Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 2, 2010

Pakcik Hero Anwar!

Teman betul-betul salute kat Pakcik ni..
Bukan main marah dia tak dapat pas masuk bilik mahkamah..
Betul punya marah sampai habis dimakinya petugas-petugas media..
harap-harap yang dimakinya tu petugas Utusan,TV3 dan Berita Harian..

Tapi Akhirnya dapat gak dia jumpa Anwar!
Siap peluk lagi..
Kalau teman jadi Anwar, teman usaha bawak pakcik ni makan tengah hari..


Pakcik ni datang bukan kena sponsor pun..
dia datang sebab nak tengok perjalanan mahkamah hari ni dalam kes Anwar..
Dia datang sebab tak nak Anwar dizalimi oleh mahkamah toghut..
Dia datang sebab nak bersama-sama rakyat Malaysia menyaksikan apakah kembalinya sebuah keadilan atau bermulanya sekali lagi sebuah kezaliman!

sunsnake 02.02.2010


Warga emas kecoh kerana gagal ikuti perbicaraan
Feb 2, 10 1:00pm
Keadaan di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur kecoh seketika apabila seorang lelaki warga emas bertindak menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki dalam lingkungan lewat 70-an tersebut tidak dibenarkan memasuki mahkamah kerana pas untuk masuk telah kehabisan.

Beliau kemudian melepaskan rasa geram kepada petugas media yang memenuhi ruang lobi tersebut sebelum pengsan lima minit selepas itu dan terpaksa dibawa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans.

Keadaan yang tenang seketika menjadi kecoh semula apabila polis bertindak menghalau keluar jurugambar dan jurukamera tv serta wartawan dari lobi mahkamah itu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Kekecohan itu turut diselangi teriakan `reformasi' oleh para penyokong Anwar yang telah berkumpul di sekitar pekarangan mahkamah seawal pukul 6 pagi ini.

Sejurus Anwar yang menghadapi tuduhan liwat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 10 pagi, beliau sempat melontarkan kenyataan kepada penyokongnya bahawa perbicaraan kes beliau ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Turut hadir di kompleks mahkamah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata keadaan di kawasan kompleks mahkamah terkawal.

"Sebarang perbicaran kes berprofil tinggi polis akan mengadakan kawalan keselamatan yang ketat dan kita telah menempatkan anggota yang secukupnya bagi kes ini," katanya kepada Bernama di lobi mahkamah.

Katanya polis telah ditugaskan berkawal di kompleks mahkamah dari pukul 6 pagi ini sehingga perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Zakaria berkata polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba melanggar peraturan mahkamah sehingga menggangu perjalanan perbicaraan kes berkenaan.

- Bernama

0 comments: