Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 12, 2010

Hebatnya Tazkirah Tarawih!

Gambar Contoh


Alhamdulillah..
Dah 2 malam teman menunaikan Solat Tarawih di Masjid As-Salam Bukit Sentosa..
Dan Alhamdulillah.. teman melihat perjalanan aktiviti Solat tarawih di masjid ini semakin baik berbanding tahun-tahun lepas.. Lebih tersusun dan bersedia terutama apabila melihat beberapa persediaan pihak masjid seperti khemah tambahan yang berlampu dan ruang solat muslimat yang diperbesarkan.. Namun apa yang paling menarik pada teman adalah format Solat Sunat Tarawih yang diubah dengan cara yang lebih 'ilmu oriented'.

Bermula 1 Ramadhan baru ini, masjid As-Salam Bukit Sentosa melaksanakan Solat Sunat Tarawih dengan hanya 8 Rakaat dan diisi di tengah-tengah Tazkirah Ramadhan. Bermakna selepas 4 Rakaat Solat Sunat Tarawih akan berhenti seketika untuk mendengar Tazkirah Ramadhan yang akan disampaikan oleh Ustaz jemputan selama lebih kurang 30 minit sebelum Solat Sunat Tarawih disambung lagi 4 Rakaat berserta Solat Sunat Witir 3 Rakaat.

Wah! Hebatnya! Tambahan pulak setakat ini Ustaz-ustaz jemputan sangat hebat dan memang berilmu! Malam pertama Ramadhan Ustaznya adalah Tuan Nazir Masjid sendiri dan malam tadi adalah Ustaz jemputan daripada Kuala Kubu Bharu. Walaupun hanya 30 minit namun sangat berisi dan tidak patut dilepaskan peluang ini.

Malangnya, ada sesetengah jemaah yang langsung balik selepas 4 Rakaat Solat Sunat Tarawih, mungkin ada urusan yang lebih penting, namun mengenangkan akan larangan Khir Toyo suatu ketika dahulu yang meng'haram'kan Tazkirah Ramadhan, terfikir juga, mungkin yang bergegas balik ramai-ramai ni adalah penyokong tegar mazhab Khir Toyo agaknya.. Wallahua'lam.

Dengan adanya Tazkirah Ramadhan di tengah-tengah Solat Sunat Tarawih, ini adalah peluang untuk berdakwah dab ber'Islah' kepada golongan yang sebelum ini jarang-jarang hadir ke masjid. Di saat Allah SWT melimpahkan Rahmat-Nya diawal Ramadhan inilah waktu terbaik bagi mengisi minda mereka dengan sedikit ilmu yang dicurahkan oleh ustaz-ustaz jemputan. Lagipun jikatidak sekarang, bila lagi?

Seperti juga tazkirah Jumaat, ianya lebih kepada mengambil peluang kehadiran jemaah yang ramai di masjid yang sebenarnya ramai diantara mereka yang sangat jarang ke masjid bagi mengikuti kuliah-kuliah ilmu pun!

InsyaAllah, semoga aktiviti-aktiviti ilmu seperti akan terus subur di Negeri Selangor yang tercinta ini dan seterusnya ke seluruh negara. Kepada Allah Rabbul Jalil kita bermohon agar kemenangan Islam melalui Pakatan Rakyat ini dikekalkan disamping meneruskan kemenangan di negeri-negeri yang masih diselubungi kegelapan UMNO-BN! Amin!

sunsnake 12082010

3 comments:

Anonymous said...

mereka masih tak paham yang mana lebih penting,tarawih tu sunat,tazkirah tu ilmu,fardhu ain.

blogtou said...

Tapi gambarnya ko tipu, bukan dalam masjid assalam

sunsnake@budakbalun said...

aduyaiii..
sebab tu la teman tulih 'gambo contoh' wakakakak!

leh gi usha blog Masjid As-Salam untuk gambor ori...