Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, August 13, 2010

Bakar gereja - Hero Atau Bangang?


Baik la jihad usahakan 2 ekor kat atas ni ke Mahkamah Rasuah!

Nak minta pendapat sahabat-sahabat pasal 2 adik beradik ni..

pada teman, boleh dikatakan dah buat kerja bangang, tapi cuba nak cover dengan perkara bangang yang lain..

Udahlah memburukkan nama Islam dengan tak tentu arah membakar gereja..
Cuba la menipu dengan alasan yang sepatutnya lawyer depa patut malu dengan alasan macam tuh!!

errr.. ke UMNO kata ini jihad?

wakakakakak!
sunsnake 13082010

Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun

August 13, 2010

Adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim (kiri) dan Raja Muhammad Idzham ketika hadir mahkamah bulan lepas. - Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Dua adik-beradik, Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Muhammad Idzham masing-masing dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah membakar gereja Metro Tabernacle di sini awal tahun ini, ketika kontroversi berhubung penggunaan kalimah “Allah”.

Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah berkata mahkamah perlu menghantar mesej yang keras bahawa tindakan membakar rumah ibadat tidak boleh ditolak ansur sama sekali.

Katanya, individu yang melakukan serangan khianat ke atas rumah-rumah ibadat tidak wajar menerima belas kasihan.

“Oleh itu, kedua-dua anda dikenakan hukuman penjara lima tahun,” kata beliau.

Terdahulu beliau memutuskan kedua-dua mereka bersalah demikian selepas mendapati keterangan tertuduh bercanggah dan tidak konsisten.

“Pembela gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Saya mendapati kedua-dua tertuduh pertama dan kedua bersalah atas tuduhan ini,” kata Komathy.

“Jamuan barbeku adalah rekaan dan (idead) difikirkan kemudian,” kata Komathy merujuk kepada keterangan seorang guru bahawa kedua-dua tertuduh ada bersamanya pada malam kejadian dalam satu jamuan barbeku, malah dia sempat melihat anggota badan mereka terbakar.

Berita Penuh

5 comments:

Abd Karim MJ said...

abis yang kes masjid di banling dengan kepala haiwan muralazah tu mcm mana ?

Anonymous said...

Tanya Polis en abd karim MJ. Dah tanya ke belum?

Anonymous said...

skang aku tanya..yg bakar surau ke masjid hari tu sapa???Melayu ke bukan Melayu???

Anonymous said...

Yg baling kpala khinzir tu pun tahu pulak benda tu najis ye,sampaikan berbungkus dgn 6 lapis plastik..Klu kena tgkap lg la kecoh sbb yg buat keje tu pun Melayu jugak..Klu Cina yg baling,buat apa dia nk bungkus kepala Khinzir tuh,bukannya haram pun klu diorang nk pegang,mcm Melayu pegang kepala lembu gak kat diorang..Yg bakar surau tu Melayu la bro..Rumah Imam pun diorang boleh bakar,inikan pulak surau..Melayu dh teruk la bro..Ko je rasa Melayu ne baik lg..

budakbalun said...

Karim.. Thanks sudi komen kat blog teman nie..

Kalaupun betul cina/india yang baling kepala babi dalam masjid, perlu ke kita gi bakar kuil/tokong/gereja diaorang?

hmm.. fanatik melayu!