Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, August 13, 2010

Ezam akui Menipu Hanya di bulan Bukan Ramdhan?


Wakakaka!

“Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah,” kata Ezam (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Woi! Fitnah ni selama-lamanya tak boleh! Bukan bulan puasa je!
Bangang punya kaki!
sunsnake 13082010

Ezam: Saya tak fitnah Wan Azizah, sedia jumpa di mahkamah

TERKINI @ 03:37:35 PM 12-08-2010
August 12, 2010

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membantu “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai sekitar 2006.

Sehubungan itu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan tersebut juga berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dr Wan Azizah, Presiden PKR, jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah,” kata Ezam (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Datuk Seri Wan Azizah ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang, itu hak beliau... jika ada tindakan undang-undang, saya sedia menghadapi tindakan itu, sebab saya tidak buat fitnah,” katanya lagi.

0 comments: