Sunday, December 5, 2010
Inilah Jalan Kita! - Memoir Pemuda PAS Selangor..
Catatan : hidup_berjuang
Inilah jalan kita!
Susah juga aku nak lupakan kenangan dengan aruah Firdaus (marshall Alternative Riding Club…. moga damai di sana) yang kemalangan motor baru2 ni.
Ada 3 pertemuan aku ngan dia.
Masa tu aku conduct safety riding di Felda Sg Tengi, kemudian di belakang masjid Hulu Bernam pastu geng ni dtg Bukit Beruntung untuk program gotong royong ngan surau.
Kat Felda Sg Tengi sasaran safety riding dan servis motor percuma ni kami sasar pada golongan muda tp yang datang agak ramai namun sume yang tua2.
Kita on jer dan Hamizan selaku ex rider cup prix Malaysia buat show sambil aku ambil tugas emcee.
Kat Hulu Bernam pun sama gak org tua2 yang mai tp berbilang kaum.
Show kali ni oraitt jugak, Dato’ Hasan Ali pun tengok sama.
Kat Bukit Beruntung plak aku dah arrange untuk gotong royong ngan surau.
Tp dukacita skit sbb geng2 ni datang lambat.
Jenuh gak aku bagi alasan ngan org2 surau, last2 aku cancelkan aje.
Bila sampai geng2 ni aku ajak pot kat umah aku dan makan tengahari.
Rupa2nya aruah Firdaus dah siapkan satu cenderahati berupa spocket motor siap ada lakaran/ tulisan tangannya.
Tertulis disitu ‘konvoi amal ARC Selangor ke Ulu Yam 2010’.
(Bila gaknya satu collection & kunjungan untuk keluarga aruah di Hulu Langat?)
Bila kenang2kan itulah lumrah hidup.
Teman2 silih berganti.
Ada yang still bersama mengharung ombak perjuangan, ada yang hilang tanpa berita dan ada yang pergi menemui sang pencipta dalam keadaan sedang berbakti.
Tentunya yang pergi dalam keadaan sedang berbakti merasa puas dengan pengakhiran begitu. Kepada aruah Firdaus kau mungkin sedang merasai nikmat kepuasan itu.
Kepada kita2 ni yang sedang berbakti ni (ye ke?) tentunya bergelut ngan godaan dan tarbiah syaitan yang menghumban nafas kita dan akal kita diatas satu persimpangan.
‘Wat apala ko teruk2 sgt kejo sana kejo sini, tgk mereka2 yg lain, rileks, enjoy, shopping mopping, rumah beso, kete beso, karaoke’.
Kepala makin sewel hari2 dihumban dengan mood ini.
Tak tahan dengan mood ini ramai yang layan balik rentak lama.
Kata almarhum Ust Hasan Syukri,
ada 3K yang menyebabkan para pejuang lari daripada perjuangan.
1) K pertama : Kahwin? Hmmm baru kawen, baru satu bini belum 2 bini dah lari dari perjuangan….mungkin takut bini, terlalu sayang bini mungkin bini control, mungkin bini gaji beso sara hidup dia, mungkin bini yang beso, mungkin segalanya..
2) K kedua : Kerja? Hmm takut karier rosak, pangkat tak naik, takut kena tukar ke Sabah,takut periuk nasi terjejas..
3) K ketiga : Keluarga? Hmmm anak baru sorang, takut anak tak kenal bapak, takut anak tak dpt kasih sayang ataupun anak dah terlalu ramai tiap2 tahun tambah anak walau tak tambah bini. (Berani tambah bini oraittla jugak)
Untuk lari dari musibah 3K ini otak mesti didoktrinkan.
Mendoktrinkan otak ni hanya ada dlm usrah2 dan program2 tarbiah yang difollow secara berterusan.
Dalam masjid tak jumpa!! Doktrin mesti menjurus kepada ketauhidan dan merangsang perasaan kepada:
1) Merasa sgt2 bersalah tentang kesilapan lampau dan ingin menebus agar ianya tidak berulang kepada generasi baru (dengan aku perlu buktikan sekarang)
2) Menilai sumbangan para pejuang terdahulu bagaimana mereka mendokongnya hingga kita merasai nikmatnya iman dan Islam.(dengan aku perlu menyambungnya)
3) Meneruskan agenda ajaran Islam adalah untuk semua tanpa sempadan bangsa dan geografi dan semua manusia mesti menganutnya.
(inilah tugas aku) Tidak seperti ajaran / fahaman lain yang runtuh kerana kebatilannya, ajaran Islam hampir lenyap ketika nabi dihalau dari dakwah ke Taif.
Hampir lenyap ketika serangan Monggol ke atas Baghdad sehingga Allah mentakdirkan dengan akhirnya bangsa Monggol menganut Islam, sesatunya yang tiada dalam sejarah mana2 bangsa didunia apabila penjajah menganut agama bangsa yang dijajah.
Dan jatuhnya kerajaan Othmaniah Turki pada 1924M atas pengkianatan daripada umat Islam.. Jatuhnya kerajaan Islam bukan kerana kebatilan ajaran itu tetapi kerana kejahilan umat.
Umat Islam sendiri yang meruntuhkannya dan membuka laluan kepada penjajahan barat masuk dan menakluk negeri2 umat Islam.
Akhirnya walaupun penjajah pulang namun penjajah telah meninggalkan pemimpin2 yang mewarisi sifat kepenjajahan.
Mereka sama kulit, sama bahasa menjadi pemimpin kita yang terus meninggalkan ajaran Islam dan apabila ajaran Islam ditinggalkan kita langsung tak punya apa2 izzah!
Inilah mehnah yang kita semua sedang rasai dan janji Allah kemenangan Islam pasti datang dan seadanya kitalah patut berusaha menjadi sebagai sebahagian daripada orang2 yang menjayakan kemenangan itu! Bukan lari, bukan undur!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)