Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 2, 2010

Pakcik Hero Anwar!

Teman betul-betul salute kat Pakcik ni..
Bukan main marah dia tak dapat pas masuk bilik mahkamah..
Betul punya marah sampai habis dimakinya petugas-petugas media..
harap-harap yang dimakinya tu petugas Utusan,TV3 dan Berita Harian..

Tapi Akhirnya dapat gak dia jumpa Anwar!
Siap peluk lagi..
Kalau teman jadi Anwar, teman usaha bawak pakcik ni makan tengah hari..


Pakcik ni datang bukan kena sponsor pun..
dia datang sebab nak tengok perjalanan mahkamah hari ni dalam kes Anwar..
Dia datang sebab tak nak Anwar dizalimi oleh mahkamah toghut..
Dia datang sebab nak bersama-sama rakyat Malaysia menyaksikan apakah kembalinya sebuah keadilan atau bermulanya sekali lagi sebuah kezaliman!

sunsnake 02.02.2010


Warga emas kecoh kerana gagal ikuti perbicaraan
Feb 2, 10 1:00pm
Keadaan di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur kecoh seketika apabila seorang lelaki warga emas bertindak menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki dalam lingkungan lewat 70-an tersebut tidak dibenarkan memasuki mahkamah kerana pas untuk masuk telah kehabisan.

Beliau kemudian melepaskan rasa geram kepada petugas media yang memenuhi ruang lobi tersebut sebelum pengsan lima minit selepas itu dan terpaksa dibawa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans.

Keadaan yang tenang seketika menjadi kecoh semula apabila polis bertindak menghalau keluar jurugambar dan jurukamera tv serta wartawan dari lobi mahkamah itu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Kekecohan itu turut diselangi teriakan `reformasi' oleh para penyokong Anwar yang telah berkumpul di sekitar pekarangan mahkamah seawal pukul 6 pagi ini.

Sejurus Anwar yang menghadapi tuduhan liwat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 10 pagi, beliau sempat melontarkan kenyataan kepada penyokongnya bahawa perbicaraan kes beliau ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Turut hadir di kompleks mahkamah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata keadaan di kawasan kompleks mahkamah terkawal.

"Sebarang perbicaran kes berprofil tinggi polis akan mengadakan kawalan keselamatan yang ketat dan kita telah menempatkan anggota yang secukupnya bagi kes ini," katanya kepada Bernama di lobi mahkamah.

Katanya polis telah ditugaskan berkawal di kompleks mahkamah dari pukul 6 pagi ini sehingga perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Zakaria berkata polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba melanggar peraturan mahkamah sehingga menggangu perjalanan perbicaraan kes berkenaan.

- Bernama

Letak jawatan atau C4!!!


Heheheh..
Mungkin itu la pilihan yang mamat ni dapat lepas buat ceramah 'UMNO PIAW" pagi tadi..
Pehh!! Ceramah Pagi, kecoh Tengah hari, petang terus resign!!

Sebenarnya jauh di sudut hati pemimpin-pemimpin UMNO..
Sokong akan ucapan mamat ni..
Tetapi disebabkan hipokrit dan mahu bermuka-muka tidak racist..
Maka terpaksa la pecat mamat sorang ni..

Kata pejuang melayu tulen beb??
Apsal paksa mamat 'pejuang melayu' ni resign?
Apa kes??

Err.. ada sesapa rakam ucapan dia pagi tadi?

sunsnake 02.02.2010

Kenyataan rasis: Pegawai khas PM letak jawatan
Feb 2, 10 8:20pm
Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir yang dibuatnya di Melaka hari ini, juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Menurut kenyataan itu lagi, Nasir memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaurber perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Boss teriak 1Malaysia, Anak buah maki cina & India!


Teman dah bagitau dulu..
UMNO parti yang sangat,sangat,sangat perkauman!
UMNO merasa bahwa segala-galanya adalah milik mereka..
Hinggakan Islam itu sendiri adalah dianggap hanya milik Melayu!!
Perkataan/kalimah Allah itu hanya boleh dimiliki oleh Islam sedangkan inilah masanya membuktikan betapa lemahnya pegangan akidah Kristian apabila hingga terpaksa menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka?
Mengapa sebelum ini mereka hanya menggunakan nama Jesus? Lord? Al-Masih?

Yang sorang mamat ni pun satu hal..
(Bertali leher, baju hijau kat atas).
Teruskan lah racist kamu tu duhai pembantu Najib...
Sesuai benar la dengan MCA dan MIC..
dalam ceramah dua lagi parti racist nie..
Pun sama gak kutuk melayu pulak!!!

Pi Mai Pi Mai Tang Tuuuuuuuu!!! Suka hati ko la Labuuuu!!
sunsnake 02.02.2010

'India pelampau', 'Cina jual tubuh' - 1Malaysia dipulau
Feb 2, 10 5:33pm
Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka, baru-baru ini menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

sumber - malaysiakini