaja untuk orang Melayu negeri itu, tapi juga wanita negara ini. Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua MPPP sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.

Yang menariknya di sini ialah jika di Selangor, Menteri Besar seorang Melayu tergamak melantik seorang wanita Cina memegang jawatan Pengurus Besar PKNS yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Melayu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri seorang Cina tergamak melantik seorang wanita Melayu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Cina (walaupun tidak semestinya begitu).

Saya sekarang sedang tertunggu-tunggu reaksi Umno Pulau Pinang sama ada ianya sama ketika isu perlantikan Pengurus Besar PKNS dahulu. Di Selangor dahulu, mungkin kerana desakan banyak pihak, terutama Umno,akhirnya Menteri Besar bersetuju melantik seorang Melayu sebagai Pengurus Besarnya bagi menggantikan Low Siew Moi. Saya hendak lihat sama ada Umno memegang prinsip yang sama bahawa bagi sesuatu jawatan penting di peringkat negeri, ia harus mengikut tradisi bahawa ia perlu dipegang oleh satu kaum tertentu.

Jika bagi PKNS jawatan Pengurus Besar secara tradisi dipegang oleh Melayu, maka Melayulah juga yang harus memegang jawatan itu sampai bila-bila (walaupun untuk jawatan Pengurus Besar sementara, seperti kes Low). Jika precedent ini diterima pakai oleh Umno, maka dalam kes Yang Dipertua MPPP, ia juga harus dipegang oleh seorang Cina. Dan ia diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa 14 daripada 24 Ahli Majlis MPPP sekarang adalah mereka dari kalangan bukan Melayu. Ahli Majlis MPPP dari kalangan Melayu pula cuma 10 orang (itu pun termasuk keturunan India Muslim yang mengaku sebagai Melayu). Lagi pun, majoriti penduduk di bawah kelolaan MPPP ialah orang Cina, maka tentu jawatan itu bagi Umno yang menjunjung prinsip 1Malaysia itu, wajar juga dipegang oleh seorang Cina.

Di Selangor dulu, Umno bukan main berang apabila Menteri Bear melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS kerana ia tidak mengikut tradisi. Apakah Umno Pulau Pinang juga akan berang kerana Guan Eng melantik seorang Melayu untuk jawatan Yang Dipertua MPPP kerana ia juga tidak mengikut tradisi? Adakah Umno Pulau Pinang lepas ini akan mengadakan bantahan besar-besaran mendesak orang Cina menerajui MPPP dan menggerakkan NGO-NGO Melayu membuat kacau seperti di Selangor dulu?

Dan reaksi DAP? Dalam hati saya tidak yakin DAP akan menentang perlantikan Patahiyah sebagai Yang Dipertua MPPP hanya semata-mata kerana dia Melayu. Ini kerana saya yakin DAP lebih cerdik dalam permainan politik berbanding Umno!

Umno Pulau Pinang, apa lagi, pergilah berhimpun di depan Komtar atau di Padang Esplanade untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melantik seorang Cina sebagai Yang Dipertua MPPP! Jika Umno berani bertindak begitu, pasti parti itu akan dipuji sebagai parti yang memahami slogan 1Malaysia tajaan presiden terhormat mereka yang bernama Najib Tun Razak itu. Umno sepatutnya berani membuat desakan itu, kerana bukankah parti itu telah diminta oleh presiden parti untuk menjaga kepentingan orang Cina kerana kegagalan MCA melakukannya?

Kubur digali semula! Fuhhh!


jangan main-main syeikh!
Gali kubur balik tu..
Gali jangan tak gali..

Kita cari sampai dapat siapa malaun yang humban mendiang ni ke bawah!
Harap-harap keadilan dapat tertegak..
SPRM ni bukan setakat teman, anak teman yang tadika pun heran dengan kebebalan tindakan SPRM ni??

Ni untuk kali ni, SPRM siap boleh upah Pakar Forensik dari British tuh!!
Punya nak tegakkan benang basah...

SPR-pasang lawyer lawan Speaker Pakatan Rakyat Kedah
SPRM - pasang doktor nak lawan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!

hehehehe.. nampak sangat siapa 'dalang'nya..
Siapa tak nampak memang 'puaka'!!! wakakakak!

siapa agaknya yang mula-mula nak upah Horatio,Duquesna,Eric,Wolfe dari CSI Miami ye? kompom bleh tahu punya siapa punca!! wakakak!
silap-silap habis team CSI Miami ni ke ISA dek Najib!!!

sunsnake 21.11.2009

Mayat Teoh digali semula hari ini

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh.

Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri.

Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini.

"Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.

Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh.

Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung.

Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh.

"Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu.

"Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.

SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana.

Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya.

Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri.

Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.

Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.

Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu.



Dari tingkat berapa pulak nak kena humban ni??


Harap SPRM Johor dapat cari bangunan yang paling tinggi kat Johor tu untuk lambung
sampah-sampah ni...
Kalau boleh buang sekali kepala sampah kat Putrajaya tuh!

Jangan tak humban pulak ye?
Di Selangor boleh?? RM2000 punya hal leh humban tingkat 14?
Ini kes sampah-sampah ini kurang-kurang tingkat 45!!
Ke MB Johor dah pesan suh buat tak tau?
Atau Hamid botak a.k.a pencen tu dah sound awal-awal?
hmmm.. makin melingkup SPRM Malaysia nih!

sunsnake 21.11.2009

6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah
Nov 20, 09 10:22pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.

Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.

Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu. - Bernama

UMNO-Untuk Agama?? Abah ehh!


Itulah yang berlaku bila Islam cuma sebut dibibir.. bukan turut disebut dihati..
Untuk Agama,Bangsa dan negara!!

Woii UMNO, Agama apo?? Agamo Abah eh?

Moga Allah jauhkan keturunan dan keluarga kita daripada spesis penjahanam bangsa ini!

sunsnake 21.11.2009

Siasat program Dana Bakti Remaja


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/danabaktiremaja.jpg
KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya menyiasat Program Dana Bakti Remaja yang dilaksanakan di negeri ini.

Ini kerana, program tersebut didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan serta rasuah melibat pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.

(Gambar atas - Komander Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Mohtadin Arim, memeluk seorang puteri umno pada hari akhir program tersebut bagi DUN Bukit Besi 5 November lalu. Itulah mungkin antara kandungan kursus yang diajar oleh Umno menerusi program Dana Bakti Remaja)


Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.

“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.

“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.(klik lihat Video Klip)

“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/dinadamdanabaktiremaja.jpgManakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.

Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)

“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).

“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.

Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.

“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.

“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.

Bertuahnya PLUS.. Jual cendol pun ada time rugi


Mengalir ayormata teman bila terbaca betapa untungnya PLUS (baca-Barisan Nasional) setiap tahun!
Lagipun bini teman pernah keroje dengan PLUS sebagai tollgate girl dekat 6 tahun!
Selama itu tak pernah pun dia dengor ada PLUS bagi bonus pada pekerja sampai 6 bulan?
Paling-paling hebat pun 2 bulan..
Ikut kuota pulak tuh! chait!
Hari-hari kutip duit masuk poket Samy Vellu ka? Kompom!\

Yang kesiannya, tollgate girl/boy la..
gaji dah la naik paling hebat RM50 setahun!
OT bagai nak mampus pun rate OT rendah giler!
Kerja dari subuh santak ke tengah malam..
Yang kaya? Lu pikir la sendiri!!
sunsnake 21.11.2009

PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA