Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 21, 2009

Kubur digali semula! Fuhhh!


jangan main-main syeikh!
Gali kubur balik tu..
Gali jangan tak gali..

Kita cari sampai dapat siapa malaun yang humban mendiang ni ke bawah!
Harap-harap keadilan dapat tertegak..
SPRM ni bukan setakat teman, anak teman yang tadika pun heran dengan kebebalan tindakan SPRM ni??

Ni untuk kali ni, SPRM siap boleh upah Pakar Forensik dari British tuh!!
Punya nak tegakkan benang basah...

SPR-pasang lawyer lawan Speaker Pakatan Rakyat Kedah
SPRM - pasang doktor nak lawan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!

hehehehe.. nampak sangat siapa 'dalang'nya..
Siapa tak nampak memang 'puaka'!!! wakakakak!

siapa agaknya yang mula-mula nak upah Horatio,Duquesna,Eric,Wolfe dari CSI Miami ye? kompom bleh tahu punya siapa punca!! wakakak!
silap-silap habis team CSI Miami ni ke ISA dek Najib!!!

sunsnake 21.11.2009

Mayat Teoh digali semula hari ini

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh.

Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri.

Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini.

"Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.

Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh.

Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung.

Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh.

"Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu.

"Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.

SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana.

Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya.

Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri.

Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.

Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.

Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu.



0 comments: