Iskk!! Lim Guan Eng ni tak habis-habis tunjukkan yang dirinya bodoh pasal Islam!
Kalau ikut UMNO, apa yang dikata dek Guan Eng ni salah!
ini semua bukti yang Guan Eng ni tak faham Islam!
Haaa.. contoh terbaik buat Guan Eng adalah Chua Soi Lek!
haaa.. itu adalah bukti betapa UMNO berjaya memahamkan Islam pada rakan politiknya..
Maklumlah.. UMNO kan parti Islam!
Kekantoian Soi Lek dengan klip video dulu pun.. biasalaa..
silap-silap yang dok mengaku perjuang bangsa melayu ni lagi teruk!
cuma tak kantoi je!
kalau kantoi pun.. tembak sudahhh!!
lagipun Polis Malaysia bukan minat sangat nak siasat motif!
wakakakaka!
Tahniah Guan Eng.. lantak la kalau UMNO kata ko berlakon ke.. menyamar ke..
Setidak-tidaknya teman berhati-hati dengan kamu..
Daripada teman percaya kat UMNO! baik teman percaya kat harimau lapar tak makan 20 hari!
sunsnake 12082010
Guan Eng Seru Elak Tabur Fitnah Dalam Ramadhan Al Mubarak
SHAH ALAM 11 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru rakyat mengelak daripada menabur fitnah walaupun mempunyai ideologi politik berbeza sempena Ramadhan Al Mubarak tahun ini.
Guan Eng berkata perbuatan mengaib orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan.
Beliau memberi contoh dakwaan perarakan Maulud diharamkan diulang-ulangi sungguhpun ia tetap berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah.
Terkini demonstrasi yang diadakan berhubung dakwaan palsu Bazar Ramadan di Komtar diharamkan oleh pihak penganjur yang telah mengutip wang sewa daripada peniaga tetapi tidak menyerahkannya kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
"Kerajaan negeri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin orang Islam, dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar," kata Guan Eng dalam perutusan beliau.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment