Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 1, 2010

PERKASA yang tidak Perkasa!

Mana upah kami! Panas ni woii!!

Sah! PERKASA pencacai UMNO!


Kalau kita baca tulisan-tulisan geng-geng PERKASA ni...
perkataan paling WAJIB mereka ialah perpaduan melayu..
Kononnya melayu sekarang ini dalam bahaya!
Kononnya melayu akan dihapuskan oleh cina!
Kononnya melayu akan musnah dek kerana tidak bersatu!

Yang teman heran, sekarang la pulak baru timbul isu perpaduan?
Diwaktu Anwar Ibrahim dizalimi, dibelasah, ditelanjang, di'arsenic'..
mana suara-suara PERKASA ini?

Masa UMNO izinkan tanah melayu setinggan di hancurkan dan diserahkan pada tokey cina,
Mana suara-suara PERKASA?
Oklah.. mungkin itu dah lama sangat..

Diwaktu najib bersalam dengan PM Singapura dimanakah PERKASA?
PM Singapura itu lagi 'bapak' bahaya berbanding Lim Kit Siang !
Bukankah UMNO selalu mengatakan DAP adalah serpihan PAP?
Stesen KTMB Tanjung Pagar tu solid milik Malaysia!
mengapa perlu dipecahkan hak dan dikongsi dengan Singapura?
Kononnya atas nama syarikat?
Bukankah Malaysia berhak menggunakan syarikatnya sendiri?
Dimana PERKASA? Dimana Armand songkok tinggi badan rendah?
Mengapa tak melalak-lalak, melolong-lolong di hadapan Putrajaya?

Kesimpulanya.. PERKASA ini hanyalah pencacai pengangkut najis UMNO..
Menyalak apabila perlu dan diarahkan oleh UMNO..

Punyalah manjanya PERKASA dengan UMNO, hinggakan akhbar PERKASA pun terlalu cepat rasanya diluluskan oleh KDN..
Dan dalam masa yang sama KDN berdolak-dalik mahu meyambung permit Suara Keadilan!
Dan Menterinya secara terbuka mahu Suara Keadilan dihukum!

PERKASA... nama indah hati busuk!

sunsnake 01072010

Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA

June 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa), akan muncul “garang” esok dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Berita Penuh

KDN umum status permit Suara Keadilan esok

June 30, 2010

PUTRAJAYA, 30 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan mesyuarat esok bagi memutuskan status permit akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan yang tamat hari ini.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata Jawatankuasa Mengkaji dan Menilai Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam akan meneliti dan memproses permohonan pembaharuan permit akhbar berkenaan.

Berita Penuh

0 comments: