Pada teman..
Itu sebenarnya maksud Bro Solomon nih!
Sorry Bro Solomon kalau bukan itu maksud kamu!
Bila Kerajaan UMNO ni susah sikit..
rembat duit KWSP..
susah je sikit.. rembat KWSP!
Dah macam fix deposit UMNO pulak!
Yang 5 Billion dulu pun ntah apa cite...
Ventura Cap ape ke namenye..
Macam siram petrol kat unggun api lee...
hmmm.. UMNO ni memang pantang nampak duit!
Harta orang pun dia pedulik apa!
KWSP tu sah-sah antara yang paling banyak cash money!
Macam-macam alasan la cara nak rembat!
Semuanya demi negara!
Apsal la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
aduihh!!
sunsnake 18102010
Kesatuan: KWSP kena labur tapi kami perlukan jaringan sekuriti
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sambil mengakui hakikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh hanya menyimpan caruman ‘di bawah bantal’, kesatuan sekerja menekankan keperluan “jaringan sekuriti” agar dananya tidak menjadi sandaran pihak berkuasa bulat-bulat, yang trendnya makin ketara belakangan ini.
Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja juga tidak menolak senario seolah-olah kerajaan terpaksa bergantung pada dana KWSP, sebagaimana disaksikan dalam Bajet 2011, dan berharap jaringan sekuriti diadakan agar sumber simpanannya tidak digunakan secara sembarangan.
Mengulas perkembangan semasa, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, hakikatnya dana KWSP tidak boleh statik tanpa pelaburan jika mahu membayar dividen kepada pencarum, tetapi pelaburan caruman badan berkanun itu juga tidak boleh keterlaluan tanpa kawalan.
“Nampaknya begitu... saya tidak pasti dengan kandungan bajet-bajet lalu, tetapi kali ini saya nampak seolah-olah kerajaan banyak bergantung pada dana KWSP,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment