Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 14, 2010

Satim Diman - Jangan Diharap nak keluar UMNO!


Teman dah kabo dulu lagi..
Jangalah diharap YB-YB UMNO ni nak keluar UMNO..
99.99% payah! Yang 00.01% tu jelah kalau ada harapan..

Kalau teman ni salah seorang YB UMNO pun.. (Na'uzubillah)..
Mana mungkin teman nak keluar UMNO!

Tengok nasib Zaid Ibrahim sudahhh..
Punya la besar pengorbanan Zaid Ibrahim kepada UMNO..
Hinggakan tergamak menyaman Tuan Guru Nik Aziz dek kerana Hudud!
Seolah-olah menyanggah hukum Allah!
Sehingga ke tahap itu!

Akhirnya apabila Zaid Ibrahim keluar UMNO..
Apa yang menimpa dirinya?

Semua orang sedia maklum!

Mungkin itu yang ada dalam kepala hotak Satim Diman ini..
"Kalaulah aku keluar UMNO...pergghh!!"
"Mau lagi teruk dari Zaid Ibrahim aku kena!!"
"Kalau Zaid digelar kaki botol, kaki kuda.. aku ntah apa kaki la kena gelar!!"
"Maklumlahhh.. aku bukan bersih sangat nak dibanding dengan Zaid tuhh!!"

Huissshh!! Teman pun takkan keluar UMNO punya!!! wakakakaak!

Alhamdulillah... Zaid telah pun bertaubat dan pada teman dia bersih la ni..
Lagipun Zaid pun dah ada pengalaman kena tembak gas dan dihambat FRU masa Demo anti-ISa hari tu.. dengar cerita koyak seluarnya! hahahaha! amik ubat! nak sangat sokong kami!
sunsnake 14072010

Satim Diman nafi kosongkan kerusi Seri Serdang
Jul 14, 102:53pm

ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman menolak spekulasi bahawa beliau akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk kerusi dewan undangan negeri Seri Serdang yang disandangnya.
Katanya, isu itu hanya ditimbulkan oleh penulis blog dan golongan yang tidak berpuas hati apabila permintaan mereka tidak dipenuhi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan-jawatan berkenaan. Spekulasi tersebut timbul berikutan ketidakhadiran Satim ke mesyuarat perhubungan Umno Selangor pada 21 Jun lalu. Mengulas perkara tersebut, Satim berkata beliau telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya ke mesyuarat itu kepada pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar. Katanya, beliau terpaksa menghadiri satu program lain pada masa mesyuarat itu berlangsung.

0 comments: