Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 1, 2012

Rafizi = Hang Nadim Moden


Sememangnya dah disangka... Kerajaan UMNO-BN dok dendam lama dah dengan susuk tubuh bernama Rafizi Ramli nih!
Depa dok gerammmmm je nak balun!
Dan pastinya tekanan yang amat tinggi kepada pihak Polis dan Bank Negara oleh kerajaan UMNO-BN..

Teringat pulak kisah Hang Nadim.. budak yang bijak yang membantu Sultan menyelesaikan masalah Singapura Dilanggar Todak!
Hang Nadim bagi idea bentengkan pantai dengan batang pisang..
Maka selamat lah seluruh rakyat jelata dengan idea hebat itu!

malangnya pemerintah pulak rasa bimbang..
Kalau bijak sangat masa kecik, bila besar kompom jadi lebih bijak!
Bila jadi lebih bijak maka pastinya akan membahayakan reputasi pemerintah yang pastinya bodoh!

So, bunuh sudda.. terbunuhlah budak yang bijak atas ketakutan dan kebodohan sang penguasa..

apa bezanya dengan rafizi si Hang nadim moden?

Bezanya.. Rafizi memberi idea untuk Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah dan kronisma melampau..
Malangnya sang penguasa bimbang dan takut serta dungu..
Idea yang baik itulah yang akan menghancurkan kekayaan dan ketamakan sang penguasa UMNO-BN!

Maka.. digunakanlah undang-undang yang ada kononnya atas dasar Perlembagaan...
Phuiii!


budakbalun 01082012

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TANGKAPAN AKTA BAFIA : POLITIK DENDAM KE ATAS RAFIZI?
(1 Ogos 2012)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau. Tindakan ini juga seperti suatu ancaman ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’ skandal pemimpin negara ini. Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.

Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan beliau membocorkan maklumat. Tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menegaskan, negara ini menuju kemusnahan jika jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan. Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran. Bagi rakyat, tindakan ini bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri.


DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan sedang dalam perang melawan keganasan. Di Malaysia, senjata tidak perlu, cukup dengan peti undi dan perundangan. Cuma kadangkala gas pemedih mata digunakan juga

Anonymous said...

Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN