Wednesday, July 14, 2010
Pemimpin Tertinggi UMNO pun tak bersatu??
Aduyaiii!! Sibuk nak ajak PAS bersatu..
Najib-Muhyidin-Hisham Aww sendiri pun macam-macam buyik pasal bersatu nih!!
Muhyiddin - Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
Hisham Aww - "Kalau hendak duduk semeja pun tidak boleh, soal hendak bergabung jauh lagilah," katanya. Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata tujuan bagi perbincangan itu hendaklah bagi manfaat semua pihak. "Soal gabung lagi sedikit masa tak ada timbul," katanya.
Najib - "Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut. "Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," katanya.
Sendiri analisis lah ye!
sunsnake 14072010
Satim Diman - Jangan Diharap nak keluar UMNO!
Teman dah kabo dulu lagi..
Jangalah diharap YB-YB UMNO ni nak keluar UMNO..
99.99% payah! Yang 00.01% tu jelah kalau ada harapan..
Kalau teman ni salah seorang YB UMNO pun.. (Na'uzubillah)..
Mana mungkin teman nak keluar UMNO!
Tengok nasib Zaid Ibrahim sudahhh..
Punya la besar pengorbanan Zaid Ibrahim kepada UMNO..
Hinggakan tergamak menyaman Tuan Guru Nik Aziz dek kerana Hudud!
Seolah-olah menyanggah hukum Allah!
Sehingga ke tahap itu!
Akhirnya apabila Zaid Ibrahim keluar UMNO..
Apa yang menimpa dirinya?
Semua orang sedia maklum!
Mungkin itu yang ada dalam kepala hotak Satim Diman ini..
"Kalaulah aku keluar UMNO...pergghh!!"
"Mau lagi teruk dari Zaid Ibrahim aku kena!!"
"Kalau Zaid digelar kaki botol, kaki kuda.. aku ntah apa kaki la kena gelar!!"
"Maklumlahhh.. aku bukan bersih sangat nak dibanding dengan Zaid tuhh!!"
Huissshh!! Teman pun takkan keluar UMNO punya!!! wakakakaak!
Alhamdulillah... Zaid telah pun bertaubat dan pada teman dia bersih la ni..
Lagipun Zaid pun dah ada pengalaman kena tembak gas dan dihambat FRU masa Demo anti-ISa hari tu.. dengar cerita koyak seluarnya! hahahaha! amik ubat! nak sangat sokong kami!
sunsnake 14072010
Satim Diman nafi kosongkan kerusi Seri Serdang | |
|
BudakBalun sokong PAS & UMNO bergabung!!!
Kalau boleh teman nak jadi orang nombor dua selepas Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong PAS dan UMNO bergabung! Tapi atas nama Islam!!!
Persamaan PAS & UMNO adalah Islam... bukan melayu! bukan secara total!
Kerana didalam PAS juga ada minoriti bukan melayu yang beragama Islam...
Atas dasar Islam, PAS & UMNO tidak mustahil bersatu!
Dan teman sangat-sangat suka berangan akan tibanya saat itu!
Masalahnya....haaaa..
Niat UMNO untuk bersatu dengan PAS adakah kerana Islam semata?
Atau nak berlagak dengan kaum cina dan india di Malaysia ni?
Nak tunjuk yang melayu dah bersatu dan cina india jangan nak tunjuk kerek??
Kalau itulah niat UMNO.. baik la tak payah!!
Lagi jauhhhh dari jalan dakwah! Asabiyah!
Yang teman nampak begitulah...
Yang teman rasa pun begitulah..
niat nak bersatu oleh UMNO ni bukan untuk agama..
sebab kalau nak perjuangkan agama Islam..
sekarang pun UMNO boleh buat!
Sebab dia ada kuasa beb! Istana Agung pun dia leh buat yang baru!
Inikan pulak nak laksanakan hukum Hudud!
PAS Kelantan yang memerintah tak sampai 15 tahun pun boleh luluskan Kanun Syariah Hudud di DUN Kelantan...
Kenapa yang dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia dan mendominasi kerusi di Dewan Rakyat, UMNO gagal malahan tiada usaha langsung nak bawa dan usahakan Hudud diluluskan di Parlimen?
Kenapa? kenapa? kenapa?
Kesimpulannya...
Bersatu pada UMNO hanyalah untuk menyelamatkan survival politik mereka yang semakin kelam.. MIC dan MCA semakin kapus..
Gerakan dah boleh dikatakan hampir lenyap..
Siapa lagi yang UMNO mampu berpaut kalau tidak PAS?
Nak paut kat PKR?
sebut nama Anwar Ibrahim pun dah kena tendang dah sorang mamat UMNO tu dari mesyuarat bahagian! Aduyaiii!!
sunsnake 14072010
Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam
KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.
Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.
Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.
"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.
"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.
Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.
Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:
"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.
"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.
Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.
PR - Jangan tiru permainan Belanda!
Teman harap PAS dan parti dalam PR dapat menimbulkan isunya sendiri..
Pamerkan kekuatan dan kelebihan PR bukan hanya menunggu UMNO-BN membuat silap!
Serangan demi serangan wajib dibuat agar UMNO-BN tidak ada masa untuk menimbulkan isu-isu 'bangang' yang bukan main hebat dewasa ini.
Jadikan contoh perlawanan akhir World Cup antara Holland & Spain 2-3 malam sudah..
Sejak mula game Spain bertali arus menyerang kubu Holland.. Sampaikan midfiled Holland takde masa nak rancang serangan.. Nak umpan bola ke Robben dan Kuyt pun, midfiled Holland Van Bommel takde masa! Sibuk dok marking Iniesta, Xavi dan Alonso yang silih berganti mernacang dan membuat hantaran pelik-pelik pada Villa..
Holland hanya mengharapakan counter attacj disamping memperlahankan permainan dengan 'backpass' pada keeper bila melihat Spain terlalu rancak menyerang! Itulah yang mampu dilakukan oleh Holland... Maklumlah.. nak menyerang agak susah sebab Spain menyerang sejak mula! Benarlah taktik yang digunapakai oleh Brazil selama ini..
"Menyerang adalah taktik bertahan paling baik"!
Begitulah juga kita dalam padang politik Malaysia.. PR agak perlahan dalam menjuarai isu menyerang UMNO-BN. Dalam keadaan pemain-pemain BN seperti MCA dan MIC tengah cedera teruk pun PR masih lagi gagal menyerang UMNO yang seolah-olah bersendirian!
Malahan UMNO pulak yang mampu membuat serangan-serangan yang walaupun penuh dengan 'foul' dan 'offside' tapi disebabkan oleh Refree dan linesman bias, PR seolah-olah gagal mengawal permainan!
Sesuatu perlu dirancang dan dilaksanakan oleh Pengurus dan pegawai pasukan PR kerana didalam keadaan 2 pemain BN cedera pun kita masih gagal membuat serangan yang benar-benar mampu menghasilkan gol!
Dan penyokong-penyokong PR pun.. tolong la sekali!! jangan la tengok saja!
Tidak-tidak pun tolong bakat kerusi stadium!!! wakakakaka!
Jangan confident sangat boleh menang final ke 13 nanti.. sok kena sebijik macam Holland..
Masa tambahan player kena buang padang, last-last minit Spain skor sebijik! putih mate wehh!!!
sunsnake 14072010
Sah, Umno Selangor berpecah!
Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Begitulah pepatah Melayu. Perpecahan di dalam Umno Selangor tidak dapat lagi disembunyikan walau apa yang dilakukan. |
Berita Penuh
"Cina Perkasa"? Aduyaiii!!
Isu ni simple je sebenarnya...
UMNO nak sound direct kat MCA,MIC takut... takut BN karam..
Maka ditubuhnya PERKASA atas nama NGO...
MCA nak sound direct kat UMNO,MIC pun takut... takut BN karam..
Gegar-gegar la konon nak buat 'PERKASA' gak!
MIC nak sound direct kat UMNO,MCA laaagi takut! Takut BN karam..
Belum dengar lagi nak tubuh 'PERKASA' ke idak?
Tiga-tiga parti bangsa..
Hanya memperjuangkan bangsa!
Dan sangat hipokrit bila bercakap di pentas yang berlainan!
UMNO akan bercakap mempertahankan Bangsa Melayu!
di depan orang melayu...
MCA akan bercakap mempertahankan bangsa Cina!
di depan orang cina
MIC akan bercakap mempertahankan bangsa India!
di depan orang india..
Abisss?? Siapa nak pertahankan Bangsa 1Malaysia?
Selama ini, inilah 3 parti utama yang merobek segala kekayaan negara..
Yang merompak segala hasil mahsul negara! itulah hakikatnya!
3 parti ini apabila bersama... kekayaan negaralah yang mereka bincangkan!
Siapakah empunya projek.. berapa percent? kroni aku dapat ke idak?
Vincent Tan dah bank in dana Pilihanraya ke belum? huhuhuhu
Tapi hakikat sebenarnya.. dan dah lama dahhhh.. ialah..
UMNO khianat Bangsa Melayu!
MCA khianat Bangsa Cina!
MIC khianat Bangsa India!!
Kesimpulannya...
hanya rakyat 1Malaysia yang bangang sahaja akan masih yakin dengan 3 parti yang nak karam ini..
Kenyataan bahawa semua kaum terpaksa berkongsi negara Malaysia ini wajib diterima oleh semua.. Nak kata apa?
UMNO jugak yang setuju dengan Jus soli?
Kononnya mahu jadi pejuang kemerdekaan!
Walaupun terpaksa melutut di kaki British dan menerima 'saka'nya!
Jus Soli adalah secebis 'saka' yang British tinggalkan untuk diwarisi oleh UMNO!
Dan sekarang, UMNO kononnya berlagak seolah-olah dia tak bersetuju dengan 'saka British' tersebut??
Pooorraahhhh!!!!
sunsnake 14072010
Wujud ‘Cina Perkasa’ karut, tiup api perkauman
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 14 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lim Siang Chai untuk mewujudkan 'Cina Perkasa' sebagai karut dan tidak bermanfaat. Jelasnya, cadangan tersebut tidak membawa erti kerana ia akan menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum dan menambah kemelut isu perkauman yang telah dicipta oleh Barisan Nasional (BN). "Tidak dinafikan penubuhan Cina Perkasa boleh memberangsangkan isu perkauman sekaligus mengekalkan jurang antara kaum yang akhirnya timbul perasaan kurang senang. Lepas Cina Perkasa mungkin Datuk Seri S. Samy Vellu pula akan tubuh India Perkasa, lagi bermasalah," tegasnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Seberang Perai di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, kelmarin. |
Berita Penuh
Budakbalun..Not in the mood!
Teman pun la ni macam takde mood langsung nak berceloteh dalam dunia blog nih!
Nak maki UMNO.. dah naik jemu!
Nak tegur PKR.. banyak sangat nak ditegur!
Nak tegur PAS yang dah macam over confident leh menang PRU13..
kang kata tak wala' pulak!
hantam sajalah labuuuuu..
teman nak relax 2-3 hari atau 2-3 jam jap...
jumpa lagi lepas hibernasi ini ya!
sunsnake 14072010