Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 1, 2010

Mati Dalam Lokap - Sampai bila?


Makin lama makin banyak kes OKT yang mati dalam tahanan Polis! Apakah hak sebenarnya seorang OKT apabila ditahan? Adakah polis-polis dalam balai lebih berkuasa daripada Hakim Mahkamah kerana boleh menjatuhkan hukuman 'belasah' terhadap tahanan?

Isu tahanan dibelasah ini bukanlah isu baru kerana ianya seolah-olah sudah menjadi 'adat' apabila seseorang itu ditahan di lokap. Teman sendiri ada kawan yang ditangkap kerana disyaki mengedar ganja, dibelasah semahunya didalam lokap! Walhal belum apa-apa lagi!

Inilah akibatnya apabila Polis tidak menjadikan Islam sebagai panduan dalam menyelesaikan kes.
Hmmm.. Harap tulisan teman ni tak jadi punca teman pulak dilokap! wakakaka!
sunsnake 01072010

Suami mati dalam lokap, suri rumah dapat pampasan RM1.4 juta

June 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Seorang suri rumah yang kematian suami semasa dalam tahanan polis pada 1999, hari ini mendapat ganti rugi sebanyak RM1.4 juta selepas merayu di Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia terhadap perintah Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi supaya mereka membayar ganti rugi sebanyak RM137,000 kepada Suzana Md Aris.

Berita Penuh

0 comments: