Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 14, 2010

PR - Jangan tiru permainan Belanda!


Teman harap PAS dan parti dalam PR dapat menimbulkan isunya sendiri..
Pamerkan kekuatan dan kelebihan PR bukan hanya menunggu UMNO-BN membuat silap!

Serangan demi serangan wajib dibuat agar UMNO-BN tidak ada masa untuk menimbulkan isu-isu 'bangang' yang bukan main hebat dewasa ini.

Jadikan contoh perlawanan akhir World Cup antara Holland & Spain 2-3 malam sudah..
Sejak mula game Spain bertali arus menyerang kubu Holland.. Sampaikan midfiled Holland takde masa nak rancang serangan.. Nak umpan bola ke Robben dan Kuyt pun, midfiled Holland Van Bommel takde masa! Sibuk dok marking Iniesta, Xavi dan Alonso yang silih berganti mernacang dan membuat hantaran pelik-pelik pada Villa..

Holland hanya mengharapakan counter attacj disamping memperlahankan permainan dengan 'backpass' pada keeper bila melihat Spain terlalu rancak menyerang! Itulah yang mampu dilakukan oleh Holland... Maklumlah.. nak menyerang agak susah sebab Spain menyerang sejak mula! Benarlah taktik yang digunapakai oleh Brazil selama ini..
"Menyerang adalah taktik bertahan paling baik"!

Begitulah juga kita dalam padang politik Malaysia.. PR agak perlahan dalam menjuarai isu menyerang UMNO-BN. Dalam keadaan pemain-pemain BN seperti MCA dan MIC tengah cedera teruk pun PR masih lagi gagal menyerang UMNO yang seolah-olah bersendirian!
Malahan UMNO pulak yang mampu membuat serangan-serangan yang walaupun penuh dengan 'foul' dan 'offside' tapi disebabkan oleh Refree dan linesman bias, PR seolah-olah gagal mengawal permainan!

Sesuatu perlu dirancang dan dilaksanakan oleh Pengurus dan pegawai pasukan PR kerana didalam keadaan 2 pemain BN cedera pun kita masih gagal membuat serangan yang benar-benar mampu menghasilkan gol!

Dan penyokong-penyokong PR pun.. tolong la sekali!! jangan la tengok saja!
Tidak-tidak pun tolong bakat kerusi stadium!!! wakakakaka!

Jangan confident sangat boleh menang final ke 13 nanti.. sok kena sebijik macam Holland..
Masa tambahan player kena buang padang, last-last minit Spain skor sebijik! putih mate wehh!!!

sunsnake 14072010

Sah, Umno Selangor berpecah!

Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Begitulah pepatah Melayu. Perpecahan di dalam Umno Selangor tidak dapat lagi disembunyikan walau apa yang dilakukan.

Mula-mula heboh Adun Seri Serdang, Satim Diman, akan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau juga adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor.

Menurut laporan, di dalam satu mesyuarat perhubungan Satim, Bendahari Perhubungan dan seorang lagi pimpinan tertinggi perhubungan telah tidak hadir. Perkara ini telah membuat khabar angin bertiup kencang.

Sekarang naik pula kain rentang oleh Pemuda Umno Selangor yang menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak.

Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Selangor. Pimpinan Umno Selangor terlalu hampas sehingga Najib terpaksa melantik dirinya sendiri.


Berita Penuh

0 comments: