Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 20, 2010

PRK Hulu Selangor (95) Jentera PAS akan Full Throttle!


Alhamdulillah!!!! Cuti teman boss dah signed!
So, bermula Khamis ni, teman akan 100% sepenuh masa di Markaz Jentera PRK PAS Hulu Bernam!

InsyaAllah, melalui email & sms berdozen lagi pejuang-pejuang Islam akan mulai turun ke Hulu Selangor bermula Khamis ini jugak! Maklumlah.. senang apply cuti 2 hari Khamis dan Jumaat dan terus sambung 4 hari!

Allahuakbar!

Doakan keselamatan buat pejuang-pejuang ya!

sunsnake 20042010


JENTERA PAS BARU 20 PERATUS, LEPAS INI KITA SERANG - MUSTAFA ALI

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara hari ini, Mustafa berkata, setelah diberikan lampu hijau oleh PKR - sebagai parti yang bertanding - pihaknya akan meningkatkan bantuan mereka kepada 60 peratus.

"Tak (beri) habis juga. Sebab kalau datang semua (petugas PAS), tak boleh bergerak Hulu Selangor, sesak. Kita pun tak mahu sesak macam itu," katanya sambil berseloroh.

Mustafa juga berkata, sebagai parti paling berpengalaman dalam Pakatan Rakyat, mereka mempunyai sumber manusia yang tidak terbatas.

"Kalau mereka (PKR) hendak lagi boleh, kita akan berikan," katanya yang pernah mengetuai jentera pilihan raya pusat PAS sesi lalu.

Mustafa juga berkata, sebelum ini PAS - yang terkenal dengan kekuatan jenteranya - hanya memberikan bantuan kepada PKR "seperti yang diminta" sahaja.

Berita Penuh- WFAUZDIN

PRK Hulu Selangor (94) UMNO tiru Quraisy? Ambik ko UMNO!


Lagi satu "Upper cut" kena kat dagu UMNO!
Buat lagi benda bodoh!

Itulah yang berlaku apabila UMNO menolak Islam secara total dalam berpolitik!
Bagus pulak DAP yang UMNO tuduh macam-macam tu..
Tak pernah pulak teman dengor DAP hina peribadi mana-mana UMNO..
Yang di hentam adalah etika berpolitik dan isu-isu lain yang berkaitan dengan pemerintahan.

UMNO..UMNO.. makin tertekan sepatutnya makin pandai!
Ini makin zalim dan hilang kewarasan!

Inilah cara melayu UMNO!
sunsnake 20042010

Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

Selasa, 2010 April 20

KUALA LUMPUR, 20 April:

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.


Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.
Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.
"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.


"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.
"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.


Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.
"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”
"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.


Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.
"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.


Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.
"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.
"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

sumber - warga marhaen

PRK Hulu Selangor (93) Ambik ko UMNO!


Haaa.. lain kali kalau nak tembak seseorang tu dengan apa-apa issue, pastikan diri sendiri tak buat issue tuh! Ni riuh sekampung, ekor bergelumang tahi!

Isu arak ni, memang sejak dulu lagi rakyat terutama ahli-ahli PAS tahu yang pemimpin-pemimpin UMNO ni kebanyakkannya kaki botol! Kaki Arak! kaki judi! dan yang paling ramai kaki betina!

Tapi mengenangkan ini bukan budaya kita.. maka PAS lebih memilih isu-isu berkaitan dengan Islam dan rakyat!

Malangnya UMNO jelas kehabisan isu di Hulu Selangor sekarang ini, sangat jelas! Hinggakan terpaksa menggunakan isu yang sememangnya mereka sendiri yakin akan membelasah diri mereka sendiri!

UMNO tepuk air dalam dulang! Terpercik ke muka rosmah sendiri!!!

umno.. umno.. apco..apco..
sunsnake 20042010

PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

Apr 20, 10
3:12pm
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi.

Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

berita penuh

Jadual Perjalanan Tuan Guru Nik Aziz @ Hulu Selangor

23 April 2010

Kuliah Maghrib - Masjid Kuala Kubu Bahru

Ceramah Perdana - Changkat Asa, Ulu Bernam


24 April 2010

Kuliah Subuh - Masjid As-Salam Bukit Sentosa

Ceramah Perdana (Grand Finale) - Stadium Mini, Kuala Kubu Bahru


Sumber - JPrK PAS Hulu Selangor

sunsnake 20042010

PRK Hulu Selangor (91) Sorang UMNO Sorang MIC! Aduhhh!



Betul ke No Akaun yang aku bagi kat UMNO tadi ye?? bisik hati kecilnya!


Kecamuk betul la 2 manusia yang urat malu dah putus nih!

Yang sorang mengaku bebas tapi sebenarnya tajaan MIC Bahagian Hulu Selangor!
Yang sorang mengaku bebas tapi sebenarnya tajaan UMNO Bahagian Hulu Selangor!

Bila kena ugut pecat keahlian parti masing-masing..
Hati berdua ni dah confirm berkecamuk!
Berbolak balik! berlibang-libu bak kata orang Perak!

Kesudahannya? Penyudahnya? Sad Ending! Aduhh!!

Yang kelakar si melayu bodoh Sg Tengi tuh!
Pagi lancar Bilik Gerakan, siap umum lambang Cangkul untuk kertas undi beb!
Last-last malamnya kioookk! Aduhhhh!!
Malam dah jadi Hang Kebun?? Cangkul pun Cangkullah!!
Kalau teman jadi warga Sg. Tengi, dah teman halau je mangkuk nih!
Bikin malu Desa Maju Sg. Tengi je wehhh!!

sunsnake 20042010


HULU SELANGOR, 19 April — Persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor kini membabitkan pertaruhan satu lawan satu selepas kedua-dua calon Bebas menarik diri daripada pertandingan hari ini.

Kedua-dua calon Bebas memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding selang lapan jam.

Apa yang menarik calon Bebas Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.

Johan mengemukakan borang tarik diri kira-kira 9.30 malam tadi.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kami terima borang tarik diri daripada Johan dan kini hanya tinggal dua orang yang akan bertanding,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pukul 12 tengah malam in merupakan tempoh terakhir bagi mana-mana calon untuk menarik diri.

Dengan itu saingan akan membabitkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN P. Kamalanathan.

Chandran menyerahkan borang tarik diri pada pukul 1.50 petang tadi.

Dalam pada itu maklumat daripada unit media BN memetik Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata calon Bebas Johan sudah tarik diri. - The Malaysian Insider