Sememangnya dah disangka... Kerajaan UMNO-BN dok dendam lama dah dengan susuk tubuh bernama Rafizi Ramli nih!
Depa dok gerammmmm je nak balun!
Dan pastinya tekanan yang amat tinggi kepada pihak Polis dan Bank Negara oleh kerajaan UMNO-BN..
Teringat pulak kisah Hang Nadim.. budak yang bijak yang membantu Sultan menyelesaikan masalah Singapura Dilanggar Todak!
Hang Nadim bagi idea bentengkan pantai dengan batang pisang..
Maka selamat lah seluruh rakyat jelata dengan idea hebat itu!
malangnya pemerintah pulak rasa bimbang..
Kalau bijak sangat masa kecik, bila besar kompom jadi lebih bijak!
Bila jadi lebih bijak maka pastinya akan membahayakan reputasi pemerintah yang pastinya bodoh!
So, bunuh sudda.. terbunuhlah budak yang bijak atas ketakutan dan kebodohan sang penguasa..
apa bezanya dengan rafizi si Hang nadim moden?
Bezanya.. Rafizi memberi idea untuk Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah dan kronisma melampau..
Malangnya sang penguasa bimbang dan takut serta dungu..
Idea yang baik itulah yang akan menghancurkan kekayaan dan ketamakan sang penguasa UMNO-BN!
Maka.. digunakanlah undang-undang yang ada kononnya atas dasar Perlembagaan...
Phuiii!
budakbalun 01082012
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TANGKAPAN AKTA BAFIA : POLITIK DENDAM KE ATAS RAFIZI?
(1 Ogos 2012)
(1 Ogos 2012)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti
Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan
kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari
rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.
DPPM
menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu
yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh
beliau. Tindakan ini juga seperti suatu ancaman
ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot
Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi
maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’
skandal pemimpin negara ini. Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan
skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu
serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.
Kerajaan sepatutnya melihat isu yang
ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan beliau
membocorkan maklumat. Tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan
negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin
negara.
DPPM menegaskan, negara ini menuju kemusnahan jika
jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan.
Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu
tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran. Bagi
rakyat, tindakan ini bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah
menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh
pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri.
DR RAJA AHMAD
AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda
PAS Malaysia