Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 14, 2010

BudakBalun sokong PAS & UMNO bergabung!!!


Kalau boleh teman nak jadi orang nombor dua selepas Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong PAS dan UMNO bergabung! Tapi atas nama Islam!!!

Persamaan PAS & UMNO adalah Islam... bukan melayu! bukan secara total!
Kerana didalam PAS juga ada minoriti bukan melayu yang beragama Islam...

Atas dasar Islam, PAS & UMNO tidak mustahil bersatu!
Dan teman sangat-sangat suka berangan akan tibanya saat itu!

Masalahnya....haaaa..

Niat UMNO untuk bersatu dengan PAS adakah kerana Islam semata?
Atau nak berlagak dengan kaum cina dan india di Malaysia ni?
Nak tunjuk yang melayu dah bersatu dan cina india jangan nak tunjuk kerek??
Kalau itulah niat UMNO.. baik la tak payah!!
Lagi jauhhhh dari jalan dakwah! Asabiyah!

Yang teman nampak begitulah...
Yang teman rasa pun begitulah..
niat nak bersatu oleh UMNO ni bukan untuk agama..
sebab kalau nak perjuangkan agama Islam..
sekarang pun UMNO boleh buat!
Sebab dia ada kuasa beb! Istana Agung pun dia leh buat yang baru!
Inikan pulak nak laksanakan hukum Hudud!
PAS Kelantan yang memerintah tak sampai 15 tahun pun boleh luluskan Kanun Syariah Hudud di DUN Kelantan...
Kenapa yang dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia dan mendominasi kerusi di Dewan Rakyat, UMNO gagal malahan tiada usaha langsung nak bawa dan usahakan Hudud diluluskan di Parlimen?
Kenapa? kenapa? kenapa?

Kesimpulannya...
Bersatu pada UMNO hanyalah untuk menyelamatkan survival politik mereka yang semakin kelam.. MIC dan MCA semakin kapus..
Gerakan dah boleh dikatakan hampir lenyap..
Siapa lagi yang UMNO mampu berpaut kalau tidak PAS?

Nak paut kat PKR?
sebut nama Anwar Ibrahim pun dah kena tendang dah sorang mamat UMNO tu dari mesyuarat bahagian! Aduyaiii!!

sunsnake 14072010


Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.

2 comments:

mahaza said...

"Kerana didalam PAS juga ada minoriti bukan Islam yang beragama Islam..."

Minoriti bukan islam yang islam? statement apa tu bhai...

sunsnake@budakbalun said...

aiseymannn.. silap taip la pulok!!
kan teman dah kabo..tengah berhibernasi.. wakakakak!!

Syukran syeikh mahaza... toche2..Arigato!