Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 8, 2011

Serbu Gereja - Dah Terang Lagi Bersuluh laaa..

demo DNA pun UMNO sanggup.. inikan pulak nak set up.....wakakaka!


Sejak dari awal isu Serbu gereja ni timbul teman dah terfikir..
Media menghalakan seluruh flash dan lensanya ke batang tubuh Dr Hassan Ali dan seterusnya menarik sama PAS dalam isu ini!
Tidak ada usaha yang serius untuk bertanyakan direct kepada JAIS dan Pengerusinya sendiri!

Terfikir teman ini adakah 'setting up' yang cuba membuat kekacauan dan isu agama?
Biasalaaa.. siapa lagi yang suka guna isu agama dan kaum untuk tarik sokongan orang?

hehehehe

sendiri mau ingat laaaa!

budakbalun 08092011

Khalid: Pengerusi Mais belakangi MB, reaksi cetus banyak soalan

September 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Khalid Samad berkata reaksi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mengenai satu pertemuan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menimbulkan banyak persoalan termasuk sama ada agensi itu telah bertindak membelakangi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“(Sekarang) Pengerusi Mais sudah memberi penjelasan, mengakui bahawa memang ada satu pertemuan. Jadi, sekarang ia menimbulkan banyak soalan . . . sama ada ia satu pertemuan rasmi atau tidak rasmi, apakah ia membelakangkan Menteri Besar sebagai ketua pentadbiran kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini kepada The Malaysian Insider.

Dakwat Hitam - Awas! Awas! Jaga-jaga!


Hmmmm.. buat kesekian kalinya..
Teringat peristiwa 'Dakwat diharamkan' last minute oleh SPR yang bekerjasama dengan Polis beberapa hari sebelum PRU 2008 dahulu..

Bukan main berjanji.. siap kata dah beli dakwat dari India rasanya..
berjuta jugak kos beli tuh!

Akhirnya.. 1malaysia kena kencing!

so, untuk kali ni kalau betul kena ada agreement ke ape ke..
untuk elak 'Banana fruit 2 times!"

wakakkaa!

budakbalun 08092011

Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu. Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. - Mkini