Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 1, 2010

Kg Baru - Apabila Menteri dilantik bukan pilihan rakyat..

Persamaan mereka? dua-dua ditolak oleh rakyat!


Mungkin inilah yang berlaku apabila jawatan Menteri diberikan kepada pilihan UMNO bukan pilihan rakyat! 'Roh' rakyat hampir tiada didalam diri.. Hanya 'roh' tokey dan cukong penuh didada!

Menteri Wilayah ni memang banyak timbulkan isu sejak dipilih oleh Najib-UMNO sebagai Menteri walaupun dia bukan Ahli Parlimen! Hinggakan dalam isu tanah Kg Baru inipun segala kenyataannya seolah-olah dia menyangka pemilik-pemilik tanah di Kg tersebut bodoh-bodoh belaka! Tuan punya tanah tiada hak? Kerajaan Persekutuan sahaja yang ada hak? Wakakaka!

Pengajarannya.. eloklah selepas ini elakkan melantik menteri daripada senator.. Lagi-lagi senator yang menyangka dengan jawatan menteri dia boleh buat apa yang dia suka! boleh cakap apa yang dia nak! Dalam dunia tanpa sempadan la ni.. apa yang kita cakap sekarang, dalam masa kurang 1 minit boleh tersebar ke seluruh dunia!
sunsnake 01072010

Kampung Baru: MAS ada hak, pusat diminta jangan pertikai

July 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menegaskan pihaknya mempunyai hak dalam proses kata putus pembangunan sambil menyifatkan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin “kurang faham” mengenai peranan badan itu dalam urusan pentadbiran penempatan orang Melayu tersebut.

Justeru Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi memberitahu, pihaknya mempunyai hak dalam segala urusan di Kampung Baru yang terletak di ibu negara, termasuk dalam hal berkaitan pembangunan.

“Bagaimana beliau (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) boleh bercakap MAS tiada hak dalam pembangunan Kampung Baru?

“Selama ini segala hal berkaitan Kampung Baru termasuk pertukaran hak milik tanah akan melalui MAS dahulu... adakah ini dikatakan tiada hak? Apa hak beliau cakap MAS tiada hak?

“Saya rasa beliau tidak faham apa peranan MAS,” kata Shamsuri sambil menambah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu belajar semula sejarah Kampung Baru sebelum nak cakap apa-apa.

Berita Penuh

0 comments: