




























Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan | |
|
Bagaimanapun peguam Americk Sidhu memberitahu, peguam-peguamnya akan tetap menunggu kemunculan pegawai-pegawai SPRM di London, Isnin ini sebagaimana telah dijanjikan sebelum ini.
Berita PenuhPUTRAJAYA, 30 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan mesyuarat esok bagi memutuskan status permit akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan yang tamat hari ini.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata Jawatankuasa Mengkaji dan Menilai Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam akan meneliti dan memproses permohonan pembaharuan permit akhbar berkenaan.
Berita PenuhKUALA LUMPUR, 30 Jun – Seorang suri rumah yang kematian suami semasa dalam tahanan polis pada 1999, hari ini mendapat ganti rugi sebanyak RM1.4 juta selepas merayu di Mahkamah Tinggi di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ketua Polis Negara dan kerajaan MalaysiaKUALA LUMPUR, 1 Julai — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menegaskan pihaknya mempunyai hak dalam proses kata putus pembangunan sambil menyifatkan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin “kurang faham” mengenai peranan badan itu dalam urusan pentadbiran penempatan orang Melayu tersebut.
Justeru Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi memberitahu, pihaknya mempunyai hak dalam segala urusan di Kampung Baru yang terletak di ibu negara, termasuk dalam hal berkaitan pembangunan.
“Bagaimana beliau (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) boleh bercakap MAS tiada hak dalam pembangunan Kampung Baru?
“Selama ini segala hal berkaitan Kampung Baru termasuk pertukaran hak milik tanah akan melalui MAS dahulu... adakah ini dikatakan tiada hak? Apa hak beliau cakap MAS tiada hak?
“Saya rasa beliau tidak faham apa peranan MAS,” kata Shamsuri sambil menambah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu belajar semula sejarah Kampung Baru sebelum nak cakap apa-apa.