Nak minta pendapat sahabat-sahabat pasal 2 adik beradik ni..
pada teman, boleh dikatakan dah buat kerja bangang, tapi cuba nak cover dengan perkara bangang yang lain..
Udahlah memburukkan nama Islam dengan tak tentu arah membakar gereja..
Cuba la menipu dengan alasan yang sepatutnya lawyer depa patut malu dengan alasan macam tuh!!
errr.. ke UMNO kata ini jihad?
wakakakakak!
sunsnake 13082010
Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun
Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah berkata mahkamah perlu menghantar mesej yang keras bahawa tindakan membakar rumah ibadat tidak boleh ditolak ansur sama sekali.
Katanya, individu yang melakukan serangan khianat ke atas rumah-rumah ibadat tidak wajar menerima belas kasihan.
“Oleh itu, kedua-dua anda dikenakan hukuman penjara lima tahun,” kata beliau.
Terdahulu beliau memutuskan kedua-dua mereka bersalah demikian selepas mendapati keterangan tertuduh bercanggah dan tidak konsisten.
“Pembela gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Saya mendapati kedua-dua tertuduh pertama dan kedua bersalah atas tuduhan ini,” kata Komathy.“Jamuan barbeku adalah rekaan dan (idead) difikirkan kemudian,” kata Komathy merujuk kepada keterangan seorang guru bahawa kedua-dua tertuduh ada bersamanya pada malam kejadian dalam satu jamuan barbeku, malah dia sempat melihat anggota badan mereka terbakar.
Berita Penuh