Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, October 18, 2010

Lagi Bukti UMNO Parti Islam Sebenar!!! [Gambar]

Ulamak bangang!!!!


Teman dah habih ayat dah nak maki Rosmah ni..
Alhamdulillah lah jugak..
sekurang-kurangnya Allah SWT tunjukkan pada kita siapa sebenarnya Najib-Rosmah laki bini nih!
Hebat betul kekeliruan mereka dengan Islam sebenarnya!
At least kita tahu takat mana pengetahuan Islam mereka!

Aduyaiii..
Kenapa la makcik pakcik Felda tak nampak lagi!!
Ke masjid/surau tak miss..
Solat jemaah 5 waktu!
Tapi tangan najib dan rosmah ni lah diciumnya kalau berjumpa!
Aduyaiii!!
Bodoh! Dulu Kini Selamanya!!!

sunsnake 18102010

UMNO Parti Islam Sebenar - Najib Tun Razak

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno menghabiskan masa lebih 50 tahun untuk menyerang pergerakan Islam seperti PAS, sebaliknya Najib berkata Umno adalah parti sebenar yang membangunkan Islam di negara ini.

"Kita tak menyerang pergerakan Islam, kita menegakkan Islam di dalam negara kita. Kita membangunkan Islam dalam negara kita, yang mana Umno lah yang menjadi parti yang sebenarnya membangunkan Islam di tanah air kita ini, pada hakikatnya...jadi tidak benar apa yang mereka kata.

"Yang kita berbeza pendapat ialah dengan cara PAS. Politik PAS itu yang kita bezakan sebab PAS adalah parti politik. PAS tidak disamakan dengan Islam, PAS pada hakikatnya adalah sebuah parti politik...ini yang saya nak tegaskan," katanya. BERNAMA

Berita Penuh



















sumber & berita penuh - pria malaya

Khalid MB - Elok Benor la Tak Bertanding..


Dulu..
Jadikan Azmin Ketua PKR Selangor..
Sebab nak bagi Khalid lebih ruang mentadbir Selangor..
Dah cantik la tuh!
Selaku Parti termuda dalam PR.. Ada banyak lagi yang Khalid ni kena belajar...
Sepak tendang politik dalaman apatah lagi luaran..

Banyak-banyak la gi belajar dengan otaimer seperti Ustaz Azizan.. Tuan Guru Nik Aziz..
takde ruginye MB Khalid ni merendahkan diri untuk melompat lebih tinggi!

Teman akui MB Khalid ni genius dalam pentadbiran..
Apatahlagi kewangan...
Tapi dalam politik.. You're too 'lurus'..
so better concentrate kat pengurusan negeri..
Banyak lagi kelemahan kerajaan PR Selangor yang teman sendiri nampak!

Kalau geng-geng PKR nak dengar laa..
Kalau tak nak dengar.. ntahlahhh..
Jangan kena humban dek rakyat terlebih dahulu daripada UMNO suddaaahh!!!
Kelak dengan PAS dan DAP pun terpalit sama!!!

sunsnake 18102010

MB Selangor: Saya tak tanding sebab mahu utamakan PRU-13

October 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.

Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.

Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.

Berita Penuh

Jangan Buat KWSP Macam UMNO Punya!

Kami pedulik apa Menteri rembat duit KWSP?
Janji dapat air mineral suddaahh!!

Pada teman..
Itu sebenarnya maksud Bro Solomon nih!
Sorry Bro Solomon kalau bukan itu maksud kamu!

Bila Kerajaan UMNO ni susah sikit..
rembat duit KWSP..
susah je sikit.. rembat KWSP!
Dah macam fix deposit UMNO pulak!

Yang 5 Billion dulu pun ntah apa cite...
Ventura Cap ape ke namenye..
Macam siram petrol kat unggun api lee...

hmmm.. UMNO ni memang pantang nampak duit!
Harta orang pun dia pedulik apa!
KWSP tu sah-sah antara yang paling banyak cash money!
Macam-macam alasan la cara nak rembat!
Semuanya demi negara!

Apsal la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
aduihh!!
sunsnake 18102010

Kesatuan: KWSP kena labur tapi kami perlukan jaringan sekuriti

October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sambil mengakui hakikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh hanya menyimpan caruman ‘di bawah bantal’, kesatuan sekerja menekankan keperluan “jaringan sekuriti” agar dananya tidak menjadi sandaran pihak berkuasa bulat-bulat, yang trendnya makin ketara belakangan ini.

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja juga tidak menolak senario seolah-olah kerajaan terpaksa bergantung pada dana KWSP, sebagaimana disaksikan dalam Bajet 2011, dan berharap jaringan sekuriti diadakan agar sumber simpanannya tidak digunakan secara sembarangan.

Mengulas perkembangan semasa, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, hakikatnya dana KWSP tidak boleh statik tanpa pelaburan jika mahu membayar dividen kepada pencarum, tetapi pelaburan caruman badan berkanun itu juga tidak boleh keterlaluan tanpa kawalan.

“Nampaknya begitu... saya tidak pasti dengan kandungan bajet-bajet lalu, tetapi kali ini saya nampak seolah-olah kerajaan banyak bergantung pada dana KWSP,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Berita Penuh

BudakBalun@Stadium Shah Alam 16102010!

Di luar stadium.. geng 'mohawk' merah kuning dok promote 'vuvuzela'!! perghh!!


Tu diaaaa.. lautan merah kuning!!! hehehehe
Selalunya teman dok seteru dengan depa.. malam tu.. duk sekali pulak!
Jangan marah ye geng Kejor yeop kejor!!


beberapa minit sebelum sepak mula..

pemain-pemain masuk padang dan berbaris..


DYMM Sultan Selangor diiringi MB Khalid turun bersalam dengan pemain-pemain..


Eh? macam kenai je? tapi dimana ye? wakakaka!
Nampak mesra pulak puak-puak ni malam tu!!

Beberapa saat sebelum sepak mula..


Ehhh!! dah kena dah!!! aduyaiii!!!


Tu diaaaa!!.. cuba kome tengok minit perlawanan!!! aduyaii!!


Koyak tiket terusssss!!! wakakaka!


Adusss!! Kena lagikkkk!!! baru 10 minit!!




Keeper ke dua Selangor injured lak! si Iqbal.. masak dia malam tuh!


Kenaaaaa laaagiii!!! aduh!!! time ni jam kat scoreboard tuh dah hang!!
tunjuk 20:00 sampai habis 1st half.. Merajuk kot??


2nd half.. belum apa-apa dah kena lagi sebijik!!!


Kerusi-kerusi ni tadi penuh.. tetiba je kosong!!! wakakakaak!


Lepas kena 4 bijik.. teman terus angkat bontot!! Bersama dengan ratusan penyokong merah kuning.. punya la bising deme mencarut + tiup trompet vuvuzela!! adusshh!!



Anak teman melangkah balik 'kecewa' sambil memegang bendera selangor!!


Kesimpulannya..
jelas player Selangor penat..
2 malam berturut-turut kena main game high class...
Lembu pun baraii!!!

sunsnake 16102010

Hebahkan Jasa BN? Wakakak!! Lawak-lawak!

Jentera hebahan UMNO? huhuhu


Najib kata sebelum ni BN tak gembar-gemburkan jasa...
Tapi la ni BN kena gembar-gemburkan jasa..

Kerana apa?
Sebab rakyat dah makin standby nak humban BN ni jauh-jauh!
Sebab rakyat dah makin celik..

Selama ni BN tak gembar-gemburkan jasa sebab banyak sangat direct nego!

Jasa buat bangunan?
Direct nego!
Jasa buat Jambatan??
Direct Nego!
Jasa supply komputer?
Direct Nego!
Jasa supply susu kotak?
Direct nego!
Jasa buat Jambatan bengkok?
Direct Nego!
Jasa buat lapangan terbang?
Direct nego!
Jasa buat landasan keretapi?
Direct Nego!!

Sudahnya?? nak mampus gembar-gemburkan jasa-jasa ni??

Nasib baik la..
Banyak bloggers yang sudi 'gembar-gembur'kan jasa-jasa BN nih..

wakakakaak!

ingat pesanan teman..
Jangan lupa baca 'niat' sebelum bukak UMNO Online!
wakakakaka!

sunsnake 18102010

Najib: Hebahkan jasa & budi BN
Okt 17, 10 4:57pm

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya BN memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka. Perdana Menteri berkata kerajaan BN tidak banyak mengembar gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat. "Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat Kuala Lumpur, hari ini.
Berita Penuh

Baca 'Niat' Sebelum Klik UMNO Online!


Gila terdesak puak-puak nih!!
Punya la tak laku UMNO-Online nih!
Sampai terpaksa rayu orang agar layan portal UMNO!

Aduyaiii..
Teman menyeru kepada semua yang tersesat masuk blog daif teman nih..
ada masa gi la bukak umno online tuh!!
Sekali sehari pun jadi laaa!! wakakakak!!

Kalau boleh sebelum bukak tu niat dulu..

"Sahaja aku klik UMNO Online ni.. 100% tak percaya kerana Allah Taala!"

haaa.. InsyaAllah.. selamat dari ditipu dek gerombolan!!

Tak cukup-cukup dengan RTM.. TV3.. internet pun di dibodohnya!
aduyaiii!!

UMNO dah nak mati ni macam-macam laaa...

sunsnake 18102010

'Jangan bergantung pada portal, baca Umno-Online'
Okt 17, 10 6:51pm

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan. "Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar. "Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Berita Penuh